
“Saya sedang pening,” beritahu saya pada dia, tentang kesibukan saya kebelakangan ini, dan kekalutan saya melaksanakan tugas yang kebanyakannya datang di saat-saat akhir.
Sambung saya lagi, “waktu beginilah, idea menulis datang mencurah. Pagi tadi semasa dalam perjalanan ke pejabat, ilham itu datang dengan laju dan padat. Saya capai nota dan pen, catat isi penting dan beberapa catatan lain. Dan saya kena hon oleh kenderaan di belakang kerana lampu hijau telah menyala tetapi kereta saya tidak bergerak.
“Memang. Kadang, waktu kita banyak kerja, waktu itulah idea menulis datang. Masa itu otak kita kan bekerja keras,” katanya yang merupakan seorang penulis yang amat saya kagumi dan satu-satunya penulis perempuan yang saya suka baca hasil karyanya.
KOMA
Saya sangat sibuk sehingga terlupakan banyak perkara.
Ternyata masa bukan emas bagi saya. Kerana nilai emas tidaklah setinggi mana. Nilai masa lebih dari itu.
Nilai persahabatan juga.
Maaf kawan, terpaksa abaikan panggilan dan sms dari kamu kerana waktu itu saya berada di PICC dan Kg. Baru. Ambil gambar.
Dan selepas ini jadual saya sangat padat.
KOMA
“Kak, saya mahu ambil semula cerpen yang telah saya hantar. Untuk penambahbaikan. Akak bagi masa untuk saya agar saya disiplin untuk menghantar cerpen itu,” kata saya kepadanya yang tidak sepatutnya saya panggil kakak kerana tarafnya lebih tinggi daripada saya.
“Hantar dalam pertengahan bulan tiga boleh?” katanya memberi tarikh mati penghantaran cerpen itu.
Erk. Bulan tiga jadual saya penuh dengan aktiviti bulan dakwah. Mampukah?
KOMA
“25 Februari sehingga 2 Mac saya akan ke Pulau Pinang. Karnival Halal,” kata saya.
“Lamanya…” jawab dia.
“4 Mac sehingga 6 Mac berada di Melaka, InsyaAllah. Dan selepas itu akan ‘capik’ dengan aktiviti Bulan Dakwah yang lain,” sambung saya lagi.
Saya penat. Blog akan saya rehatkan.
Februari 21,2009 at 12:21 am
uruskan masalah satu persatu….gunakan masa sebaik2nya
Bayan : Terima kasih.
Februari 21,2009 at 10:39 pm
Ilham yang datang secara tiba-tiba, tidak menentu. Kadang-kadang semasa rehat, di masa lapang, di masa tenang, di masa kita memandu, di kala makan pun tiba-tiba je ilham dan idea tu datang. Apabila kita duduk di ruang kerja, dengan pena di tangan bagi mengerahkan idea i keluar masih belum tentu ianya akan muncul. Agak sukar. Oleh yang demikian, selalulah bersama kita ada pen dan nota untuk dicatit dengan segera apabila idea itu datang secara tiba-tiba. Kalau kita tidak bersedia, maka hilanglah ia dengan mudah. Idea yang tiba-tiba inilah berharga.
Bayan : Saya kira selepas ini, ketika memandu, gunakan sahaja telefon bimbit untuk merakam segala ilham. Sangat praktikal. Tapi, saya lebih suka catitan tangan. Entah kenapa.
Februari 22,2009 at 6:18 pm
padat dan sibuknya bayan.
kadang-kadang melihat pada susun acara kita sepanjang bulan memang meletihkan…bertali arus kerja,kerja dan kerja. Apa pun itu amanah kita. Mesti ditunaikan dan terpulanglah sejauh mana kemampuannya, asalkan keikhlasan sentiasa mendahului.
namun kadangkala dalam kesibukan itu, kita masih juga berupaya melakukan sesuatu yang mungkin awalnya kita rasakan mahu rehatkan seketika…umpamanya mengetuk ‘keyboard’. hmmmm…
didoakan segala kebaikan buat bayan dalam kesibukan yang bakal mendatang.
Bayan : Terima kasih encik. Memang benar, kadangkala kesibukan itu akan menjadikan kita lebih peka kepada konsep ikhlas dan terpaksa.
Februari 22,2009 at 10:54 pm
Kekadang ilham & idea akan datang pada masa yang tak tentu. Seperti contoh, sedang kita makan-makan sambil tonton tv, sedang kita memancing ikan di tasik, sedang kita melelapkan masa sebelum tidur. Idea itu sangat bernilai. Kalau ia hilang, susah pula untuk dapatkannya pula.
Apabila kita duduk sambil pen di tangan untuk berfikirkan mencari idea, kadang-kadang agak susah utk keluarknnya.
Sediakan pen & nota di samping anda.hihihi..
