
28 September 2009
Sesudah raya. Juga sudah tiba ke penghujung tahun.
Jatuh mengenangkan target tahunan yang ’suam-suam kuku’ dilaksanakan.
KOMA
Dalam hidup semua manusia akan rasa jatuh. Sakit. Pedih. Parah. Dan mungkin sebahagian hidup telah tiada di bawa arus ‘kejatuhan’. Gelap. Tiada cahaya. Tiada cerita.
Jatuh cinta, maka bangunkanlah cinta itu menjadi sebesar-besarnya hingga boleh membina dunia.
Kerana katanya, cinta boleh mengatasi dan mengubati derita-lapar-sakit-luka manusia.
Jatuh dari kejayaan, kekayaan, kepimpinan, kepercayaan, dan sebaginya – maka bangunkanlah juga kejatuhan itu agar ia menjadi sebuah kehidupan yang lengkap. Ceritanya akan bersambung sampai kita mati.
Kita manusia sama sahaja. Akan jatuh.
Bezanya, bagaimana kita bangun dari kejatuhan itu.
Itu bezanya manusia.
Itu bezanya kita, kawan!
September 28,2009 at 9:54 am
sabar2 hehe
Oktober 14,2009 at 8:40 am
Terima kasih encik KNizam.
September 28,2009 at 1:11 pm
manusia perlu ‘jatuh’..baru ’sempurna’…jatuh dan bangun..dua perkataan yang berkasih sayang..hehehee
Oktober 14,2009 at 8:42 am
Saya setuju. Terima kasih berkongsi falsafah.
September 28,2009 at 5:21 pm
Bertahanlah kawan… Moga terus sukses
Oktober 14,2009 at 8:42 am
Saya cuba. Terima kasih doa.
September 28,2009 at 5:27 pm
Lebih baik jatuh dari menjadi penceroboh.
Ia berkaitan dengan etika dan kewarasan berpengetahuan.
Apakah yang dihasilkan oleh tindakan serentak di antara menceroboh dan berpendidikan?
Oktober 14,2009 at 8:43 am
Ya. Mungkin juga. Ada kebenaran di situ.
September 28,2009 at 6:53 pm
Selepas jatuh, cubalah bangun kembali. Itu perlu tabah, redho dan cuba perancangan yang lebih efektif lagi untuk tidak jatuh lagi.
Oktober 14,2009 at 8:44 am
Terima kasih Amz.
September 29,2009 at 2:30 pm
suka foto ni
Oktober 14,2009 at 8:45 am
Suka juga.
Oktober 1,2009 at 11:14 pm
Kadang-kadang perlu. Kemudian ambillah masa untuk menilai kembali diri untuk bangkit dengan lebih bermaruah
Oktober 14,2009 at 8:46 am
Terima kasih kawan.
Oktober 2,2009 at 10:49 am
jatuh bangun itu lumrah hidup kawan..
bagaimana kau jatuh dan bagaimana kau bangun setelah jatuh itu adalah kau sebenarnya..
Oktober 14,2009 at 8:48 am
Terima kasih mengingatkan.
Oktober 2,2009 at 5:10 pm
Selamat Hari Raya dan Selamat Bangun Semula!
Oktober 14,2009 at 8:49 am
Selamat juga. Terima kasih sudi bertandang ke sini.
Oktober 13,2009 at 9:48 am
Cantiknya bokeh kamu!
Oktober 14,2009 at 8:49 am
Ya, saya juga suka. Terima kasih suka.
Oktober 18,2009 at 7:49 pm
Assalamu’alaikum Cik Puan Zalila,
Salam kunjungan….
Akhirnya saya bertemu blog Cik Puan setelah membeuat search dalam Google.
Dari satu satu segi, saya merasa sedikit “kecewa” kerana pencarian itu tidaklah sesusah mana..
Oktober 19,2009 at 9:20 am
Wa’alaikumsalam Tuan Imran,
Tahniah. Mencari ’saya’ tidaklah sesusah mana. Kerana tiada apa yang berharga mahu disorokkan.
Oktober 19,2009 at 1:31 pm
Saya percaya kita akan banyak berurusan apabila Cik Puan menjadi editor PTS-One.
Oh ya, dengar khabarnya jalan baru (bertaraf ‘lebuhraya’?) yang dibina dari Senawang ke Ulu Bendul sudah mulai dibuka hari ini. Oleh yang demikian, perjalanan dari Seremban akan memakan masa yang lebih pendek daripada dahulu yang terpaksa melalui Bukit Putus.
Oktober 20,2009 at 10:41 am
Insya Allah. Dan lebih banyak urusan jika saya yang mennyunting buku Tuan.
Ahamdulillah, bukan sahaja lebuhraya baharu itu akan mempercepatkan perjalanan tetapi juga menyelamatkan banyak keadaan.