Menikmati makanan yang jarang dijamah, burger. Bersama adik perempuan yang jarang bersua, Tata. Dengan buku berada di tangan masing-masing.
Usai menjamah makanan, saya mencuci tangan dan berdiri di sebelah rak buku saya.
“Pandang apa?” tanya Tata.
“Buku-buku kakak,” jawab saya.
“Mengapa?” tanya Tata agak pelik.
“Membandingkan buku yang berada di tangan awak dengan buku yang selama ini kakak baca,” jawab saya pula.
“Kenapa?” tanya Tata dengan penuh tanya.
Saya jawab, “kerana awak banyak membaca buku cerita. Kakak pula lebih suka buku sastera.”
Tata mengerutkan dahinya.
KOMA
Berdebat tentang sastera atau tidak sesebuah buku akan membuatkan penulis atau penggemar buku ‘cerita’ mencuka.
Hakikatnya, memang benar banyak beza antara buku sastera dengan buku cerita walaupun hadir dalam medium yang sama iaitu novel.
Ada novel yang hanya bercerita. Bla…bla…bla…tentang cinta, tentang kehidupan tentang alam dan sebagainya. Ceritanya baik dan menarik. Begitu juga novel sastera. Juga ada isu cinta, kehidupan, alam dan sebagainya.
Jadi apa bezanya?
Bezanya pada bahasa yang digunakan.
Tahukah, penulis yang baik ialah penulis yang mampu bercerita dengan bahasa yang baik, betul dan mudah. Mampu menyampaikan cerita dengan keindahan bahasanya. Mampu mengungkap emosi dengan pemilihan perkataan yang tepat pada konteksnya. Mampu membina pengetahuan dan memperkaya kosa kata pembacanya. Itulah karya sastera.
Mohon kefahaman. Sastera bukanlah bermakna menggunakan ayat yang puitis segala bagai sehingga menyukarkan pembaca. Sastera ialah kebolehan berbahasa dengan baik, halus, mudah dan betul pada konteksnya.
Berbahasa dengan baik dalam menyampaikan ceritanya, menjadikan masyarakat pembacanya tahu budi bahasa. Tahu menjaga bahasa. Tahu mencintai bahasanya.
Ini bukan soal bahasa sahaja. Ini soal kelangsungan idea penulis.
Menggunakan bahasa yang standard [Bahasa Melayu Tinggi], menjadikan karya lebih tahan lama. Dibaca oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, latar belakang pendidikan atau umur. Serta menjadikan karya tersebut mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran kerana sasarannya ramai.
Karya yang bersastera dengan bahasa yang baik ialah karya yang MAHU dibaca.
Menggunakan bahasa pasar, bahasa kesat ataupun bahasa campur-aduk Melayu dan Inggeris membuatkan karya itu akan hanya menjadi karya yang bercerita pada waktu itu sahaja kerana pada zaman akan datang, karya itu lapuk dan tidak mampu dibaca oleh generasi seterusnya. Sasarannya pula sangat terhad. Tertumpu pada golongan tertentu sahaja kerana golongan yang terpelajar, bangsa lain serta perbezaan umur pembaca menjadikan karya itu sukar dihadam.
Malah, karya yang tidak bersastera MALU untuk dibaca.
Bukankah apa yang dibaca menggambarkan pembacanya?
Ya, kali ini saya bercakap soal bahasa dalam karya.
KOMA
“Merugikan duit awak sahaja,” jelas saya kepada Tata.
“Kenapa pula?” tanya Tata
Buku umpama suis. Suis yang boleh digunakan dan memberi ‘cahaya’ kepada kamu. Itulah buku yang saya label sebagai buku sastera.
Buku umpama suis. Suis yang tidak boleh digunakan. Hanya menghiasi dinding. Itulah buku yang saya labelkan sebagai buku cerita.

Jun 2,2010 at 8:46 am
Suka akan analogi buku dengan suis! Teringat rancangan “Deco bersama Eric Leong” yang mengeluarkan suis lampu yang sangat cantik, tetapi kalau lampunya tidak berfungsi, tak guna juga suis itu. Demikianlah, buku yang cantik di luar tetapi ‘gelap’ di dalamnya.
Namun, masyarakat hari ini perlukan suis yang cantik dan juga lampu yang terang. Pengarang sastera banyak menggunakan lampu yang terang dalam sastera tetapi kulitnya telah dijadikan suis yang tidak menarik itu. Jadi, tak ramai yang mahu memetik suis itu.
Jun 2,2010 at 3:21 pm
Suka juga dengan analogi yang Kak Nisah beri. Saya bukan menghina penulis. Cuma mengingatkan bahawa tugas menulis bukan main-main.
Sakit hati melihat novel yang cantik di luar, tetapi bahasa yang digunakan begitu teruk.
Sedih melihat pembaca yang membeli dan membaca buku begitu. Mereka hanya dapat cerita. Seperti membaca surat khabar hari ini. Esok, surat khabar itu tidak berguna lagi. Buat alas atau pembungkus makanan.
Jun 5,2010 at 7:03 am
Terima kasih Zalila. Mesejnya saya terima. Senang sekali membacanya
Jun 8,2010 at 12:47 pm
Berikan peluang kepada Tata..
Jun 8,2010 at 2:32 pm
Tentera Zionis penakut,Zionis makhluk yang tak ambil iktibar,Nasihat untuk para ustaz baca di
http://tebangtebas.wordpress.com/
Jun 11,2010 at 10:03 am
Salam.
Wah! Hebat analogi ini.
Tapi, mengenai BMT (Bahasa Melayu Tinggi), adakala kekakuannya membuatkan ayat yang dibaca seperti tidak semulajadi sifatnya. Saya berpendapat, bahasa yang standard memang perlu, tapi usah terlalu kaku, kerana ini boleh membuatkan suis lampu begitu cepat dipetik untuk dipadamkan.
Jun 14,2010 at 11:26 am
hehe, setuju. sudah hampir 10 tahun tidak membaca buku-buku malaysia kerana nilai bahasa dan isi kandungannya sangat mengecewakan. sukar untuk mencari pelapis bagi pejuang-pejuang sastera tanahair.
untuk mengubat luka dan kehausan, lebih gemar ke toko buku [baru dan lama] di indonesia.
Jun 26,2010 at 7:45 am
Bagus entri ini. Saya suka pendekatan Sdr.
Julai 8,2010 at 11:35 pm
masalah penggunaan bahasa ada pro dan kontra. Bagi saya, ada dua erkara yang perlu dinilai
bahasa dan isi
kedua2nya perlu selari dan seimbang
wallahua’lam
Julai 26,2010 at 4:15 pm
i love ur writing..
Ogos 22,2010 at 2:59 pm
Barangkali Tata lebih ekstrovert sifatnya… atau juga Tata menggunakan bahagian otak yang berlawanan dengan penulis.
Pun, saya setuju dengan penulis. Kerna dengan bahasa, saya makin cinta pada bangsa….