
“Stor mereka jauh daripada tempat mereka berjualan. Tidak penatkah?” tanya saya kepada teman yang menemani saya mengembalikan ‘rasa’ untuk mengambil gambar itu.
“Mahu hidup, tidak mengapa susah sedikit.” Itulah lebih kurang jawapan yang saya terima daripada dia yang lebih banyak ‘makan’ garam daripada saya.
KOMA
Mengambil gambar sekitar Jalan Petaling, lorong belakang, Jalan Panggong, Tokong Yap Ah Loy, tokong atas bukit, Pasar Seni dan The Annexe, melihat pelbagai rencah kehidupan tidak mengira bangsa apapun. Cukup memberi erti.
Semua mahu hidup dengan cara tersendiri. Melihat mereka berjualan, memunggah barang, menyusun barangan, memerhati pelanggan, dan sebagainya menunjukkan masing-masing punya peranan untuk meneruskan hidup.
Saya pernah pertikai sesuatu apabila melihat seorang dua orang mak nyah di sebuah lorong, ‘mempamer’ diri walaupun di siang hari. Apa yang berlegar di kepala bukanlah hal kesukaran hidup mak nyah tersebut. Saya kira saya bukanlah orang yang boleh ‘berlembut hati’ jika mahu memperkatakan tentang ‘kekecualian’ terhadap kehidupan mak nyah di dunia ini. Saya pertikaikan penguatkuasaan.
Kata jejaka, “semua mahu hidup.”
Saya kurang arif tentang kata-katanya.
Jejaka menjelaskan lagi. Mak nyah, yang melakukan kerja sebegitu seharusnya boleh dikurangkan atau sebaiknya ‘dihilangkan’ dengan cara penguatkuasaan yang telus. Tetapi ia tidak berlaku. Kerana apa? Kerana masing-masing mahu hidup.
Kamu mak nyah mahu hidup, jadi kamu laksanakan kerja sebegitu walaupun kamu tahu, Tuhan beri akal untuk kamu berusaha dengan cara yang lebih baik. Kamu mak nyah, tahu cara mahu hidup tetapi salah dalam cara mahu hidup. Maka, cara yang salah itu terkait dengan hal yang lain. Kamu, mungkin di desak atau dengan rela memberi wang perlindungan kepada segelintir encik-encik yang menjalankan hal-hal penguatkuasaan agar kamu selamat dan mereka juga kenyang. Jadi, masing-masing hidup bukan?
Saya faham.
KOMA
Jika umur saya panjang, mungkin lagi 5 tahun, atau 10 tahun dan mungkin juga lebih, saya akan mengucap syukur pada Tuhan dan dalam masa yang sama merasa sedikit gerun dan bimbang.
Syukur jika saya memilih jalan hidup yang mengikut landasan. Makanya, hidup selama 5 tahun lagi, mahupun sepuluh tahun atau lebih daripada itu, akan jadi sebuah kehidupan yang bermakna. Untuk hidup yang hanya sekali.
Gerun dan bimbang apabila memikirkan umur yang panjang tetapi akal menjadi kacau-bilau sehingga tersia-sia dengan hal yang tidak sepatutnya. Apa guna hidup bukan?
April 28,2009 at 11:31 am
Benar Cik Bayan,
kerana mahu hidup, yang tidak pandai berenang boleh terselamat dari mati lemas.
April 28,2009 at 4:48 pm
Ya. Semangat untuk hidup menentukan apa yang kita mahu dan jalan mana yang kita tempuh.
April 28,2009 at 1:04 pm
saya singgah
April 28,2009 at 4:47 pm
Kenapa singgah kalau tak masuk – ini tajuk lagu kumpulan apa ntah.
April 28,2009 at 1:57 pm
Assalaamu’alaikum..
Ternyata dunia ini untuk semua yang mahu hidup. Namun sayang…pengertian kehidupan tidak diperhalusi dengan cara waras akal. saya setuju tentang pendapat anda kehidupan mak nyah itu….mengapa harus hidup sedemikian. apakah tiada cara yang lebih baik dari mengambil jalan sedemikian. Hidup di dunia ini memerlukan akal untuk kita selamat. memerlukan ilmu untuk kita yahu baik atau buruknya. Untuk apa Allah memuliakan manusia dengan akal dan ilmu ? Tentu sekali untuk menjalani kehidupan di dunia ini. Subhanallah. Semoga kita dilindungi dari hal-hal yang merugikan kita. Amiin.
salam hormat selalu.
April 28,2009 at 4:46 pm
Salam hormat kembali buat sdr yang sudi menjenguk blog saya.
Semua mahu hidup. Jadinya terdapat dua hal. Pertama, hidup hanya sekali, jadi apa salahnya kalau buat apa kita diingini sama ada salah atau tidak. Dan keduanya, hidup hanya sekali dan harus diisi dengan benda-benda baik.
Mana satu pilihan kita?
April 30,2009 at 4:39 pm
kehidupan itu berbekalkan suatu azam dan keinginan yang mahu dan mesti dicapai…manusia akan lakukan secara normal atau sonsang untuk penuhinya…
….untuk terus hidup…gunakanlah semangat yang diberi untuk memilih samada lakukan secara normal atau songsang…
teruskan hidup…kerana di dalamnya ada tanggungjawab yang mesti dilaksanakan, ada amanah yang menanti, dan ada kasih sayang yang mengharap…
Mei 16,2009 at 7:29 pm
Semua mahu hidup, tapi dah terang2 takkan hidup selamanya. Kalau semua berpegang pd prinsip asalkan dapat hidup, tak ada ertinya agi hidup.
Mei 17,2009 at 4:27 pm
Ya, saya juga kira begitu.