
Semasa pulang ke kampung baru-baru ini, halaman ibu agak kusam dan tiada serinya. Banyak pokok bunga yang layu dan tidak berbunga. Yang ada cuma pokok bunga Cina yang sentiasa senyum pada semua.
Kata ibu, biarkan, ini musim mereka tidak bersemangat. Usah buang, nanti apabila tiba ketikanya, ia akan hijau dan berbunga semula.
“Iyakah?” tanya saya sambil memandang ibu yang saya kira paling cantik di dunia.
“Eh, tak percaya pula,” jawab ibu sambil terus membersihkan saki-baki rumput kecil di sekeliling pasu bunga.
Kita juga begitu. Usah gundah, kerana semua yang ada dalam diri kita dan dunia ini ada pasang surutnya. Tiada yang konsisten. Itu kata ibu yang saya akui kebenarannya.
Saya menanti pasang dan mahu mengucapkan selamat tinggal kepada surut.
Julai 7,2009 at 9:24 am
Bukankah itu daun sup?
Julai 10,2009 at 12:49 pm
Bukan. Itu sejenis bunga-bungaan tanpa bunga.
Julai 7,2009 at 10:55 am
kembang dan layu, silih berganti. cuma ketika kembang, jangan lupa saat layunya. ketika layu, hiburkan hati akan saat kembangnya.
Julai 10,2009 at 12:50 pm
Falsafah yang tinggi. Saya pegang itu.
Julai 8,2009 at 1:09 pm
Kita boleh biarkan pokok itu terus berada di situ tapi seharusnya kita juga perlu berusaha untuk menjadikannya kembali subur bukan?
Julai 10,2009 at 12:50 pm
Ya. Saya kira begitu.
Julai 8,2009 at 1:43 pm
salam ziarah cik bayan.
Julai 10,2009 at 12:50 pm
Salam ziarah Aidura
Julai 8,2009 at 5:37 pm
salam,
shot gambar-gambar bayan dalam blog ini menarik.
Julai 10,2009 at 12:51 pm
Terima kasih. Moga memberi sesuatu.
Julai 9,2009 at 8:01 pm
daun kari sedap baunya
Julai 10,2009 at 12:51 pm
Erkk daun kari? Mana?
Julai 10,2009 at 12:12 pm
wahhh…jgn terlalu byk mengomen orgggg…..kelak komen org terhadap anda pasti boleh buat anda menangis…
Julai 10,2009 at 12:52 pm
Wahhh…bab mana yang saya mengomen orang. Jika dilihat, kesemua entri saya tentang diri sendiri. Muhasabah diri sendiri. Tidak mengumpat atau mengomen sesiapa.
Sdr Wannida terasa bab yang mana?
Julai 16,2009 at 1:22 am
Salam,
Terima kasih kerana sudi menjenguk blog gambar saya tempuh hari. Namun, saya terkilan kerana Bayan tidak meninggalkan sebarang komen membina. Tak mengapalah, mungkin bagai Bayan sendiri nyatakan, gambar yang diambil itu terpulang pada citarasa masing masing (bukan verbatim). Apapun, saya masih ingin menjemput Bayan sekali lagi ke blog yang sama dengan posting baru. Ada pautan di atas posting itu untuk teks mengenai gambar.
Terasa agak ganjil pula, haruskah saya memanggil Bayan atau Cik Zalila? Dan, jika tidak keberatan, kawan yang dimaksudkan dalam posting Intan Yang Tercanai itu – yang tidak dapat pergi menonton – teman istimewa ke? Mohon maaf seandainya saya bermuka tembok dalam menanya dan juga jika soalan itu peribadi.
ps. Harap komen ini tidak disiarkan kerana saya terasa agak segan. Terima kasih.
Julai 16,2009 at 6:00 am
Salam,
Maafkan saya jika hal tidak memberi komen memberi kesan kepada encik. Kiranya, saya katakan begini sahaja. Saya tidak layak memberi komen untuk gambar orang lain kerana saya bukan pakar dalam bidang ini. Kerana itu saya minta encik menyertai forum-forum dan blog mereka yang pakar seperti blog fototeacher, candidsyndrom dan sebagainya. Itulah guru yang sepatutnya di tanya. Saya masih belajar. Maaf.
Namun, jika kita berbual secara langsung, boleh juga saya memberi komen sedikit.
Mengenai panggilan, panggillah apa sahaja. Ia bukan hal yang besar.
Oh, hal kawan yang sakit itu bukan kawan istimewa. Sekadar kawan biasa yang saya kira meminati teater juga. Sekadar mengajak beliau. Namun, kesihatannya terganggu.