
“Pergi Pesta Buku lagi tak?” tanya saya kepada seorang teman penulis yang menemani saya ke Pesta Buku pagi tadi.
Dia menjawab, katanya dia akan pergi pada hari Ahad ini.
Jadi, saya memohon padanya agar dia dapat membelikan sebuah dua buku lagi untuk saya.
Dan saya terlupa sudah berapa banyak buku yang saya beli, buku yang telah di baca, buku yang berada di meja pejabat, di dalam kereta dan dipinjamkan kepada kawan-kawan.
Sudah tiba masanya, mungkin untuk membuat senarai buku yang saya miliki. Supaya senang untuk dijilidkan apabila impian memiliki sebuah ruang sebagai perpustakaan akan terlaksana kelak.
Masih ada yang tertinggal rupanya dalam mencari kepuasan memiliki buku yang bakal memberi kesan dalam perjalanan hidup saya.
KOMA
Ketupat Cinta – Faisal Tehrani (Ameen Kreatif)
Panggil Aku Melaju – Rahmat Haroun Hashim (DBP)
Yakjuj dan Makjuj, Bencana Di Sebalik Gunung – Wisnu Sosongko @ Muhammad Alexander (PTS Islamika)
Tiga telah dimiliki.
Satu lagi yang berjudul, Tahun-Tahun Yang Dinanti oleh Fumiko Enchi (DBP) telah dibeli melalui seorang kawan yang bekerja di Syarikat D [katanya]. Tetapi masih belum berada di tangan saya.
Kamus Sinonim – kata seorang teman, saya perlu memiliki kamus ini untuk memperkaya kosa kata Bahasa Melayu saya. Terutama untuk pembinaan sebuah puisi yang memerlukan gaya bahasa dan diksi yang menarik dan indah. Tetapi kamus ini tidak di temui di booth Utusan Publication. Katanya sudah kehabisan stok. Jadinya,di mana harus saya cari kamus ini?
Dan ada beberapa buah buku lagi yang perlu saya beli setelah melihat senarai buku yang dibeli oleh kawan-kawan.
Itulah, bukankah sudah diingatkan, usah berlama-lama di Pesta Buku. Sudahnya, asyik rasa banyak yang tertinggal.
KOMA
Saya rasa tidak berapa seronok dengan Pesta Buku Antarabangsa 2009 kali ini. Mungkin dengan ruang legarnya yang agak sempit dan terhad, tidak seperti tahun lepas.
Mungkin juga terasa lebih semak dengan booth ‘menjual’ bahasa Inggeris danĀ segala macam ‘jualan’ yang memaksa kita berhenti dan mendengar mereka mengulang skrip meminta kita membeli ‘ilmu’ mereka.
Ya, ada yang tertinggal sehingga kamera yang disandang juga tidak bernafsu merakam gambar bersama penulis-penulis ataupun khalayak pembaca yang memenuhi ruang.
KOMA

Ada yang tertinggal, mungkin semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, sehingga kereta saya ditimpa kemalangan kali ke…errr… kali ke lima mungkin.
Ada yang tertinggal. Doa menaiki kenderaan atau ingatan Tuhan terhadap beberapa kelalaian saya hari ini.
April 25,2009 at 8:01 pm
Salam Bayan,
Ini kali kedua / ketiga berkunjung ke sini, cuma belum pernah tinggal komentar.
Tertarik dengan idea Bayan mahu menyenarai buku. Sengaja mahu jemput bergabung di Goodreads, sebab di sana boleh membina senarai buku sambil-sambil berkenalan dengan rakan buku yang lain (kalaulah masih belum menyertai)
April 26,2009 at 8:41 am
Terima kasih sdr Najibah kerana sudi berkunjung ke sini [blog yang tidak punya apa=apa].
Sebenarnya saya juga ingin menyertai goodreads.Tetapi masih belum berkesempatan. [Apatah lagi melihat buku-buku yang dibaca teman-teman semuanya buku terbaharu dan hebat-hebat belaka].
InsyaAllah, akan sertainya sedikit masa lagi.
April 25,2009 at 10:34 pm
Eh! Samalah buku kita (yang tiga tu). Tak sempat saya nak menayangnya di blog sendiri terlebih dahulu!
Kasihan, kereta tercalar. Tapi Allah masih sayang, kerana pemandunya masih selamat, kan?
April 26,2009 at 8:44 am
Ya, Saya kira buku yang tiga itu memang sukar mahu dilepaskan oleh siapa-siapa. Mungkin juga kerana penulisnya atau tarafnya yang merupakan ‘buku terkini di pasaran’. Jom buat ulasan!
Ya, saya tahu tuhan masih sayang pada hambaNya ini. Alhamdulillah kemalangan kecil. Tetapi kasihan kereta saya itu, baru pakai lebih kurang empat bulan, sudah calar balar.
April 26,2009 at 1:22 am
selalunya apabila kita akan teringat sesuatu yang tidak kita lakukan apabila musibah melanda…
baik kecil atau besar halnya, ia satu peringatan buat kita yang selalu alpa…
syukurlah kerana Tuhan masih menyayangi dengan memberi peringatan.
April 26,2009 at 8:45 am
Ya, sangat bersyukur. Memang selalunya apa sahaja musibah melanda, saya akan segera teringat ‘kesalahan’ apakah yang telah saya lakukan kepada Tuhan.
Semoga kita saling ingat-mengingatkan.
April 26,2009 at 2:53 am
Salam Sdr Bayan: Tuhan selalu menguji orang yang baik dengan ujian yang menduga. Wassalam.
April 26,2009 at 8:46 am
Ya. Saya kira Tuhan memang menguji hambaNya, sejauh mana kecintaan hambaNya itu ataupun sejauh mana kelekaan yang hambaNya lakukan.
April 26,2009 at 3:02 am
saya beli dua buku sahaja. duit tak cukup. nanti-nantilah.
saya pun kurang gemar pesta buku tahun ini. entah tak tahu kenapa
April 26,2009 at 8:49 am
Dua buku di Pesta Buku sudah memadai. Yang lain-lain masih boleh dibeli kalaupun tidak di Pesta Buku bukan?
Saya sendiri lebih banyak membeli buku secara online ataupun memesan terus daripada penulisnya.
April 26,2009 at 3:15 am
sekurangnya- kurangnya awak menyedari ada yang tertinggal…
mungkin awak sudah hati ketika memandu…itulah takdir…
ok..cik,..jaga diri sentiasa
April 26,2009 at 8:49 am
Terima kasih. Sama-samalah kita menjaga diri.
April 28,2009 at 4:32 pm
salam…
Telah punya Muqaddimah – Ibnu Khaldun? Saya sedang rancak menelaahnya. Mungkin boleh berkongsi ilmu…
April 28,2009 at 4:43 pm
Saya jenis yang membeli dan membaca apabila disarankan oleh kawan-kawan. Apabila encik menyebut tentang buku ini, insyaAllah sedikit masa lagi akan saya beli. Alhamdulillah, moga bermanfaat jika encik membuat ulasannya di blog encik.
pstt…terbitan mana dan siapa penulisnya?
Mei 9,2009 at 10:09 am
Salam.
First time masuk sini.
Tringin nak baca buku “tahun-tahun yang dinanti”.
Dimana sy ble beli buku tu ek?
Mei 11,2009 at 10:28 am
Ratusagi,
Terima kasih ‘masuk’ ke sini.
Saya kira, cik perlu berusaha mencarinya di stor DBP atau Dawama kerana menurut rakan saya, buku ini sudah kehabisan stok dan tidak akan diulang cetak.
Semoga berjaya mendapatkannya.