
“Kenapa guna gambar ini?” tanya dia.
“Saja. Mual dengan gambar-gambar yang saya ambil dengan kamera sendiri,” jawab saya.
“Mual? Mana mungkin seorang jurugambar mual dengan kamera dan gambarnya sendiri.” Katanya terkejut sungguh.
“Ala, sementara sahaja,” jawab saya.
KOMA
Mana mungkin jika kamu seorang petani, maka kamu akan bosan dengan cangkul-sabit.
Mana mungkin jika kamu seorang guru, maka kamu akan menghindar sekolah.
Mana mungkin jika kamu seorang juruteknik komputer, maka kamu bencikan komputer.
Mana mungkin jika kamu seorang tukang masak, maka kamu meluat dengan kuali.
Mana mungkin.
KOMA
24 jam. Tepat. [ Saya menghindar daripada kebiasaan.]
Mana mungkin saya mengelak jari-jemari mengetuk papan kekunci.
Mana mungkin saya menahan otak untuk berfikir tentang artikel dan penulisan .
Mana mungkin saya tidak mengepit buku atau apa jua bahan bacaan.
Mana mungkin saya tidak meluah rasa di blog ini.
[Bangkitlah...janji kepada encik bos tidak tertunai. Janji kepada PEN bagaimana pula?]
Januari 29,2009 at 8:25 pm
mana mungkin seorang itu mual dan bosan pada sesuatu perkara jika ia dilakukan dengan ikhlas…
Mana mungkin engkau mual dan bosan andai masih terdetik suatu pengharapan dari tuanMu…
Januari 29,2009 at 8:44 pm
Mana mungkin boleh menulis jika fikiran sedang sendat.
Rehat mengurangkan rasa berat.
Januari 29,2009 at 8:50 pm
Mungkin juga.
Untuk seketika detik, buat melepas lelah dan parah.
Januari 30,2009 at 12:00 am
Ya … mana mungkin aku dapat melupakan seorang teman yang sangat bermakna pada aku … Mana mungkin aku dapat memilikinya! Mana mungkin …
Januari 30,2009 at 2:31 am
mungkin itu mengajar untuk mengejar cita-cita
…semoga segala kemungkinan adalah yang terbaik untuk masa depan awak…
Januari 30,2009 at 9:53 am
Mana mungkin? Mungkin yang mana yg mana mungkin ada kebenarannya? Mana mungkin yg mana satu ada kemungkinannya? Mungkin yg mana ya…^_^
Januari 30,2009 at 11:19 am
mane mungkin kite tak makan.
Januari 30,2009 at 11:21 am
Salam Bayan,
Ada ketika seorang manusia itu mencapai titik limit tepu…maka segala yang dibuat tidak menjadi….idea dan kreativiti tak muncul…
so kenalah kita dok tenangkan fikiran dan lapangkan dada….supaya titik limit kembali normal dan tidak lagi tepu…
Januari 30,2009 at 6:42 pm
mana mungkin air tidak bah…
mana mungkin pantai tidak berubah…
mana mungkin bumi tidak basah…
mana mungkin kita tahu semuanya~
Januari 31,2009 at 3:48 am
Mana mungkin Aiman lupakan mak dan abah yg dah besarkan Aiman….
Aiman kisah…
Mana mungkin Aiman lupakan abg, kakak ipar serta anak2 saudara di Kl….
Mana mungkin Aiman lupakan adik Aiman yg sdg belajar di Mesir….
Aiman kisah sebab itu aje keluarga yg Aiman ada…
Aiman tak kisah kalau mereka tak sayang Aiman, tapi Aiman kisah dan Aiman sayangkan mereka…
Dan yang paling Aiman kisah, dpt Restu, Redha dan Kasih Sayang NYA,
MANA MUNGKIN AIMAN LUPAKANNYA….
Januari 31,2009 at 8:45 am
segalanya mungkin…
Januari 31,2009 at 2:31 pm
Mana mungkin atau mungkin adalah suatu ketidakpastian. Mungkin atau tidak akan berubah mengikut keadaan selain pengaruh dalaman dan luaran. Dan kesannya samada positif atau negatif terpulang kepada kita untuk membuat penilaian. Hidup tidak perlu terlalu rigid untuk menjadi org yang berpendirian. Bahkan org yang berpendirian sebenarnya adalah org yg bijak berubah bila masanya dia perlu berbuat demikian.
Januari 31,2009 at 9:48 pm
Mungkin juga untuk membuat perubahan dalam kehidupan, tapi yang pastinya mesti kearah yang lebih baik dari sebelumnya.. Mungkin..
Januari 31,2009 at 10:51 pm
hmmm macam ada benda yang tak siap je ni…
Februari 1,2009 at 1:05 am
Bayan…
Memang benar, mana mungkin…
Namun jika itu ketentuannya, apakah daya kita..
Februari 3,2009 at 12:01 am
mungkin itukan ada di mana mana sahaja..jika ada keraguan, semuannya memungkinkan..
Februari 3,2009 at 9:29 am
Mungkin TIDAK………