
Langit di Kedah dengan menggunakan kamera Canon
“Siapa kata biru langit hanya boleh diraih melalui kamera Nikon?” tanya seorang teman yang memang ’sifu’ dalam hal kamera dan fotografi.
“Err…” sambut saya dalam gamam.
KOMA
Belajar, mungkin banyak lagi yang kamu akan peroleh. Tahu ilmu dan amalkan. Itu satu pakej yang dituntut dalam Islam.
Gambar ini diambil ketika berada di Pulau Besar, Melaka. Sangat terik. Pertama kali menggunakan CPL Filter dan ia GAGAL. Masih belajar.

Apa kata awan mengenai Nikon?
Langit biru dengan Nikon, tanpa CPL filter.
Banyak perkara sebenarnya yang saya tidak belajar tetapi bertindak seolah-olah tahu tentang hal itu. Malahan, ada juga perkara yang tidak saya teroka, tetapi sebenarnya perkara itu tidak seteruk yang saya dakwa. Contohnya, saya katakan kamera Canon sangat payah untuk dikendalikan.
Ya, payah kerana saya tidak mencuba.
Err…tetapi, kamera Canon tidaklah ’seteruk’ yang disangka.
Lihat, dengan Canon, langit biru tetap biru.
Itu hal yang saya cuba dan ia satu cubaan yang memberi manfaat.
KOMA
“Kita cuba…” katanya ketika langit bukan biru.
“Ini bukan masa untuk mencuba cinta,” jawab saya.
April 8,2009 at 9:22 am
Sejuk hati melihat kubah masjid…
April 8,2009 at 9:59 am
Ya. Apatah lagi apabila berada di dalamnya.
April 8,2009 at 11:24 am
“Kita cuba…” katanya ketika langit bukan biru.
“Ini bukan masa untuk mencuba cinta,” jawab saya
*** tertanya-tanya – apa kaitan langit biru dan cinta? heehehe.Apapun, gambar-gambar yang cantik.
April 8,2009 at 11:33 am
Banyak kaitannya. Mungkin. Bagi saya yang obses dengan langit tidak kira biru atau tidak.
April 9,2009 at 12:54 am
HUWAAAA! Ketika masih belajar mencuba-cuba guna filter pun, sudah amat mengagumkan perspektifmu itu. Aduh, masih terlalu banyak yang perlu saya pelajari dari bidang ini.
April 9,2009 at 5:25 am
Terima kasih. Pandangan mata kita berbeza bukan.
Belajar. Usah letih.
April 9,2009 at 9:48 am
kebiruan langit dicipta untuk manusia mencari ketenangan darinya…
April 9,2009 at 1:42 pm
Ya, juga untuk mensyukuri nikmat Tuhan. Beri gambaran bahawa lukisan alam oleh Tuhan amat indah. Tiada cacat celanya.
April 11,2009 at 9:53 pm
Tahniah …foto-foto kamu semakin menarik dan bertujuan!
April 13,2009 at 8:58 am
Terima kasih.
April 19,2009 at 10:54 pm
salam…
bayan, saya sangat suka dengan gambar2 awan tu… sudilah kiranya ajarkan saya macamana nak amik gambar yang cantekkk sangat macam bayan… buleh?
April 20,2009 at 9:32 am
Boleh sahaja.
Oktober 20,2009 at 12:56 pm
Assalamu’alaikum Cik Puan,
Nikon D-80 ini berapa RM (body only)? – Tentu lumayan, ye?
Berapa megapixel resolution nya?
Ingin sekali aku memilikinya…
Oktober 21,2009 at 8:22 am
Tuan Imran, Wa’alaikumsalam…
Nikon D80 [Body dan Kit lens] semasa saya beli harganya RM3800. Mungkin sekarang harganya sudah turun.
Resolusi 10 mgpxl.
Silakan memilikinya.Hehhee…