
“Saya sudah beritahu sejak dahulu, yang telefon bimbit dengan saya amat tidak sinonim” jelas saya kepada teman semasa kursus ISO semalam.
Dia terkejut apabila saya melempar telefon selepas menjawab pesanan ringkas yang diterima.
KOMA
“Saya sedang kursus sampai ke petang. Maaf. Petang nanti sesudah kursus, insyaAllah saya akan hubungi encik.”
Bukankah itu satu kenyataan yang jelas bahawa saya sedang berkursus dan usah diganggu sehingga petang?
Tetapi, saya terima lagi sms, bunyinya;
“Kursus apa? Bila boleh berbual?”
Dan sms itu bukan yang terakhir. Pemberi mesej ringkas itu terus-menerus bertanya itu ini, tentang kursus dan kelapangan saya dengan rasa prejudis.
KOMA
Seharusnya, saya balas sahaja;
“Saya tidak mahu diganggu oleh anda. Maaf.”
Mungkin itu agak kasar, tetapi lebih baik daripada beri alasan dengan ayat yang muluk-muluk, tetapi hati sendiri jadi sakit.
Mac 24,2009 at 1:08 pm
amboi..garang ye cik bayan..kasihan ye..pemberi mesej tuh tak paham bahasa Malaysia..nak kena speaking London kot..hehehee..
Mac 24,2009 at 4:58 pm
Entahlah. Sebab itu bahasa Melayu merosot. Penutur bangsa Melayu sendiri tidak faham bahasa. Mungkin.
Mac 25,2009 at 4:24 pm
tu lah..terkejut saya baca blog anda lempar hp.. fierce la..hehehe
tak faham bahasa..mungkin dia orang malaysia tapi bukan orang melayu..mungkin..
Mac 24,2009 at 4:40 pm
Ermmm…banyak juga yang begitu…
Katakan sahaja.
“Maaf jangan ganggu saya lagi”.
Macam ada seseorang inginkan perhatian yang berlebih-lebih je daripada Cik Bayan???
Mac 24,2009 at 4:59 pm
Masalahnya, saya tidak inginkan sesiapa berkecil hati.
Bukan inginkan perhatian pun saya rasa. sekadar mahu bertanya itu ini di saat yang tidak tepat.
Mac 24,2009 at 5:16 pm
Tak mampu memuaskan hati setiap orang….
Urgent with priority
Urgent and important
Urgent but not important
Urgent.
Salah ejaan minta maaf la ye.
Mac 24,2009 at 8:28 pm
aku masih belajar dari kesilapan lalu…andainya pertanyaan kita membuatkan seseorang tidak selesa, diamkan diri adalah terbaik,tapi aku lemah.
…cik bayan…patut berterima kasih padanya kerana ada sedikit rasa ingin ambil tahu…
aku tiada siapa yang peduli, dan kini aku terpikir untuk membuatkan seseorang marah agar dia bertambah membenciku, kerana aku tetap menyayanginya.
Mac 25,2009 at 11:13 am
Ya, mungkin.
Mac 26,2009 at 9:08 am
“Saya tidak mahu diganggu oleh anda. Maaf.”
Mungkin menyakinkan hati tetapi kejujuran harus diterima walau apa pun warnanya…
Mac 26,2009 at 9:55 am
Ya, kadang untuk mereka yang kurang faham atau sengaja menolak kenyataan.