Riwayat Afiat


fresh-apple.jpg

Airin seorang kawan lama yang comel. Suatu hari kami berbual santai di Tasik Varsiti yang sememangnya agak indah.

“Doktor sarankan aku makan epal setiap hari”, katanya sambil menikmati epal hijau itu dengan berselera.

“kenapa?”, tanya saya. Sekadar mahu memanjangkan perbualan.

“Sebab gigi aku tak kukuh”, sambungnya lagi.

“Jadi?”, sengaja saya buat-buat tidak faham.

“Sebiji epal menyumbang satu pertiga keperluan vitamin C untuk sehari. Mengunyah epal adalah cara terbaik untuk membersih dan menyihatkan gigi. Sungguhpun epal mengandungi gula buah asli, namun pengeluaran air liur yang banyak menolong mengelakkan kerosakan gigi” jelasnya. Panjang. Lebar. Mungkin juga jengkel dengan saya.

“Tapi aku bimbang”, sambungnya lagi.

“Bimbang?”, tanya saya sambil mengerutkan dahi.

“Kau tahu kan pepatah Inggeris ada mengatakan ‘Sebiji epal sehari menjauhkan doktor dari sisi anda‘…” katanya sambil berhenti mengunyah epal hijau itu.

“Kan bagus kau jaga gigi dengn makan epal tu puas-puas. Apa masalahnya?”, tanya saya yang kali ini memang benar-benar tidak faham.

“Suami aku kan doktor gigi. Mana mungkin aku boleh sisihkan dia dengan memakan epal ini” jawabnya jujur [lurus-bendul] sambil mencampak sisa epal yang masih berbaki banyak, ke dalam tong sampah.

*Tuhan lagi marah kau membazirkan epal tu dalam tong sampah.

“..kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” [Surah An-Nahl, ayat : 69]

Malam tadi saya selesema dan batuk yang agak kuat. Tiba-tiba. Kerana pada siang harinya saya biasa-biasa sahaja. Mungkin juga kerana terlalu banyak minum milo ais yang Ita buat ketika baru pulang dari kerja.

Mungkin juga batuk dan selesema yang dihidapi itu ‘dihantar’ oleh seorang jejaka yang jauh dimata, kerana dia mengalami selesema dan demam yang agak serius, [dan saya mentertawakan jejaka tersebut yang bersuara sengau semasa kami berbual melalui telefon bimbit].

Seperti yang saya beritahu pada jejaka tersebut, saya jarang mengambil ubat-ubatan moden [paracetamol] semata-mata mahu meredakan demam atau selesema [kerana saya pernah dimasukkan ke hospital akibat tertelan panadol terlalu banyak semasa kecil dahulu].

madu.jpg Pesan ibu dan abah, supaya saya menyimpan madu asli di dalam rumah. Abah juga seperti saya – tidak suka bergantung kepada ubat hospital. Makanya, abah mengamalkan meminum sesudu madu setiap hari dan apabila demam atau batuk, madu juga yang dicari.

Sebenarnya, semasa saya menasihati jejaka itu supaya dia minum madu untuk melegakan selesema dan panas badan, saya juga tidak pernah mencuba lagi petua kesihatan itu. Malah madu yang manis itu, hanya menjadi perhiasan di rumah [itupun, abah yang beri].

Malam tadi, sebelum tidur, tekak dan hidung terasa pedih. Saya minum sesudu madu asli dan sesudu air suam. Dan pagi ini, sebelum menyeterika baju, sesudu madu menjadi juadah pagi saya. Alhamdulillah, sepanjang hari ini, tekak dan hidung saya dalam keadaan yang selesa.

Bercerita tentang madu, saya sudah boleh menerima konsep bermadu asalkan cara dan tujuan serta pelaksanaannya mengikut syariat Allah s.w.t.

beemovie.jpg

Bercerita tentang madu juga, saya telah membeli DVD ‘Bee Movie’ arahan Jerry Seinfeld yang dikatakan menarik, namun belum sempat menontonnya sehingga habis. Dan oh ya, patung Bee yang dimiliki semasa membeli hidangan bernilai di Mc Donald juga sangat comel.

