“Hal kecil sahaja, tetapi kesannya boleh jadi besar. Bergantung kepada manusia dan situasi yang mengiringinya,” bisik saya memujuk diri setelah aduan tentang kemalangan kecil pagi ini kepada jejaka itu, tidak menerima respon yang diharapkan.
Mungkin.
KOMA

“Little tree ini buat saya lapar. Baunya sangat mewangi,” kata saya sambil menikmati kewangiannya.
Benda kecil ini beri sesuatu yang besar. Ia membuatkan saya berada dalam situasi yang agak tenang sedikit walaupun kesihatan tidak begitu baik.
Pagi ini saya menatap benda kecil yang tergantung di cermin pandang belakang di kereta saya dengan ‘rasa’ semalam.
Mungkin.
KOMA

“Sikit sahaja. Tidaklah teruk sangat,” kata seorang teman pejabat apabila melihat calar dan lekuk di sisi kereta saya.
Iya, hal itu, calar itu, lekuk itu, kecil sahaja. Namun ia beri pengaruh yang besar. Sepanjang jalan jiwa bergolak. Langgar lampu isyarat merah dan hampir tersilap simpang.
Pagi ini saya terlupa membaca doa menaiki kenderaan.
Mungkin.
KOMA
“Kenapa tiada semangat?” tanyanya.
“Cik Mac saya sedang dirawat,” jawab saya.
“Hal kecil sahaja. Masih punya medium lain untuk menulis bukan? Tangan ada bukan?” katanya.
Iya, ketiadaan komputer riba buat sementara waktu ini bukanlah hal yang besar sehingga boleh mempengaruhi perasaan menulis. Bila saya belek-belek tulisan tangan saya di nota-nota kecil dan sepihan kertas, ternyata ianya memberi sesuatu yang besar.
Nota-nota bertulis tangan itu membawa ‘perasaan’. Ia lebih memberi imaginasi yang telus dan ‘rasa’ yang wujud ketika nota kecil itu dibaca semula.
Mungkin, bagi saya.
Februari 3,2009 at 2:05 pm
tulis saja guna apa-apa pun.
tak ada sebarang tulisan yang tak kena dengan jiwa saya. tak ada. kalau suka saya baca, walaupun tak beri reaksi.
lagi satu, tak perlu berencik-encik dengan saya. kalau awak nak bercik-cik, berpuan-puan dengan saya, terpaksalah saya akur…Ha Ha
Bayan : Encik, berkenaan dengan menulis, memang benar, tulislah dengan apa-apapun, asalkan ia dapat dikeluarkan dari batu jemala kita.
Berkenaan dengan encik-encik dan puan-puan itu, sebaiknya saya gunakan ‘encik’, itu lebih manis untuk saya sapa seseorang yang tidak begitu saya kenal. Tetapi, jika encik tidak selesa, beri cadangan untuk saya menggelar encik dengan gelaran yang bagaimana. Terima kasih.
Februari 3,2009 at 3:20 pm
Kecil lukanya,
Siapa tahu dalam sakitnya
Kecil calarnya,
Siapa tahu besar kesannya
Kecil parutnya,
Siapa tahu besar sejarahnya
Kecil orangnnya,
Siapa tahu besar jiwanya
Hehehehe…. dah lalui sendiri kemalangan yg kecil tapi besar kosnya baikpulihnya dan besar kesan sakitnya…sampai sekarang…
Bayan : Sebaliktabir, memang benar. Kesilapan kecil jadi kekesalan yang besar.
Februari 3,2009 at 4:13 pm
Benda kecil itu boleh bawa makna besar..
ramai orang suka meremeh benda kecil tetapi ramai orang lupa bahawa bahawa benda besar bermula dengan benda yang kecil..
Bayan : Ainunl, begitulah kita. Kadang kecil bagi kita, besar bagi orang. Mungkin boleh aplikasikan dengan entri kamu berkenaan ‘budak pelik’ itu. Hahahhah…[masih]
Februari 3,2009 at 4:24 pm
Uhuhuhu, kadang2 saya terasa seperti ini. Ya, barang rosak tak leh buat kerja. Ya… Kita terlalu bergnatung kepada teknolgi…
Bayan : Azhar, generasi masakini ramai yang terkena penyakit ini. ‘Patah tangan’ atau ‘patah kaki’ jika sesuatu teknologi yang selama ini membantu kerja harian tiada atau rosak.
Mungkin boleh renung lirik lagu ini…
Patah sayap bertongkat paruh
Patah paruh bertongkat siku
Patah siku bertongkat dagu
Patah dagu bertongkat kuku
Februari 3,2009 at 5:38 pm
Patah hati bertongkat apa? Ops, lari tajuk.
Kadangkala, saya lebih teruk. Hanya kerana internet down, jadi hilang minat untuk buat semua perkara lain. Termasuk kerja yang tiada sangkut paut dengan internet.
Entah, mungkin perlu belajar teknik mendamaikan hati yang berkecamuk – supaya yang kecil akan selamanya kecil.
Bayan : Indrasakty, patah hati entah apa nak ditongkatkan. Mungkin akal dan iman. Mungkin.
Dan kamu, biarpun internet tiada, atau ada halangan untuk sesuatu yang kamu lakukan, usah bersunyi-sunyi. Kecuali kamu bersunyi-sunyi [I dan II] untuk meraih nikmat ‘berkhalwat’ denganNya.
Ataupun, meraih ilham untuk berkarya. Siapa tahu…[komen ini sepatutnya di'jatuhkan' pada entri 'sunyi-sunyi' kamu itu. Hehehhe...]</strong>
Februari 3,2009 at 10:21 pm
tak perlu kita bersedih. Saya doakan kita semua di sini sentiasa ceria ya. Amin…..^_^
Bayan : Terima kasih encik. Semoga. Amin.
Februari 4,2009 at 1:44 am
fuuh hebat-hebat komen dia org ni… Eerr little tree tu bau apa sehingga lapar dibuatnya?
Bayan : Encik, semua manusia punya akal yang hebat. Cuma kadangkala dibiar berehat. Betul kan?
Little tree itu mempunyai aroma strawberry. Jom, cari sekilo dua. Hehhehe….
Februari 4,2009 at 2:34 pm
Next time hati2 yea cik bayan.. walaupun kecil calarnya guna RM gak tuh! Amalkan doa dan zikrullah ketika memandu, inyaAllah sumenya akan selamat..
Bayan : Fairuz, terima kasih mengingatkan. Kamu juga, hati-hati dalam hidup.
Februari 4,2009 at 3:54 pm
KOMA
Februari 5,2009 at 10:27 pm
setiap kedukaan ada hikmahnya…setidak-tidaknya saya masih melihat awak tersenyum