
Gambar-gambar yang lain boleh dilihat Facebook saya.
140 hingga 160 km/j. Seremban ke Melaka.
Mungkin boleh dipujuk rasa ‘terbang melayang’ itu dengan dendangan muzik gamelan dari Sunda yang diiringi bunyian air dan burung berkicauan.
Pemandu mempunyai platform yang baik iaitu lebuh raya yang baik turapannya dan tidak sesak seperti lebuhraya Kuala Lumpur.
Pemandu juga punya tiket yang baik iaitu lesen memandu.
Saya kira kisah di atas mampu menjelaskan serba sedikit konsep platform dan tiket.
KOMA
Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 yang dihadiri baru-baru ini sangat terkesan kepada saya sehingga saya menyesal tidak sudah dengan keengganan membawa lap top ke sana. Jika tidak pastinya entri blog saya sejak hari Jumaat yang lepas dipenuhi idea baru tentang perhimpunan ini.
Banyak perkara berlaku selama 3 hari berkampung di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka itu.
Seperti biasa, bertemu dengan penulis muda dan mapan, membeli buku [lagi], mendengar pembentangan kertas kerja dan menikmati perbincangan yang mencabar minda.
Pemilihan tajuk perbincangan dan kertas kerja amat bertepatan dengan tema perhimpunan kali ini iaitu “Perjuangan penulis Muda : Arah dan Cabaran”. Jadinya pelbagai isu tentang pemikiran, teori, arah tuju, cabaran dan isu bahasa (baca: PPSMI) dihujahkan. Juga terlibat sama hal kepimpinan dan sistem pendidikan.
Cuma beberapa perkara yang saya lihat amat tidak cantik dan tidak ranum untuk diperkatakan.
Pertama, persatuan penulis bukanlah satu tiket untuk kita berasa megah di dalamnya. Persatuan penulis hanyalah platform yang baik untuk kita belajar dan belajar. Dan ia bukan tiket untuk kita membangga diri dan lantang bersuara tanpa berfikir.
Berkarya dengan bebas melalui idea dan kepompong yang pecah [idea yang tidak terkongkong] serta menyebarkan karya itu di dalam medium yang pelbagai, itulah yang saya fahami melalui kertas kerja Saudara Ariff Muhammad.
Sila baca kertas kerja beliau di muka surat ke 10 melalui tajuk kecil, ‘seseorang penulis seharusnya…’. Baca item nombor 4.
Keduanya, sebelum bertanya soalan kepada panel, sebaiknya pendengar memberi perhatian sebaiknya agar tidak wujud pertanyaan yang ‘salah faham’ dan prejudis sehingga menutup peluang soalan yang lebih bernas diajukan.
Peserta [baca : penulis dan wartawan] merupakan platform yang baik untuk bertanya soalan kepada panel pembentang atas dasar ketidakfahaman dan mohon penjelasan lebih lanjut. Tetapi, saya fikir peserta tidak boleh gunakan tiket kebebasan bertanya itu dengan sewenang jika diselaputi emosi dan ‘latahan’ yang memanjang.
Ketiga, panel pembentang adalah platform terbaik untuk menyebarluas ilmu dan pengetahuan yang dimiliki. Dan saya kira panel pembentang tidak pernah diberi tiket untuk tidak menjawab soalan.
Jadinya, konsep platform dan tiket yang saya jelaskan di ‘koma’ kedua ini diharap betul dan difahami oleh pembaca.
InsyaAllah, saya akan menulis lagi tentang hal ini kemudian nanti.
KOMA
Ada satu perkara yang saya temui dalam seminar kali ini iaitu orang yang bijaksana tidak akan menguar-uarkan kebijaksanaannya dalam apa jua bentuk terutama percakapan.
Juga, bercakap tanpa berfikir tidak bagus untuk menjaga air muka.
Sekarang saya faham, mengapa ramai penulis lama dan mapan mempunyai sifat pendiam. Diam mereka berisi rupanya. Menjawab bila ditanya, itupun sepatah-sepatah dan bercakap dengan fikir yang panjang.
Mari kita sama-sama belajar wahai penulis muda.
Mei 26,2009 at 12:35 pm
alamak, rugi tak pergi. kalau tak boleh jumpa ko. hahaha
mulanya memang aku nak pergi. tapi aku terasa segan pula (serius). sampai hari ni, aku kadang-kadang rasakan aku bukanlah penulis. dan belum layak bergelar penulis. tugas penulis memang berat. tak apa la. aku senang begini-begini saja. sampai satu masa, bila bosan, aku mahu tak mahu lagi menulis, aku akan quit. tapi setakat ni, macam tak boleh berhenti pulak. ada je rasa nak menulis. haha
Mei 26,2009 at 2:26 pm
Alahai, kenapa pula nak segan. Saya lagi, satu karya pun tak pernah tersiar di media arus perdana. Datang juga sekadar mahu melihat dunia penulisan dan mengambil semangat penulis mapan.
Menulis, jika disertai hati, memang tak akan berhenti. Semoga terus menulis dan berjaya. Untuk encik, dan saya juga.