Madu juga mengingatkan saya tentang kuih raya tahun lepas iaitu nestle conflakes bermadu, yang tidak begitu menjadi kerana kekurangan madu.

Kepada encik jejaka, percayalah, madu mempunyai pelbagai kegunaan dan khasiat. Keberkesanannya bergantung kepada sama ada madu tersebut asli atau tiruan. Untuk keterangan lanjut, baca :

*Kenapa saya gunakan tajuk di atas? Kerana pada waktu ini saya sedang mendengar lagu Madu dan Racun nyanyian Arie Wibowo

Entri ini diambil dari e-surat yang saya terima.

Dari apa yang yang diberitahu, satu kajian yang telah dibuat oleh PPIM baru-baru ini, dikhuatiri 95% makanan yang dijual di luar mungkin tidak halal atau telah dicemari oleh ramuan yang tidak halal. Kajian yang dimaksudkan adalah di kalangan kedai makan dan juga medan selera ( terutama di kompleks pejabat dan beli belah ) di serata Ibu kota dan di Petaling Jaya/ Subang Jaya.

Bilangan responden yang dikaji melebihi 200 milik peniaga Islam Melayu. Antara soal selidik yang dibuat adalah mengenai serbuk perasa, sos, sos kicap, sos tiram dll yang digunakan oleh para peniaga. Didapati kebanyakan sos dan perasa yang digunakan adalah diimpot daripada Thailand, China, Vietnam atau yang lainnya yang dibekalkan oleh orang-orang bukan Islam.

Antara persoalan yang amat merunsingkan adalah bagi serbuk perasa yang digunakan oleh para peniaga Islam yang kebanyakannya diimpot daripada Thailand. Apa yang kita ketahui adalah hanya Ajinomoto yang ada menerima sijil halal JAKIM. Yang lain tidak. Dari maklumat yang diperolehi juga lebih 50% penggunaan serbuk perasa tempatan diimpot daripada Negara-Negara yang tiada sebarang pensijilan halal yang boleh diyakini.

Jika anda makan di restoran Islam pun anda mungkin termakan bahan tidak halal kerana:-

a. Ramuan perasa yang digunakan tidak mempunyai sijil halal atau tidak melalui proses pensijilan halal;

b. Bahan-bahan seperti mee, tauhu, ikan masin (yang dijemur, kebanyakan terdedah kepada haiwan haram!) pucuk, kicap, cuka, sos pada asasnya tidak haram tetapi melalui pencemaran dalam proses pembikinan;

c. Proses –proses yang menjadikan bahan makanan tidak halal dan tidak suci;

d. Proses penghantaran (pengedaran) dan juga proses penyimpanan;

e. Penggunaan peralatan sudu, garpu, mangkuk yang sama semasa menghidangkan makanan seperti di kompleks- kompleks makanan terkini yang mana peniaga Islam dan bukan Islam menggunakan peralatan makanan yang sama dan dibasuh setempat;

f. Kebanyakan pembekal makanan yang membekal Ayam dan lain-lain bahan adalah orang bukan Islam.

Anda perlu ingat apakah fungsi makanan halal dan doa kita orang Islam? Apakah kaitan makanan halal dan juga keberkatan hidup dan hati yang tenang? Kita bersama cuba menjawab soalan tersebut. Di lain masa, tentukan anda tanya makcik yang jual: pakai mee Islam? Pakai sos Islam? Pakai kicap Islam? Pinggan dan mangkuk kongsi? Adakan ayam yang dijual diambil daripada orang Islam?

Saya biasa ternampak pembekal makanan bukan Islam membekalkan ayam kepada penjual makan Islam. Apakah jaminan pembekal memahami apa yang diperlukan oleh orang Islam.

Selain itu, kita semua mempunyai kuasa dan bertanggungjawab untuk menentukan para penjual makanan bukan Islam tidak menggunakan peralatan makanan yang sama dengan orang Islam bagi mengelakkan pencemaran di Food Court.

