Tahun baharu. Diari baharu. Diri yang baharu.
Yang lama, usah dibuang. Jadikan panduan dan ingatan untuk mendepani masa mendatang.
Semoga bermanfaat.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 1431 HIJRAH buat semua.
KOMA
Tidak sampai sebulan, kita akan memasuki tahun baharu 2010. Segala persiapan, baik dari segi fizikal dan mental telah direncana, dan di catat untuk mendepani tahun berikutnya. Itu bagi individu yang menitikberatkan perancangan dan harapan untuk meneruskan perjalanan kehidupan. Dan ia selalunya disebut sebagai azam.
Azam tahun baharu. Azam yang disenaraikan untuk dibawa sepanjang perjalanan 365 hari. Berjaya atau gagalkah menjadi ukuran buat diri sendiri.
Seperti satu fenomena, di seluruh dunia, pasti ada acara-acara akan berlangsung sempena menyambut kehadiran tahun baharu. Pesta dan segala macam aktiviti yang selalunya berbentuk hiburan akan disogokkan kepada masyarakat, menandakan harapan yang besar, kegembiraan yang tiada tepian dan keterujaan yang pelbagai dalam menyambut tahun yang seterusnya.
Baca juga :

Disember 17,2009 at 5:12 pm
Salam Zalila,
1 Muharram oleh digunakan sebagai penanda kepada suatu permulaan. Saya fikir, saya mahu memulakan sebuah novel baharu malam ini kerana tahun hijrah bermula pada lepas maghrib nanti, kan?
Selamat Tahun Baharu Hijrah!
Disember 17,2009 at 5:13 pm
Ralat : “boleh” digunakan – bukannya “oleh”
Disember 20,2009 at 10:22 am
salam maal hijrah dari pelajar Msia di kota Dublin, Eire.. blog hopping.. rajin2, datang laa lompat ke blog hamba..