
Hari yang sama minggu lepas saya di sini, Tampin.
Ada siaran Negeri FM [radio Negeri Sembilan yang jarang-jarang saya dengar].
Ada jual beli pantun. Ada lagu klasik.
Akar mengikat kuat.
KOMA
Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
Marilah amalkan ramai-ramai
Bahasalah menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa jiwa bangsa
Marilah mari rakyat semua
Buktikan taat setia dengan satu bahasa
Maju bangsa dan kita
Bahasa jiwa bangsa
Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
Lagu/Lirik: Dol Ramli
Ada lagu ini. Akar semakin goyah.
KOMA
Bersama setia, pemimpin dan rakyat,
Seia sekata, menambahkan erat…
Dijinjing yang ringan, yang berat dipikul,
Berjalan seiringan dengan rasa syukur…
Jika ada kekusutan dicari penyelesaian,
Demi hari muka Negeri Sembilan…
setia kepada raja, pemimpin serta negara,
Berbakti dengan jujur negeri aman makmur..
Ke gunung sama didaki, ke lurah sama turuni,
Biar ikhlas berjuang demi negeri tercinta,
Bagai aur dengan tebing saling perlu memerlukan,
rakyat dan pemimpin tidak mungkin dipisahkan…
Lagu “Kebesaran Negeri Sembilan”.
Ada akar hujung tak tentu.
Mac 16,2009 at 3:08 am
kemana arah hujung akar itu? aku bingung
Mac 16,2009 at 11:23 am
Berselirat
Mac 16,2009 at 7:55 pm
Akar…
Kadang-kadang kita percaya pada akar tunjang yang kuat, sampai lupa… akar berserabut juga tak kurang hebatnya.
Mac 16,2009 at 8:03 pm
Akar, jika tunjangnya kuat atau serabut tidak mengapa asal ‘gagah’ dan berkhasiat.
Tetapi jika akar itu rapuh dan reput dimakan ulat atau anai-anai, bagaimana pula encik?
Mac 18,2009 at 2:29 pm
semoga akar itu berada pada tanah lagi..huhuhuhu..
tanye skit, gambar2 dalam blog ni bayan yang tangkap sendiri ke? cantik
Mac 18,2009 at 9:50 pm
Ya encik. Terima kasih. Semoga ia menyejukkan hati yang memandangnya.
Mac 18,2009 at 4:14 pm
setakat nih, cik bayan yg saya nampak cukup sayang bahasa Melayu..bagos la..caya lah..
Mac 18,2009 at 9:52 pm
Ya, saya sayang bahasa Melayu kerana ia salah satu ‘pengenalan’ diri bangsa saya selain agama.
Tapi, saya rasa saya sendiri. Maksud saya generasi sezaman dengan saya, adakah mereka tahu bahawa suatu hari nanti bangsa mereka akan lupus hanya kerana pengabaian terhadap bahasa ibundanya?
Mac 19,2009 at 12:51 am
Bayan, gambar pokok pisang tu sangat sharp…boleh kongsi ilmu fotografimu?
Mac 20,2009 at 4:18 pm
bersama setia..pemimpin dan rakyat
seia sekata, menambahkan erat~~
sedapkan lagu tu…tapi kat n9 ni mcm jarang je kene nyanyi lagu tu
Mac 20,2009 at 4:31 pm
Memang sedap. Dulu kami masa di sekolah suka bahagian korus. Boleh jerit sekuat hati. Tak kisahlah pitching lari ke tak…