Apakah jaminan atau halangan makanan yang dimasak di rumah oleh pengusaha makanan bukan Islam tidak mencemarkan peralatan makanan di medan selera apabila makanan yang dimasak di rumah menggunakan peralatan makanan yang sama?

Dato Hj Salleh Yusof, Ketua Pengarah DBKL dan lain-lain Ketua Pengarah Dewan Bandaraya dan juga Majlis Perbandaran harus meneliti apa yang dibincangkan dan tentukan apa keperluan dan kehendak orang Islam (terutama yang agak jahil dalam isu peralatan makanan yang sama). Adakah pihak berkuasa sanggup diam setelah mendapat maklumat tersebut di atas.

Kita sama-sama tanya dan jawab! Sebenarnya, banyak lagi yang perlu dibincang tetapi oleh kerana saya tidak mendapat maklumat secara rasmi maka setakat ini sahajalah. Ingat, duit milik kita, kuasa di tangan kita, maka kita berhak pilih makanan yang bagaimana!

tomato-2bmp.gif

Baru-baru ini saya ada bertemu dengan seorang teman lama. Berbual pelbagai-bagai perkara, dari isu semasa belajar hinggalah kehidupan terkini. Dulu dia bukanlah pelajar yang menonjol. Selalu duduk kat baris belakang. Kalau pensyarah tanya mula la dia menggelabah.

Tak banyak beza sikapnya dahulu dan sekarang. Mudah panik dan lurus bendul. Apa yang berbeza adalah dia semakin cantik dan kulit wajahnya putih dan lembut. Saya tanyakan juga padanya tentang rahsia dia menukar wajah (sebab dahulu kulitnya agak gelap dan kusam).

Dia tersenyum. Dengan yakin dia berkata dia hanya jaga pemakanan dan amalkan makan tomato setiap hari (walaupun dengan kadar yang sedikit – setengah atau 1/4 biji)

Balik rumah, saya pun tanamkan azam untuk jaga pemakanan dan amalkan makan tomato. Hehehehe… biasalah wanita, mudah terpengaruh. Tapi tak apa la kan, benda baik!

Saya cuba makan sebiji tomato…alamak meloya sikit. Mungkin tak biasa kot. Tapi saya cuba cari maklumat tantang kebaikan tomato. Ermmmm..

Kekalkan Kesegaran Tomato

Sebaik-baiknya sebelum menyimpan jangan basuh tomato itu dan pastikan ia kering. Simpan didalam bekas yang kering dan ditutup rapat. Pastikan juga tempat simpanan tidak terkena sinaran matahari kerana tomato mudah layu dan kecut.

Kelebihan Buah Tomato.

TOMATO buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?

Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu.

Beliau berkata, berdasarkan kajian saintifik, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil, katanya pada ceramah kesihatan The Red Campaign di ibu negara, baru-baru ini. Kempen itu dianjurkan oleh syarikat makanan global, Heinz, yang mengeluarkan sos tomato, perasa dan pelbagai aneka sos.

Mary berkata, sumber terbaik untuk mendapatkan likopena ialah dari sos spagheti, jus tomato, tembikai, pes tomato, sup tomato, cili sos dan sos koktel. Beliau berkata, kira-kira 80 peratus likopena terkandung di dalam produk tomato dan buah tomato tetapi hakikatnya, tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi.

Ini kerana, katanya, proses memasak akan memecahkan dinding sel tomato yang sekali gus membenarkan tubuh manusia menyerap likopena. Bagaimanapun, beliau berkata, sebaik-baiknya pastikan anda tidak menggunakan minyak dan lemak yang berlebihan ketika memasak untuk memastikan keberkesanan penyerapan likopena.

sumber : http://portal.dumei.com/ar_sihat3.php

talipusatbmp.jpg

DASAR Bioteknologi Kebangsaan telah dilancarkan pada 28 April 2005. Dasar ini dilaksanakan lanjutan daripada perkembangan bidang bioteknologi yang semakin pesat membangun sehingga mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara. Banyak projek bioteknologi telah dijalankan melibatkan bidang biofarmaseutikal, pertanian, perubatan dan industri. Kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah RM2.021 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi membangunkan industri bioteknologi.

