
“Semangat hilangkah?” tanya seorang kawan pejabat.
“Ya, agaknya. Sikit sahaja. Sekejap lagi oklah ni.”
Semangat dan cabaran saling beriringan.
Lif rosak. Pejabat di tingkat lima.
Ada demonstrasi di hujung jalan. Makanya, jalan sesak.
Begitu juga jika ada acara di PWTC. Akan ada kedengaran bunyi riuh serta tempat meletak kereta yang membungkam penuhnya.
Apatah lagi apabila hujan lebat. Air naik dan banjir melanda menenggelamkan apa sahaja. Berwaspada dengan ini.
Ini tidak termasuk lagi cabaran-cabaran dalaman, tentang rakan sekerja yang tidak sekerja. Tentang pemimpin yang tidak memimpin.
Itu cabaran yang kadang mematahkan semangat.
Cabaran yang menyebabkan diri dibakar. Hangus.
KOMA
“Saya cabar awak menghasilkan karya dalam tahun ini juga,” kata seorang kawan yang juga dalam bidang yang sama.
Cabaran yang menaikkan semangat.
Mahu serius atau main-main, terpulang kepada kamu kerana akhirnya kamu juga yang akan merasa sesuatu. Mungkin malu setelah berbelas-belas bengkel penulisan dihadiri, namun hasilnya masih ‘telur ayam’.
Ini pastinya cabaran yang membakar semangat atau terdiam kerana terbakar.
KOMA
“Saya mahu lihat, sejauh mana awak mahu berdiam diri dan berpegang dengan apa yang awak katakan hari ini,” katanya petang itu. Suatu waktu dahulu.
Ya, kata-kata begini juga merupakan cabaran.
“Saya akan buktikan,” jawab saya dalam hati. Terasa semangat mahu berubah itu mula menyala. Akan membakar atau terbakarkah nanti?
Begitulah, manusia cukup pantang apabila dicabar.
Julai 30,2009 at 1:31 pm
Saya cabar juga… jom minum teh tarik…
Julai 30,2009 at 3:03 pm
Saya sahut cabaran itu. Jom. Dengan syarat, ajar buat skrip. Boleh?
Julai 30,2009 at 6:57 pm
Nak ajar boleh… tapi ikut tradisi lama. Pulut kuning sepinggan, ayam seekor, telur 2 biji serta sebatang rotan… hehehe
Jom,bila dan dimana?
Ogos 1,2009 at 10:30 pm
jangan hanyut juga sudah.
lepas bayan belajar buat skrip Q juga mahu belajar dengan bayan. huhu..