Berlarilah sekuat kudrat.
Berpayunglah dengan setiap teduhan yang ada.
Atau biarkan sahaja titis-titis hujan membasahi diri.
Mendung.
Hujan.
Ia kadang memberhentikan apa yang baru bermula.
KOMA
HUJAN YANG TIBA-TIBA
Hujan yang tiba-tiba menyimbah bumi
tiba-tiba tanpa mendung awan
hati-hati dengan hujan begitu
Yang membunuh rasa tanpa amaran waspada
Tiba-tiba hujan yang menyimbah bumi
Mentari dingin sedari malam bawa ke pagi
Sedari pagi membawa ke senja
Adalah hujan yang membawa erti
Bukan secara tiba-tiba
Jika tiba-tiba hujan mencecah bumi
Mungkin juga hal yang besar
Tentang debukota yang perlu disuciputihkan
dosa pahala yang perlu dilunaskan
rindu yang basah mendesah
pohon yang rinduranum
langit yang bertukar warna
dengan matahari sunyi di sana.
Bumi yang disimbah hujan dengan tiba-tiba
Sekadar acah-mengacah musim menghilang
Sekadar main-mainan mentari dan awan
Sekadar usik-mengusik langit dan bumi
Bumi yang tiba-tiba dicecah hujan
Usah sama mencecah basah
Kelak mencecah pening
Menjadi rutin semakin pusing
[Antara puisi yang termuat di dalam Antologi Penyair Muda Malaysia-Indonesia 2009, sempena Pertemuan Penyair Nusantara ke-3, Kuala Lumpur 2009. Susunan S.M Zakir dan Ahmadun Yossi Herfanda. Terbitan PENA]

November 24,2009 at 6:33 am
meminjam kata-kata penulis Khusyri Amiza “hujan yang mencurah-curah merungkai dan menyedarkan hambaNya akan ‘bahasa Tuhan’”
fenomena yang bukan ‘biasa’ di nusantara.
Wallahu3lam.
*mungkin kebetulan: indahnya puisi diatas tercorak bentuk seakan-akan sebuah pasu bunga jika dilihat dengan kontras mata yang tinggi.
November 25,2009 at 12:25 pm
Ya, ia tercorak dengan bentuk pasu bunga. Kebetulan. Dan terima kasih berkongsi kata-kata.
November 24,2009 at 11:08 am
Sejak kecil, ayah selalu mengajar. Untuk berdoa tatkala hujan mula turun. Moga turunnya membawa rahmat dan manfaat (kepada manusia, binatang dan tanaman)
November 25,2009 at 12:26 pm
Ya, berdoa dan berharap agar diri dan hati, menerima sesuatu dengan redha dan ikhlas. Tanpa prejudis.
Disember 9,2010 at 2:59 pm
Kunjungi http://www.wisnuvegetarianorganic.wordpress.com/