Bidang bioteknologi merupakan suatu disiplin ke arah aplikasi teknologi yang menggunakan sistem biologi atau organisma hidup untuk dijadikan produk bagi kegunaan tertentu. Proses ini melibatkan pengetahuan dan kemahiran tinggi untuk menghasilkan sesuatu pengeluaran yang berguna dan dapat dimanfaatkan oleh manusia. Beberapa disiplin ilmu diperlukan seperti genetik dan bidang-bidang biologi serta kejuruteraan kimia, teknologi maklumat, dan sebagainya.

Seperti juga bidang-bidang lain yang masih baru diperkenalkan di Malaysia suatu waktu dulu, bidang bioteknologi juga menerima desakan demi desakan akibat daripada pertikaian hukum-hukum Islam terutama yang melibatkan aspek biologi seperti sel stem darah tali pusat, sel stem embrio, darah tiruan, pengklonan, dan sebagainya.

Bercakap mengenai soal hukum penggunaan sel stem dalam bidang perubatan di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan fatwa bahawa sel stem boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan kaji selidik dengan syarat-syarat tertentu iaitu sel stem dewasa dan sel stem daripada kanak-kanak yang ingin digunakan harus mendapat keizinan dari ibu bapanya dan prosedurnya tidak memudaratkan. Begitu juga dengan penggunaan sel stem embrio, darah tiruan, pengklonan dan sebagainya yang diharuskan melalui syarat-syarat tertentu. Ini bermakna penggunaan sel ini sewenang-wenangnya untuk tujuan mengubah atau tujuan komersial adalah diharamkan.

Sel stem merupakan satu bidang bioteknologi yang sudah lama diperkenalkan di dunia. Sel stem yang diperkenalkan di Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas menjadi jalan penyelesaian kepada beberapa permasalahan penyakit terutama penyakit genetik.

Apakah sel stem? Sel stem ialah Master Cells kerana dari sel utama inilah terbentuknya pelbagai tisu, organ, dan sistem di dalam keseluruhan sistem tubuh kita. Sel stem mempunyai kemampuan untuk berubah menjadi kebanyakan jenis sel atau tisu dalam badan manusia yang lain.

Apakah yang dimaksudkan dengan darah tali pusat? Darah tali pusat adalah darah yang berada di dalam salur tali pusat dan uri yang keluar bersama-sama dengan kelahiran bayi apabila tali pusat tersebut dipotong. Secara tradisinya dalam masyarakat Melayu, tali pusat bayi yang baru dilahirkan akan diserahkan kepada bapa untuk dibasuh dan ditanam. Darah tali pusat merupakan punca yang baik bagi sel stem.

Kira-kira 20 tahun yang lalu, saintis dan penyelidik mendapati darah tali pusat mengandungi banyak sel termasuk sel stem. Pada tahun 1998 pula, sekumpulan ahli perubatan Perancis berjaya melakukan pemindahan sel stem bagi pesakit fanconi anemia.

Di Malaysia, sejarah tercatat sekitar 1997 apabila Hospital Universiti (ketika itu) melakukan pemindahan sel stem darah tali pusat kepada seorang kanak-kanak pesakit talasemia major yang didermakan oleh adiknya yang baru lahir. Begitu juga pada tahun 2005, buat pertama kalinya Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berjaya melakukan pemindahan sel stem darah periferal alogenik daripada penderma yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan dengan pesakit yang menderita penyakit leukemia.

Sel stem adalah sel kosong berbanding dengan sel-sel lain yang bersifat tersendiri seperti sel hati, sel lemak, sel saraf dan sel kulit. Ini bermakna sel stem memiliki keupayaan terbahagi dan menghasilkan lebih banyak sel kosong dan merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah dan sel darah putih. Darah di dalam tali pusat bayi anda adalah sumber sel stem yang sangat bernilai secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarga anda sahaja.

