8.03 pagi.
Buka lap top dan mula melayari Facebook. Mahu mengetahui khabar dan cerita dari kawan-kawan. Mungkin juga bukan kawan.
Memeriksa e-mail, untuk mengetahui khabar dan cerita yang dihantar oleh kawan-kawan. Mungkin juga bukan kawan.
Membuka Yahoo Messenger, untuk mengetahui khabar dan bertukar cerita dengan kawan-kawan. Mungkin juga bukan kawan.
Membelek blog. Meneliti berita yang dipaparkan dalam blog-blog orang lain, juga memikirkan berita apakah yang mahu dipersembahkan kepada kawan-kawan. Mungkin juga bukan kawan.
Membaca berita-berita di surat khabar secara online. Tentang kawan dan lawan yang selalu berkawan dan kerap pula berlawan.
KOMA
KUALA LUMPUR 15 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin meminta pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan fitnah, pembohongan dan memutar belit fakta terutamanya media baru.
KOMA
Kita punya medium yang sangat besar dalam menyampaikan berita.Kemudahan dan keselesaan ini disalah erti dengan menganggap, apa sahaja yang terdetik di hati mahu disampaikan secara ‘cepat’ kepada yang lainnya. Menafikan fungsi akal yang letaknya lebih tinggi dari hati.
Kadang, berita yang kita mahu sampaikan hanya untuk sasaran tertentu. Tetapi, tidak mustahil juga, mereka yang tidak kita sasarkan akan membaca berita itu.
Betapa juga berita, yang mahu kita sampaikan kepada A, kadang tersasar kepada B.
Betapa mudahnya berita masa kini dikeluarkan dan dipaparkan. Tinggal akal menilai, berita manakah yang perlu dijadikan iktibar dan berita yang bagaimanakah yang perlu dibuang jauh-jauh dari fikiran.
Beritakanlah sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain.
Simpanlah cerita dan berita yang boleh menggugat emosi dan membawa kemudaratan kepada yang lainnya.
Berfikir sebelum memberitakan sesuatu kepada yang lainnya.
Itu masih tanggungjawab kita sebagai manusia.
Atau kamu sudah letih menjadi manusia?

Mac 16,2010 at 12:08 pm
Tidak letih menjadi manusia tapi letih melihat karenah manusia dan mahu teruskan perjalanan juga kerana suka pada ‘adventure’…
Mac 16,2010 at 12:37 pm
saya bab menilai yang benar yang mana palsu memang tahap yang tak selamat, kak. Sebab itu mesti rujuk orang lain untuk mendengar pendapat. huhu
Mac 16,2010 at 12:49 pm
Saya mahu terus kekal menjadi manusia. Kerana manusia diberi akal dan nafsu.
Jika saya mahu menjadi malaikat. Saya hanya memiliki akal yang lurus.
Jika saya menjadi syaitan. Sudah pasti Neraka akan dihuni.
Menjadi manusia pasti diberi pilihan mahu syurga atau neraka. Hanya amalan, iman & taqwa yang akan dihitung di sana.
Mac 19,2010 at 2:12 pm
ada yg melapor berita, ada yang menulis berita, ada yang menyampaikan berita..selamat datang ke arus perdana….