
Malam Sabtu lepas ke Maskara.
Mengulit dendangan Dewangga Sakti.
Tidak tahu bagaimana mahu gambarkan kehebatan mereka. Keasyikan muzik yang dimainkan. Keelokan lagu-lagu yang diperdengarkan.
Semua tahu bukan? Saya pernah menulis tentangnya dahulu.
Walaupun malam itu, kehadiran tidak seperti yang dijangka, persembahan mereka tetap semangat.
Terima kasih kerana menghiburkan.

Encik Attokz membuka majlis dengan mantera jawa. Saya kira.

Semangat. Seperti Selalu.
Encik Naga yang saya tinggalkan demi masa.
KOMA
“Saya ditemani lagu-lagu Dewangga Sakti ketika kali pertama memandu cik B saya,” kata saya kepada dia.
“Iya?” tanya dia.
“Iya,” jawab saya.
Dan ada ombak rasa yang kadang tidak perlu kita hebahkan. Racaukan dalam bentuk apa yang kamu suka. Ia tetap terjadi.
FLICKR – Sedikit gambar.
Jun 8,2009 at 12:44 pm
Ehem!
xperlu ‘kira-kira’ la Bayan oii..dah memang mentera tu mantra jawa.. hehehehe!
Tp bukan mantra sesat tau…warisan dari Sunan kalijaga ~ Kidung Rumekso Ing Wengi.
Harap terhibur dengan pengalaman yang ada.
Ketemu lagi nanti.
Jun 8,2009 at 12:53 pm
Saya perlu belajar banyak perkara. Pertelagahan dengan kawan penulis tentang makna puisi, sajak dan monolog beri pengajraan yang besar. Jadinya, saya bimbang keyakinan saya salah.
Memang mantra jawa. Cuma jika dapat saya fahami, ia lebih bermakna buat anak jawa seperti saya.
Semoga bertemu.
Jun 8,2009 at 3:53 pm
Terima kasih kerana hadir dan sokongan semua.
Attokz memang hebat!
Jun 8,2009 at 6:57 pm
Encik Zul, Semoga berjaya dan terus berjaya. Ya encik Attokz juga menggegar.
Jun 8,2009 at 3:55 pm
Berkira-kira mahu pergi. tapi aral menyungkurkan saya di pangkal jalan.
Jun 8,2009 at 6:58 pm
Tidak mengapa. Semoga ada ruang lagi selepas ini.
Jun 8,2009 at 4:51 pm
Cik Puan Zalila,
Ko boleh hadamkan maksud/terjemahanya Mantra itu diblog buruk ku –> http://attokz.cjb.net
Jun 8,2009 at 6:59 pm
Ya, sudah dilihat. Usah kecil hati dengan orang yang bertanya dan salah sangka. Pernah berlaku di blog klasik saya di mana mereka mempertikai apabila saya memasukkan entri mantera di situ. Katanya mantera itu kalau disebut boleh jadi membuka pintu kepada perkara-perkara mistik. Benarkah?
Jun 8,2009 at 5:28 pm
Lagu2 Melayu seolah-olah sedang memusnahkan taring kapitalisma yang sedang mengerkah saudara saya dalam gelanggang politik-itupun kalau mereka dengar
Jun 8,2009 at 7:15 pm
Mungkin.
Jun 8,2009 at 6:39 pm
Rasa ralat juga tidak dapat hadir. Oh kerja lalalaaa~~~
Jun 8,2009 at 7:26 pm
Malam pun kerja? Hmmm…Pekerja cemerlang.
Jun 8,2009 at 9:03 pm
di sana ada lagu rakyat?
Jun 8,2009 at 9:11 pm
Cuba klik blog Dewangga Sakti. Di sana, boleh didengari lagu-lagu yang dimainkan.
Jun 8,2009 at 11:22 pm
hehehe.
betullah itu yang dipanggil bayan.
cam muka. tapi tak sempat nak bertegur sapa.
takut tersalah orang.
salam kenal sis. :p
Jun 9,2009 at 6:05 pm
Lain kali tegur ye Famia. Sangat mahu bertentang wajah. Kerana, menurut encik Lutfi Ishak, cermin mata kita serupa sehingga dia menjangka saya adalah Famia semasa Perhimpunan Penulis Muda Nasional tempoh hari.