Sel stem yang ada di dalam tali pusat adalah building block kepada darah dan sistem pertahanan yang biasanya akan ditukarkan kepada sel darah merah, sel darah putih dan platelets iaitu sel yang akan memulihkan kecederaan. Kini, penyelidikan tenatng sel stem semakin giat dijalankan dan telah terbukti ia mampu berkembang menjadi sel paru-paru, hati, otot, saraf, pakreas dan rawan. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat lebih 70 jenis penyakit seperti parkinson, alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, penyakit darah (barah, talasemia, anemia), sklerosis multipel, artritis reumatoid dan lumpuh saraf tunjang.

Menurut Dr. Musa Mohd. Nordin, pakar perunding Pediatrik dan Neonatal, terdapat dua punca utama untuk sel stem, iaitu:

1. Sel stem dewasa: sel ini boleh diperolehi daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sum-sum tulang, darah dan otak. Sel-sel ini kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan sel stem embrionik. Bilangannya agak kurang dan kadangkala sukar diperolehi (contohnya, daripada bahagian otak dan retina mata).

2. Sel stem embrionik: sel ini diperoleh daripada tubuh embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar (in-vitro fertilisation), ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik).

Jenis-jenis sel stem pula ialah:

1. Sel stem totipotent boleh menjadi apa sahaja jenis sel dalam tubuh termasuk plasenta.

2. Sel stem pluripotent yang terhasil dalam tempoh empat hari selepas proses penuburan boleh menjadi apa sahaja jenis sel termasuk sel stem totipotent dan sel plasenta.

3. Sel stem multipotent warisan daripada sel stem pluripotent dan sel lain dalam tisu.

4. Sel stem progenitor boleh menghasilkan satu jenis sel.

Darah tali pusat merupakan punca yang agak baik untuk mendapat sel stem hemopoietik (HSC). Kira-kira 100 ml darah ini boleh membina semula system hemopoietik dalam pesakit kecil seperti kanak-kanak. Darah tali pusat berlainan dengan darah dari sel stem yang lain kerana darah tali pusat adalah darah yang paling muda dan selamat. Ia juga mudah diperolehi iaitu hanya memakan masa lima minit selepas bayi dilahirkan.

Kebaikan transplantasi (pemindahan) darah tali pusat berbanding dengan transplantasi sum-sum tulang atau darah periferal ialah si penderma tidak perlu memasuki hospital untuk menjalani prosedur pendermaan. Pergerakan sel stem memerlukan ubat misalnya, cyclophospamida dan G-CSF (untuk penderma darah periferal) dan ubat bius untuk penderma sum-sum tulang. Selain itu, transplantasi darah tali pusat juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyebabkan penyakit graft versus host.

Petunjuk saintifik membuktikan kutipan dan simpanan darah tali pusat amat sedikit dan kecil. Oleh itu, kutipan darah tali pusat disyorkan dalam situasi-situasi tertentu terutama bagi keluarga yang mempunyai penyakit genetik. Situasi tersebut adalah;

1. Seseorang anak yang menghidap leukimia, supaya adanya bekalan sel stem sekiranya penyakit itu berulang dan dia memerlukan transplantasi
2. Seorang anak yang memerlukan transplantasi sel stem tetapi penderma yang sesuai tidak ditemui

Darah tali pusat yang disimpan tiada tarikh luput selagi teknik menyimpannya dilakukan dengan baik iaitu disimpan dalam nitrogen cair dengan suhu beku 196°c. Penyelenggaraan yang baik akan sentiasa memberi manfaat kepada bayi ini dan ahli keluarganya apabila mereka ditimpa penyakit-penyakit yang kritikal.

Walau bagaimanapun, keberkesanan darah tali pusat ke atas saudara jauh atau individu di luar kelompok keluarga bergantung kepada keadaan penyakit yang dihadapi. Dan darah tali pusat bayi yang menghadapi penyakit sindrom down pula, hanya boleh digunakan ke atasnya sahaja.

