
“Beg hilang.” Adu saya melalui telefon kepada abah ketika melihat beg pakaian saya yang diletakkan di tempat simpanan beg di perhentian bas Bahau hilang. Hanya beg kertas berisi kasut sahaja yang tinggal.
“Jika begitu balik sahajalah. Buat apa tunggu di sana lagi. Tidak perlu ke Terengganu,” abah bersuara lantang.
Saya tidak balik ke rumah. Tekad mahu ke Terengganu kerana program baktisiswa itu baharu pertama kali saya sertai. Saya meneruskan perjalanan dengan beg tangan dan beg kertas menuju ke Kuala Lumpur.
Tuhan sudah memberi memo dengan kehilangan beg saya, namun, saya enggan meneliti memo itu. Rentetan dari itu, saya ditimpa kemalangan sehari selepas kehilangan beg. Kaki saya patah. Dan abah tidak mahu menjenguk saya.Katanya saya anak derhaka.
Kehilangan beg, memo dari Tuhan supaya saya tidak menyertai program baktisiswa itu. Namun saya bersyukur, jika saya tidak ditimpa kemalangan di Kuala Lumpur, mungkin sesuatu yang buruk bakal berlaku di Terengganu.
Mungkin.
KOMA
“Saya hampir kemalangan pagi tadi. Seram sejuk masih terasa,” kata saya kepada Pn. Ainon semasa menghadiri bengkelnya suatu waktu dahulu.
Pn. Ainon terkejut dan berkata saya harus bersyukur kerana selamat. Ada malaikat yang menjaga saya. Dan mungkin ada kebaikan yang telah saya lakukan sebelum memulakan perjalanan itu.
Mungkin.
KOMA





Pejabat saya dilanda musibah. Maksud saya kawasan pejabat saya, Jalan Ipoh. Musibah yang membuatkan saya beristighfar beberapa kali. Kebesaran Tuhan terpampang dan bersyukur saya tidak terlibat semalam kerana saya pulang awal dari pejabat akibat kesihatan yang mendera.
Kepada mereka yang dilanda musibah, mungkin kepada pemilik kenderaan yang ditenggelami air atau pegerai yang mengalami kerugian yang besar, bersabarlah. Kehilangan itu mungkin satu memo dari Tuhan. Yang pasti ia ujian Tuhan.
*Gambar banjir diambil oleh teman pejabat yang terperangkap di tingkat satu sehingga pukul 9 malam dan juga bos saya yang baru balik dari Lake Town semalam. Terima kasih ihsan gambar!
Mac 4,2009 at 6:01 pm
Fuuuh dasat… nasib baik cik bayan pulang awal… kalau tak, ada potensi gambar kereta terakhir tu adalah gambar kereta cik bayan huhuhu aduyai…
Bayan : Ya, kadang ikut saja kata hati untuk buat ‘nakal’ sedikit. Balik awal sebab mual tengok bebudak praktikal tu. Gelagat yang menyesak dada.
Tak sangka teruk betul banjir yang melanda kali ini. Takziah buat teman pejabat yang motornya jadi jeruk ‘longkang Klang’.
Mac 4,2009 at 6:44 pm
salam takziah..
tak sangka banjir kilat semalam melibatkan kawasan pejabat akak. semoga banyak2 bersabar dgn dugaanNya.
Bayan : Semasa hujan lebat semalam, akak sibuk buat kerja pejabat di rumah. Mujur. Tetapi pilu melihat kedai dan bangunan tingkat bawah yang tak serupa asal. Sangat kasihan.
Mac 4,2009 at 7:23 pm
sabar bebanyak ye kak bayan..x sangka banjir kilat di KL masih teruk..
setiap ujian yang didatangkan adalah untuk menguji sejauh mana iman kita..sabarkah kita untuk menghadapinya, tenangkah kita, dan redhakah kita..
hadapi dengan senyuman
Bayan : Masalahnya, setiap kali hujan mesti banjir di kawasan ini. Pihak yang berkenaan seharusnya fikir mengenai keselamatan dan kerugian yang ditanggung oleh pegerai dan pemilik bangunan di sini. Buat lah sesuatu dengan sungai Klang itu. Hujan turun je, kami dah mula bimbang.
Mac 4,2009 at 9:14 pm
syukur alahamdulilah..selamat…walau ape pon..setiap yang berlaku itu ade hikmahnye..
Bayan : Ya, hikmah yang kadang kita nampak dan kadang buat-buat tak nampak.
Mac 4,2009 at 10:30 pm
Kadang-kadang kita tidak belajar untuk mengerti memo dari Tuhan itu
Bayan : Tidak belajar. Dan pura-pura tidak nampak.
Mac 5,2009 at 11:33 am
Saya tidak nampak sesiapa pun yang berenang. Hehe.
Bayan : Sanggupkah bertemankan lipas dan tikus? Mungkin juga ular. Oh, air banjir itu sangat busuk.
Mac 5,2009 at 12:40 pm
Nampaknya tiada apa/sesiapa yang lebih SMART dari Allah. Semua itu kuasanya dan hikmahnya..
Bayan : Telah terbukti itu. Tidak ternafikan dengan apa jua keadaan.
Mac 5,2009 at 1:06 pm
salam…
perhentian bas Bahau? lama sudah tak menjenguk kawasan kenangan itu. adakah kita berkongsi kawasan kenangan?
Bayan : Mungkin, kawasan yang sama kenangan yang berbeza.
Mac 5,2009 at 3:25 pm
Salam.
Memo dari Tuhan ya. Ada waktu,jika rasa ragu-ragu berundurlah untuk seketika.
Bayan : Ya, Kak Lily. Ikut sahaja desakan hati kecil. Usah pakai sangat logik.
Mac 5,2009 at 4:17 pm
berat la banjir KL..tak sudah-sudah..
Bayan : Inipun saya sedang mengira detik untuk pulang awal. Hujan mencurah. Air sungai tu dah mula penuh. Bimbang.
Mac 5,2009 at 10:45 pm
TUHAN SAYANG KAMU.. DIA INGAT SAMA KAMU..
Mac 5,2009 at 11:03 pm
Jika saya ditimpa bencana atau meninggal dunia, Tuhan tetap sayangkan saya bukan? Saya kira begitu.
Mac 7,2009 at 12:17 pm
things happens for a reason..
reason tempat bayan banjir tu utk pihak2 yg bertanggungjawab memperbetulkan system di sana.. i think..
Mac 8,2009 at 7:21 pm
Ya, sedari dahulu, tetapi tiada apa-apa tindakan. Mungkin.
Mac 11,2009 at 12:51 am
Saya tak berkesempatan follow berita banjir ni.. teruk jugak ye… bila lah nak selesai isu najir ni….
Mac 11,2009 at 12:54 am
I meant banjir! LOL!
Mac 11,2009 at 9:22 am
Boleh selesai jika pihak yang terbabit menyinsing lengan dan mengatur langkah.