
kukira hujan itu,
yang membasahkan hujung jari manismu,
dan sekali,
kau rebah di kaki langit.
Kukira..
hujan yang turun itu,
adalah senandung pilu,
ketika putusnya katamu,
ketika tekadnya niatku,
maka,
kita tak akan ada satu sama lain lagi,
Kukira begitu kawan!
*Hari keempat demam semakin okey. Dan langit mula menghitam. Ingatan, penduduk Kuala Lumpur, sila jangan teruja dan bermain dengan hujan walaupun kamu dan hujan sudah lama tidak bersapa.
Mei 13,2009 at 2:08 pm
semoga hujan itu penuh dengan rahmat…
….semoga cik terus diberikan kesihatan…dan semoga sentiasa dalam ceria..Amin
Mei 14,2009 at 8:08 pm
InsyaAllah. Terima kasih.
Mei 14,2009 at 10:14 am
salam
syafakillaah…
Mei 14,2009 at 8:09 pm
Salam kembali. Terima kasih.
Mei 14,2009 at 7:46 pm
Hai, demam-demam pun sempat mengambil gambar nampaknya?…
Mei 14,2009 at 8:11 pm
Waktu ini agak kebah sedikit. Sambil membersihkan dan memeriksa keadaan kamera yang agak terbiar. Hujung minggu ini ada majlis yang perlu saya hadiri dan buat berita.
Hujan. Cantik bukan?
Mei 14,2009 at 8:35 pm
Owh, kamu demam teruk rupanya … maafkan aku kerana sudah lama tidak bertanya khabar beritamu. Aku sibuk teramat sebenarnya! Buku itu akan aku poskan beberapa hari lagi.
Mei 15,2009 at 8:06 am
Terima kasih sudi melantik saya sebagai ‘editor’ untuk buku yang cikgu maksudkan. Saya demam biasa-biasa sahaja.
Mei 19,2009 at 2:43 pm
Oh hujan… maknanya tak ada bulan?
Mei 19,2009 at 3:13 pm
Hujan…bulan beradu awal. Katanya letih!