Jun 8,2009 at 11:29 pm
Bayan Dearie,
Apa yg aku tahu ~ lafaz mentera xkan pernah membawa apa-apa kesan tanpa amalan yg mendukung keberkesanannya. Tapi ada satu-dua kes dimana golongan jin yg berminat dengan lafaz tersebut akan menzahirkan diri. Tp itu tidak bermakna akan membuka pintu-pintu mistik seperti pemahaman sesetengah orang.
Sebagai contoh lafaz mentera Ilmu Pengasih yang menggunakan hayunan limau tatkala bulan mengambang ~ keliwon :
“batu luak batu nani,
dititik nila menila,
di mana aku mandi,
disitu si anu gila,
dalam nasi beras pulut,
sapu tenggang di hala jati lalu,
di mulut si anu sudah renggang,
air diminum tidak lalu,
aur ditendang pembentung tumbuh,
pucuk menggilai lalu seberang,
cari kain warna tujuh,
buat pelimbai semangat si anu,
hai semangat si anu bawa kepada aku,
berkat hu…”
Cubala sesape yg berani…mana la tau boleh manjur nanti.
Tidak pernah berkecil hati, cuma terasa sakit bila diri dipinggir dari gagasan ide sendiri.
Oh ya, ada mentera yg dibaca masa malam itu berasal dari mentera pembuka semasa wayang kulit. Diperturunkan oleh Tok Dalang Muda, Rahimidin Zahari.
Jun 9,2009 at 6:07 pm
Hmm…Dipinggir atau meminggir bukankah ada dalam dunia ini? Usah kecil-kecilkan hati lagi.
Mengenai mantera, saya pernah mengkaji tentangnya semasa di UM dahulu. tetapi tidak banyak dan sekadar asas sahaja. Mungkin boleh sahaja tanyakan pada Pengarah Akademi Pengajian Melayu tentang hal ini.
Jun 9,2009 at 6:01 am
Oh ruginya tidak pergi! Balik kampung pulak masa ni.
p/s : saya suka baca blog kak ila. Masalahnya, saya selalu menghadapi masalah mengingati nama blog ini – yang saya sendiri menghadapi kesukaran menyebutnya. haha sekarang saya sudah link dgn blog saya, insyaAllah akan dijenguk-jenguk!
Jun 9,2009 at 6:09 pm
Lain kali boleh datang lagi ke persembahan Dewangga Sakti.
Susah ke nak sebut? Saintifik sangat kan?
Cuba sebut ‘bayan’ sahaja. Kan senang. Hahahhaha…gurau sahaja.
Jun 9,2009 at 9:36 am
Nak dengar lagu sila ke http://reverbnation.com/dewanggasakti
Selamat berhibur
Tunggu album (penuh) yg sedang dirakam.
Jun 9,2009 at 6:10 pm
Saya tunggu album penuh malam itu encik Zul. Tapi hampa. Apapun, saya faham kesulitan dan halangan yang melanda. Semoga diberi kemudahan selepas ini. InsyaAllah. Amin.
Jun 9,2009 at 11:07 am
Salam,
Indahnya andai dapat bersama menghadam rasa, membelai jiwa.
Pun, saya rasa beruntung kerana ketemu CD Dewangga Sakti di kedai terpakai.
Jun 9,2009 at 6:11 pm
Alhamdulillah, kiranya masih boleh berdendang bukan?
Jun 9,2009 at 11:14 am
puisi mantera memang ada. contoh dia ‘taburlah bunga’ sutung umar rs tu kot.
Jun 9,2009 at 6:13 pm
Kot?
Saya cuba cari.
Jun 9,2009 at 10:12 pm
artikelnya cukup menarik,perkenalkan saya dari indonesia, saya suka blog anda.
ikutilah blog kontes indonesia dengan hadiah-hadiah menarik, jadilah pemenangnya di indonesia blog kontes, daftarkan blog anda info di http://herbamart.blogspot.com