Di sebalik jendela, saya terpesona dengannya. Tetapi bukan cinta. Kerana saya tidak pasti esok pesona ini mahu menemani saya lagi atau tidak. Sedang jika cinta, saya pasti dia ada!
Mempunyai semangat!
Ia bukan seperti mendapat duit yang banyak. Kerana tidak semua orang obses dengan duit. Setiap dari kita mempunyai pesona dan cinta kepada sesuatu. Kenali apakah ia dan mula mencatatnya sebagai salah satu sebab untuk kamu meneruskan hidup walau sepayah mana.
Pesona itu teruja kepada sesuatu. Berasa senang pada sesuatu. Mungkin ia kekal atau mungkin juga ianya hanya sementara. Itu tidak mengapa kerana tidak semua benda kekal di dunia. Senaraikan pesona apa yang membangkitkan rasamu, ia bermanfaat untuk kamu meneruskan ‘rasa’ dalam meniti perjalanan.
KOMA
Tapi cinta, usah disamakan dengan pesona. Sebetulnya, cinta, usah dikelirukan dengan pesona. Cinta itu lain.
Jika dikumpulkan definisi cinta, ia akan menjadi sebuah kamus yang maha besar. Sebuah rasa yang mempunyai pelbagai ungkapan dan persepi. Tidak ada salahnya.Tapi ia untuk siapa?
Cinta memang besar. Tidak juga ia datang sekali.
Pengertian cinta, paling hakiki, kamu tahu harus diletakkan di mana.
Entah kenapa saya masih merasakan bahawa kita sesama manusia hanya pesona. Bukan cinta. Kerana yang sayang dan suka kepada manusia, mungkin berubah dan tidak konsisten.
Kepada Tuhan yang harus dicintai dengan tanpa was-was dan tanpa kompromi, tanpa rasa sedikit, tanpa rasa prejudis dan dengan yakin tanpa bantahan, itulah cinta.
KOMA
Saya obses dengan pelbagai perkara yang memungkinkan saya lupa kepada kesakitan.
Matahari, awan, bulan, alam terbentang luas, kamera, keluarga, penulisan, buku, diri sendiri…
Senaraikan sahaja, kerana ia mungkin menjadi sebab yang jitu mengapa kamu harus hidup.
Dan itulah jawapan kepada kawan-kawan yang merasakan saya tidak konsisten dalam hubungan sesama kawan.
Bezakan hubungan kita dengan kawan-kawan dan hubungan kita dengan Tuhan.
Saya kira itu boleh membantu kita menanam sifat redha dan ikhlas dalam berhubungan.
Dan usah rumitkan keadaan dengan yang bukan-bukan dan tidak-tidak.
Berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Seribu itu untuk manusia. Satu itu untuk Dia.
Wallahua’lam.
Oktober 29,2009 at 11:45 am
Terpesona pada nukilan ini. Tak jemu dibaca. Walau berulang kali.
Di sebalik susunan kata-kata indah, ada banyak perkara untuk difikirkan. Sesekali tertunduk membenarkan kesilapan akibat kealpaan diri.
Keliru takrifan cinta. Pada siapa perlu diagungkan. Membuatkan cinta itu sering dipermainkan manusia.
Oktober 29,2009 at 10:27 pm
Ya. Proses berkawan selama beberapa waktu ini menjadikan saya faam erti kawan dan kekasih. Akan saya khabarkan tentangnya di entri akan datang.
Terima kasih terpesona. Moga ia pesona yang memberi manfaat.
Oktober 29,2009 at 2:32 pm
Saya kembali berminat dengan undangan Good Read yang dikirimkan tempuh hari.
Boleh mengundang saya semula kerana saya tidak mahir menggunakan kemudahan di siber.
Kata kuncinya juga telah terlupa.
Boleh dihantar di ke dua-dua email saya.
Terima kasih.
Oktober 29,2009 at 10:27 pm
Saya juga sudah lama tidak membuka laman Good Reads kerana sibuk. Insya-Allah akan dijemput kembali nanti.
Oktober 30,2009 at 9:36 pm
Nice Posting, membuat diriku lebih mengerti erti cinta yang sejati, salam mesra dari jauh
Oktober 31,2009 at 6:54 pm
kak mengalah mencari e-mel mu. Ini e-mel kak, zalisa_maz@yahoo.com.my
November 1,2009 at 9:56 pm
Catatan ini mengingatkan saya puisi ini:
HUJAN SEMALAM
Semalam rinduku merintih
bersama titis-titis hujan
membuat aku
di sudut terpaku
Hujan semalam
membawa ketenangan
dalam keresahan
Rindu ini masih di sini
mencengkam diri
di puncak sepi.
November 7,2009 at 4:35 am
Bolehkah hendak tumpang membaca?
November 7,2009 at 4:35 am
Boleh?
November 8,2009 at 9:31 am
Macam menapis santan agaknya.