
“Kenapa sesak sangat hari ini?” tanya saya dalam hati pagi tadi setibanya di kawasan pejabat.
“Oo…perhimpunan UMNO.” Jawab akal apabila melihat ada kakak-kakak dan makcik-makcik yang memakai baju seragam, merah-putih dan merah jambu, sedang beratur mahu melintas jalan ke PWTC.
KOMA
Pagi tadi, semasa dalam perjalanan menuju ke pejabat, saya buka saluran radio berbahasa Inggeris.
[Saya tidak akan bicara hal bahasa kali ini]
Topiknya, sesuatu yang menimbulkan pertanyaan ‘kenapa’ [why] kepada anda. Maka, ramailah yang membuat panggilan telefon dan menyatakan segala perkara yang menimbukan pertanyaan ‘kenapa’.
Antaranya;
- Kenapa pizza yang bulat diletakkan di dalam kotak yang berbentuk empat segi?
- Kenapa ‘hadiah percuma’ [free gift] di sebut percuma sedangkan anda perlu beli sesuatu untuk mendapatkannya?
Dan beberapa pertanyaan ‘kenapa’ lagi.
Menarik topik ini.
KOMA
“Kenapa?” tanya dia.
“Entah,” jawab saya.
Kawan, kadangkala tidak semua pertanyaan ‘kenapa’ harus ada jawapan.
Dan saya tidak boleh mengada-adakan jawapan yang sememangnya tiada.
Diam lebih baik. Seperti yang saya sarankan sebelum-sebelum ini.
Mac 25,2009 at 2:05 pm
Benar tu Cik Bayan, diam lebih baik dari berkata yang sia-sia.
Mungkin sikap terlalu ingin tahu yang berlebihan membuatkan “kenapa” itu,ini,begitu,begini memerlukan jawapan yang kadangkala tidak pun menjawab “kenapa” yang sebenarnya.
Diam.
Mac 26,2009 at 9:40 am
Mungkin. Saling memahami situasi pihak lawan, mungkin itu berkesan.
Mac 25,2009 at 10:34 pm
diam itu lebih baik apabila bertepatan dengan masa dan waktunya. sebelum mendiamkan diri rasanya perlu dinyatakan sesuatu
Mac 26,2009 at 9:41 am
Ya, nyatakan pendirian sebelum diam. Tetapi, selalunya setelah menyatakan sebabnya, masih juga akan ada soalan lanjutan. Itu yang jika boleh mahu dielakkan. Demi untuk tidak memanjangkan cerita.
Mac 26,2009 at 11:08 pm
soalan lanjutan untuk mengembalikan apa yang hilang…hargailah sementara ada.
Mac 26,2009 at 9:06 am
bayan..
kadang-kadang soalan dan jawapan tidak menjadi penting… Biar hati saja bersuara…
Mac 26,2009 at 9:42 am
Hati memang tidak menipu. Tetapi hati juga harus diajar. Ajar hati untuk berakal. Mungkin.