Suatu hari nan indah, saya termenung di meja kerja. Termenung setelah rakan sepejabat bertanya tentang perbelanjaan bulanan saya. Beliau juga sibuk mengira-ngira perbelanjaan saya untuk sebulan.

Saya agak terperanjat dengan pengiraan yang dibuat oleh beliau kerana saya bukanlah seorang yang cermat dalam berbelanja. Barulah saya sedar bahawa simpanan saya cukup sedikit malahan kadangkala tak cukup untuk sebulan.

Saya mula berkira-kira ingin mencari wang tambahan untuk disimpan atau membeli keperluan yang selama ini saya pendamkan. Tetapi di mana saya mahu cari duit?

Saya banyak mendengar dan membaca kisah-kisah jutawan segera (bukanlah segera sangat) yang melakukan perniagaan produk-produk tertentu melalui skim perniagaan MLM. Saya bukannya tak mahu mencuba tetapi agak ‘malas’ nak melibatkan diri dalam perniagaan jenis MLM.

Habis tu mana saya nak cari duit lebih?

Ada pula rakan yang menyarankan agar saya belajar memasak makanan jenis sejuk beku yang semakin mendapat tempat di Malaysia. Kursus memasak ada di mana-mana. Memang saya suka memasak, tapi larat ke saya buat seorang diri?

Ada juga rakan yang mencadangkan agar saya belajar menjahit pakaian. Boleh ambil upah menjahit baju kawan-kawan. untuk jangkamasa panjang boleh bukak butik sendiri. Hehehehehe….memang seronok kalau diangankan, tetapi…

Banyak betul tapi, tapi, tapi, yang melanda fikiran saya, kalau begini, bagaimana mahu mencari duit lebih?

Advertisements