Pemindahan darah tali pusat juga bergantung kepada keserasian penderma-penerima, jumlah sel stem yang berada dalam darah tali pusat dan tahap penyakit yang dihidapi oleh seseorang. Proses pengumpulan darah tali pusat juga tidak invasif, tidak menyakitkan dan tiada risiko kepada ibu dan bayi. Selain itu, sel stem darah tali pusat jua lebih mudah diterima oleh badan dan mempunyai risiko penolakan yang rendah.

Kini, darah tali pusat yang disimpan di dalam bank mula mendapat perhatian pelbagai pihak setelah usaha menyebarkan kebaikan dan kepentingan darah ini kepada masyarakat dilakukan secara telus. Melalui bank darah tali pusat oleh Pusat Darah Negara yang disediakan oleh kerajaan, setiap ibu bapa boleh menyimpan aset biologi ini dengan lebih selamat dan terancang untuk jangka masa panjang yang berpotensi menyelamatkan nyawa bayi dan ahli keluarga yang lain sekiranya diperlukan.

Selain Pusat Darah Negara, terdapat beberapa buah pusat penyimpanan darah tali pusat swasta yang turut mengembangkan teknologi ini kepada masyarakat iaitu Stemlife Berhad, Cryocord Sdn.Bhd., dan Cellsafe International (CSI) Sdn. Bhd. Bergantung kepada ibu bapa mahu memilih pusat yang mana satu sebagai pusat pelaburan sel stem anak-anaknya. Ini merupakan satu insuran hayat yang berkesan dari segi kos dalam menghadapi penyakit yang tidak dijangka.

Namun, menurut Dr. Musa Mohd. Nordin, jumlah darah tali pusat yang dikutip sewaktu lahir adalah 80 -100 ml yang hanya cukup untuk bayi atau anak yang kecil. Apabila mereka dewasa, sel stem yang telah disimpan sejak mereka kecil tidak mencukupi untuk membantu mereka menjalani rawatan penyakit kritikal. Oleh itu, beliau menyarankan agar semua orang awam mengambil inisiatif menyimpan tali pusat bayi untuk kegunaan bersama. Pengumpulan tali pusat ini akan membantu mereka yang memerlukan dan bukannya untuk kegunaan sendiri sahaja kerana telah terbukti tiada anggaran yang tepat kebarangkalian anak memerlukan sel sendiri yang disimpan..

Memandangkan keistimewaan darah tali pusat ini, ibu bapa harus berhati-hati dengan teknologi baru yang mula berkembang di Malaysia. Setiap darah tali pusat yang ingin disimpan harus mengambil kira soal kepercayaan kepada penyimpannya. Jika anda berhasrat untuk menyimpan darah tali pusat untuk kegunaan peribadi keluarga, tujuan kaji selidik dan perubatan, anda harus sentiasa meningkatkan pengetahuan dan memantau perkembangan teknologi sel stem di sekitar anda agar tiada unsur penyalahgunaan sel ini oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jika anda berhasrat untuk menderma darah tali pusat bayi anda pula, ia merupakan suatu usaha yang murni yang boleh membantu orang lain untuk sembuh daripada penyakit mereka. Pemilihan Bank Darah Tali Pusat Nasional yang bukan bertujuan mendapatkan keuntungan, agak bertepatan dengan objektif anda membantu orang lain. Ini kerana melalui bank darah ini, doktor-doktor boleh melakukan carian di senarai penderma awam untuk mendapatkan sampel daripada orang yang bukan saudara pesakit sebagai punca alternatif pemindahan sel stem.

Semalam saya didatangi jiran sebelah rumah. Di tangannya terdapat dua bungkusan kecil rempah ratus. Dia bertanya pada saya yang mana satu jintan manis dan yang mana satu jintan putih. Saya ternganga seketika. Sebenarnya saya pun kurang arif hal-hal sebegini. Bukan kerana saya tidak pernah memasak, tetapi rempah tersebut jarang saya gunakan.

