Pokok lontar merupakan sejenis pokok palma yang biasa dijumpai ditanam di kawasan sawah di Malaysia terutamanya di kawasan pantai timur dan utara.Ia merupakan antara tumbuhan yang menjadi sumber utama manisan selain daripada kelapa dan tebu.Batangnya keras dan berwarna coklat.Lontar merupakan pokok palma yang tinggi dan ketinggiannya boleh menjangkau sehingga 13 meter.

daun lontar besar dan cantik serta berbentuk crown.Bilangan pelepah daun dalam satu pokok ialah antara 30 hingga 40 pelepah. Lebih kurang 14 daun baru dihasikan setiap tahun.

Pokok lontar mula berbunga apabila berumur lebih kurang 14 hingga 19 tahun. I a boleh hidup hingga melebihi 100 tahun bergantung kepada keadaan iklim di sekelilingnya. embiakannya melalui biji benih. Percambahannya akan mengambil masa yang agak lama iaitu 4 bulan.

Nama lontar yang digunakan untuk pokok ini berasal dari perkataan sanskrit TALA yang bermaksud alat tulis.Ini kerana pada zaman silam, daunnya yang lebar itu dijadikan kertas untuk menulis. Daunnya dipotong menjadi empat segi dan dilubangkan, kemudian diikat dengan tali membentuk buku.

Buahnya agak besar, berwarna hitam dan selalunya mengandungi lebih daripada satu biji benih didalamnya (selalunya 3).Lapisan dalam tempurungnya mengandungi isirung yang boleh dimakan.

untuk maklumat lanjut sila ke http://www.melur. com