Bayan : Setiap orang punya cara tersendiri mencatat ilham. Tapi memang betul, kadang bila kita lapang, ia tak kunjung tiba, bila kita sibuk, waktu itulah ilaham terkedek-kedek mengendeng. Hehhee
Februari 23,2009 at 11:56 am
selamat bekerja keras… huk huk huk
Bayan : Encik, selamat memerah keringat. Bawa tuala banyak-banyak.
Mac 5,2009 at 6:39 pm
“Ternyata masa bukan emas bagi saya. Kerana nilai emas tidaklah setinggi mana. Nilai masa lebih dari itu.”
Nilai difahami dengan, terdapatnya perbezaan antara dua zat/sifat/apa sahaja yang diperbandingkan keutamaannya memberi faedah..
Contoh, emas, lebih bernilai dari perak..
Emas lebih utama memberi faedah dari perak kerana jumlah emas yang lebih sedikit diperlukan untuk ditukar dengan sesuatu yang lain jika dibandingkan dengan perak.
Emas adalah zat yang boleh dikira-kira(semua zat boleh dikira). Masa juga boleh dikira-kira. Tapi, jalan kiraan dan unitnya berbeza.
Sebenarnya, masa itu tidak boleh dinilaikan. Kerana, tidak ada sesuatu yang lain yang boleh diperbandingkan dengannya(seperti perbandingan antara emas dan perak).
Tetapi kenapa manusia mengatakan masa itu emas? Ini kerana manusia cuma ingin menyampaikan rasa berharganya masa(yang mana, emas itu nilainya tinggi) itu, dan bukanlah kerana masa itu boleh dibanding-bandingkan nilainya.
Justeru, saya melihat tajuk ini, sebagai agak ‘pelik’(yang membuat hati tertarik). Apapun, ini adalah pandangan saya. Bukan niat untuk mengkritik, atau menyerlahkan kenarsisian diri..
Saya sendiri mengerti apa yang dimaksudkan dengan ‘masa bukan emas’.. Cuma apa yang dijelaskan di sini tidak lebih dari sekadar menyebok..
Wakakaka..
1D : penglihatan/(boleh jadi deria, bagi yang x dapat melihat)
2D : lukisan atas kertas
3D : objek sekeliling
4D : alam jin
5D : ruh, malaikat
6D : masa
XD : Allah(tiada apa melainkan tiada apa-apa juga/tidaj bertempat, berarah, bermasa, berjirim, berjisim, dsb)
Bayan : Encik, terima kasih atas penjelasan dan perkongsian akal itu. Saya cuma mahu menjelaskan konsep ‘masa itu emas’ untuk hari ini kurang sesuai dan tidak praktikal diujarkan. Emas masa kini tidaklah setinggi mana nilainya. Jika dahulu mungkin iya. Sekarang ini emas boleh didapati di mana-mana malah boleh dipajak gadai sesuka hati.
Rasanya, konsep emas dan masa tidak selari lagi. Biarlah masa dengan nilainya. Dan nilai itu bergantung kepada manusia yang menjaganya. Jika dia manusia yang benar, maka masa itu akan dipelihara sebaiknya. Jika dia manusia yang tidak benar, maka masa itu akan dilihat lebih rendah daripada besi yang buruk.
Masa itu bukan emas. Ia lebih daripada itu bukan? Masa bolehkah di ulang?
Mei 20,2009 at 5:14 pm
Assalamualaikum.
Saya sangat sukakan gambar yang ini. Barulah saya tahu, betapa susahnya hendak menangkap ekspresi wajah kucing ketika matanya tidak tertutup. Bila saya dah tenang baik-baik, kucing datang pula nak menggesel-gesel, bermanja-manja. Haii, kacau!
Baru-baru ini saya mengikuti bengkel fotografi selama 2 hari. Masya Allah. Nikmat dan bahagianya saya dapat menimba ilmu fotografi. Selama ini sekadar membaca teknik dan petua fotografi dari buku, pun tidak setara dengan ilmu yang disampaikan secara langsung oleh seorang yang pakar.
Mei 20,2009 at 8:21 pm
Wah, satu perkembangan yang baik untuk diri Nana apabila dapat ilmu yang memang dicari-cari. Semoga apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Nanti, boleh ambil gambar sama-sama. Saya juga masih belajar.
[Nak mengambil gambar orang sedang berucap juga payah, seringkali gambar yang diambil dengan mulut yang ternganga sedang bercakap. Hmmm..kena belajar set masa].
Mei 20,2009 at 8:58 pm
Masih belajar? Ha ha! Bayanlah yang banyak menjadi sumber inspirasi saya ketika melatih mata ini melihat persekitaran dengan pandangan seorang photographer.
Semasa dalam bengkel tempohari, apabila jurulatih memberikan contoh-contoh teknik, seperti Rule of Third secara off-centre, saya akan cuba mengingatkan, gambar di blog Bayan yang mana gunakan teknik ini
Mei 20,2009 at 9:29 pm
Aduhai, usah jadikan saya contoh sangat. Saya masih belajar. Percayalah. Mari sama-sama kita meriahkan dunia fotografi dan perbukuan.
Apapun, terima kasih atas perhatian.