
“Perjalanan kita sama. Laluan juga sama. Biarlah masa yang menentukannya,” jelas dia tanpa ragu.
“Ya, memang sama, tapi tidak semestinya kita perlu melalui perjalanan itu bersama bukan?” jawab saya, juga tanpa ragu.
KOMA
Esok saya akan ke Kedah. Ada program yang harus saya hadiri.
Tidak, perjalanan ini tidak akan mampu menghapus lelah sepertimana yang teman sepejabat katakan;
“Bolehlah jalan-jalan di sana. Boleh hapus tekanan sedikit.”
Tidak kawan, ia tidak akan hapus apa-apa.
Yang tinggal tetap begitu, kadang manis dan kadang pahit.
Yang bakal datang juga tetap begitu, kadang manis dan kadang pahit.
Kamu mengerti bukan, bahawa masa yang kita ada terlalu singkat untuk kita melunaskan apa yang telah dirancang.
Saya, tidak mahu melunaskannya.
Ini bermakna, perjalanan kita yang kamu kata sama seiring, akan tetap berlalu, tanpa saya atau tanpa kamu. Maaf.
KOMA
“Kamu lelah?” tanya dia.
“Tidak. Saya cuma letih dan bosan,” jawab saya.
Noktah.
Mac 26,2009 at 11:06 pm
dalam perjalanan ada yang menang dan ada yang tewas..ada yang gembira dan ada yang duka, ada yang gembira tetapi terlupa, ianya memberikan kebosanan kepada seseorang.
Mac 27,2009 at 1:55 am
kemana juga arah tuju dan juga matlamat perjalanan itu…ianya perlu semangat, kesabaran dan ketabahan.
…semoga segala pencarian di dalam perjalanan itu tercapai, Insayaallah…
Mac 28,2009 at 6:36 am
Ya, mungkin.
Mac 27,2009 at 8:47 am
Selamat menggelapkan diri anda esok! Selamat kesemuanya ya!
Mac 28,2009 at 6:37 am
Tidak gelap kulit rasanya. Gelap langit sepanjang jalan.
Mac 27,2009 at 7:34 pm
nak ikut huhuhu
Mac 28,2009 at 6:38 am
Saya nampak diwajah encik [nak ikut]. Lain kali ye…
Mac 27,2009 at 11:43 pm
eh ke kedah kak? de prog pasal pe eh kak? akk bz eh skrg ni?
Mac 28,2009 at 6:38 am
Ada Muktamar Majlis Amal Islami [peringkat negeri Kedah]. Sibuk seperti biasa.
Mac 28,2009 at 1:48 am
selamat datang ke kedah…tapi saya masih di pulau mutiara atas beberapa urusan yang perlu disegerakan.
…jalan mana yang mahu diikut tidak penting, siapa yang mahu ikut juga tidak penting, tetapi destinasi akhirnya yang penting. Mesti tiba dengan selamat!
Mac 28,2009 at 6:41 am
oh ya encik, keadaan yang sedikit terpaksa ke Kedah ini, membuatkan saya lupa tentang encik. Dan kertas kerja kongres yang masih belum dihantar.
Saya di Kedah sehingga petang Sabtu sahaja.
Memang benar kata encik, apa yang penting destinasi akhirnya.