Sebenarnya bukan saya sahaja yang tidak berapa kenal rempah ratus dalam masakan. ramai lagi wanita di luar sana sudah tidak kenal dengan rempah ratus (agaknya). Alasannya, semua guna instant.. kiub, perencah segera yang dah terkandung rempah-ratus tersebut… Oleh itu atas dasar inisiatif membantu wanita moden masa kini mengenali rempah ratus, saya cari maklumat ringkas dan muatkan dalam blog saya ni. Semoga setiap manusia yang melawati blog saya akan berpengetahuan mengenai rempah ratus.

1. KETUMBAR (CORIANDRUM SATIVUM L.)

ketumbar.jpg ketumbar1.jpg

Digunakan untuk menambah kesedapan makanan seperti kari dan rendang. Buahnya mempunyai aroma pedas dan sedap. Daunnya juga sering digunakan dalam masakan. Selain itu, ketumbar juga menambahkan rasa dalam masakan lain seperti bubur nasi, ayam atau ikan goreng dan sebagainya.

nama cina : Yan Shi, Fan Yan Sui, Yuen Sai, Wan-Swee (herb), Hu Sui (fruits)

nama Inggeris : Coriander, Chinese Parsley, Indian Parsley (herb)

Tamil : Kottamalli

2. JINTAN MANIS

jintan-manis1.jpg jintan-manis.jpg

Berbau harum. Rupanya seperti padi tetapi saiznya lebih halus dan kecil. Ditumbuk atau dikisar apabila hendak digunakan. Masakan yang berempah seperti kari, kurma dan rendang biasanya menggunakan rempah ini sebagai bahan perasa tambahan.

nama Cina : Xiao hue Xiang, Wooi heung, Hui xiang, Xiaohuixiang

nama Inggeris : Fennel

Indonesia : Adas Pedas

Tamil : sohikirai

3. JINTAN PUTIH

jintan-putih.jpg jintan-putih-1.jpg

Mempunyai bau yang kuat. Mempunyai bentuk seperti padi. Lebih besar daripada Jintan manis. Kegunaannya juga sama.

4. HALBA

halba.jpg halba-1.jpg

Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai;

cina: Hu Lu Ba

Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)

Tamil : Vendayam

5. BUAH PELAGA (Green Cardamon)

buah-pelaga.jpg

Juga dikenali sebagai katepus, kepulaga, puar dan tebus batu. Selain digunakan untuk masakan, orang India dan Arab suka mencampurkannya dalam minuman teh.

6. BUNGA LAWANG (Adas China)

bunga-lawang.jpg

Rupanya seakan bintang dan berbau kuat. menjadikan masakan kari dan sup bertambah enak.

Cina : Ba Jiao, Pak kok, Baat gok

Hindi : Badayan, Anasphal

7. BIJI SAWI

biji-sawi-1.jpg biji-sawi.jpg

Mampu mengubah rasa menjadi enak. Digunakan dalam masakan kari, acar dan asam pedas. Juga dikenali sebagai black mustard, brown mustard, Indian mustard.

8. LADA HITAM dan LADA PUTIH

lada-hitam.jpg lada-putih.jpg lada-hitam-1.jpg

Sering digunakan dalam masakan barat seperti stik. Lada hitam mempunyai rasa yang pedas dan panas serta mempunyai aroma yang lebih kuat berbanding lada putih. Juga dikenali sebagai black pepper, white pepper dan kali mirch.

9. KAYU MANIS

kayu-manis.jpg

Selain digunakan sebagai rempah penumis dalam masakan kari, kayu manis juga sering digunakan untuk membuat kek atau hidangan pencuci mulut. Rasanya begitu mempengaruhi makanan. Juga dikenali sebagai : Jou Kuei, Yuk Gwai, Sri Lanka cinnamon, Illavangam.

  • 088.gif

  • Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang- kurangnya seminggu.

  • Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

  • Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu.

  • Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera seta mudah disikat. Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat (ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).

Laman Berikutnya »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,986 other followers