Mei 26,2009 at 2:54 pm
la, nak buat macamana. dah aku tiba2 terasa segan. begitu juga kalau nak berbengkel tu. blog tu pun aku gagah2 kan juga buat. akhirnya aku menulis sorang-sorang. memang terasa rugi sebab tak ada pertukaran fikiran. aku rasa aku kena buang rasa rendah diri kot. itu tabiat lama aku dari sekolah lagi. susah nak buang. haih.
Mei 26,2009 at 2:59 pm
Saya fikir, menulis tidak semestinya perlukan kawan [walaupun itu alasan yang selalu saya utarakan bila orang tanya bila nak menulis dengan serius - saya akan kata tak ada kawan].
Lebih sakit hati bila berkumpul sesama rakan penulis ada yang bersikap mendewa-dewakan diri sendiri.
Terlebih baik tulis ikut diri sendiri. Banyakkan membaca karya penulis lain dan isu penulisan terkini juga suatu pertukaran fikiran.
Tetapi jika punya kesempatan hadiri bengkel penulisan, terlebih baik hadir dan ikut serta. Tidak rugi.
Mei 26,2009 at 5:53 pm
Kalau laptop itu berat, ringankan. Kalau besar, slimkan. Lantaran ada benda lain yang perlu dibawa seperti kamera D80 yang kelihatan gagah perkasa itu. Menulis sewaktu kejadian tidak serupa dengan menulis di dalam kamar. Selamat menulis. Tidak mustahil pada tahun depan kan saya miliki buku karya Cik Bayan, ya buku.
Mei 27,2009 at 8:21 am
Ya, cadangnya mahu membeli lap top yang comel seperti Puan Nisah. Perempuan, antara lap top, baju, alat solek dan kamera, sesekali tak akan meninggalkan atau mengurangkan item alat solek dan baju. Jadinya…[hahahha]
Ya, menulis ketika kejadian tidak sama dengan menulis selepas kejadian.
Mei 26,2009 at 6:15 pm
Sdr Rahimin,
Saya pun bayangkan sdr mungkin akan berada di sana. Masih tak mahu mengaku diri penulis? Ahad lalu, saya lihat karya sdr tersiar lagi. Ayuh, ada masanya penulis itu harus sendiri-sendiri tetapi, adakalanya dia perlu keluar dari kepompongnya untuk bertemu dengan mereka yang mungkin sudah menjadi rama-rama. Rendah diri, biarlah bertempat.
Bayan yang kritis,
Teruskan pemikiran sebegini, selepas ini tumpahkan pula dalam karya kreatif. Saya tahu sukar untuk bertukar daripada penulisan jurnalistik kepada penulisan kreatif tetapi kalau diusahakan tidak ada yang mustahil di dunia ini.
Mei 27,2009 at 8:22 am
Saya cuba.
Rahimin pun sedang cuba [saya dengar dia bisik dengan diri sendiri..hehehhe]
Mei 26,2009 at 10:14 pm
Bayan yang manis,
Rupanya kamu sekarang dah banyak pengalaman sebagai penulis … aku rasa kali pertama aku mengenali kamu sehingga sekarang telah banyak perkembangan tentang rentak penulisan kamu. Tahniah! Wahai sahabat yang gigih!
Mei 27,2009 at 8:23 am
Saya cuba memperbaiki diri. Sedang cuba walau banyak kali tersungkur.
Mei 26,2009 at 10:54 pm
Sdra.,
Terima kasih atas kunjungan ke blog kerdil rarws serta meninggalkan komen. Saya terkesan dengan hal pengurusan sesebuah acara kerana saya juga membikin acara apatah lagi majlis ilmu yang bertaraf nasional ini. Ya… matlamat utama saya terkesan berjaya dalam PPMN kali ini, namun soal pengurusan acara harus diambil berat juga untuk seboleh mungkin mengecilkan masalah serta meningkatkan tahap profesionalisme pengurusan acara.
Sekali lagi terima kasih buat sdra kerana sudi membaca catatan dalam blog rarws dan juga catatan ini.
Sekian.
Mei 27,2009 at 8:25 am
Terima kasih sudi sudi menyusul ke blog yang tiada apa-apa ini. Sekadar memberi pandangan sebagai peserta yang mahukan terbaik daripada pihak penganjur.
Bukan mahu menjadi pahat yang masih berbunyi setelah rumah siap. Sekadar berpesan-pesan agar yang buruk dan khilaf itu boleh direnungi bersama dan usah diulangtayang selepas ini.
Jun 11,2009 at 1:07 pm
salam,
apa beza bayan dengan serindit?
haha.
tentang kelompok dalam penulisan, perlu juga tetapi jangan terlalu ghairah dengan kelompok tertentu dan merasakan diri bagus sangat di situ. perlu keluar dan lihatlah dunia sebenar. itulah mesej yang saya ingin sampaikan pada adik2 mpr.
teruskan menulis bayan.
Jun 11,2009 at 1:20 pm
Encik Ekspresi,
Dua-dua burung. Bezanya, hanya orang yang biasa bermain dengan burung sahaja yang tahu. Hehehhe…
Saya faham tentang hal itu. Insya Allah, saya rasa mereka yang terlibat dalam hal pengelompokan itu faham maksud yang encik mahu sampaikan.