
Ini bukan gambar yang saya ambil.
“Kamu memilih mata lalat atau mata lebah?” tanya penceramah itu kepada salah seorang rakan sekerja kami.
“Mata lalat.” Jawabnya dengan yakin. Keyakinan seorang wanita.
“Kenapa?” tanya penceramah inginkan penjelasan.
“Kerana mata lalat banyak gunanya. Salah satunya, jahitan mata lalat yang ada di baju kurung saya ini,” jawab wanita itu lagi dengan keyakinan yang agak berkurangan sedikit. Mungkin.
Dan penceramah tergelak kecil. Mungkin juga itu jawapan yang tidak tersangkakan.
KOMA
Katanya, antara mata lalat dengan mata lebah, pilihlah mata lebah.
Kerana, mata lalat hanya mencari sesuatu yang buruk (najis, bau busuk dan lain-lain yang busuk dan buruk semata). Jika seekor lalat melalui sebuah taman yang dipenuhi dengan bunga-bunga yang wangi, lalat tidak akan peduli. Lalat hanya mahu mencari yang buruk-buruk dan busuk-busuk sahaja.
Berbeza dengan mata lebah yang memandang kecantikan, keindahan, wangi dan sebagainya. Di mata sang lebah hanya kecantikan. Jadi, lebah tidak akan memandang kebusukan dan keburukan.
Itu sifat semulajadi yang telah Tuhan tentukan buat lalat dan lebah. Tidak salah lalat, dan beruntunglah lebah. Tetapi, bukankah kita di seru untuk belajar daripada alam? Termasuk juga haiwan. Kerana alam dan haiwan juga ciptaan Tuhan.
KOMA
Dari aspek logik, saya setuju bahawa kita manusia boleh dikategorikan dengan mata lebah dan mata lalat.
Ada manusia yang hanya memnadang keburukan dan kesalahan orang lain sehingga kebaikan orang tidak terakukan.
Ada manusia yang hanya memandang kecantikan dan kebaikan sehingga melupakan keburukan dan kelemahan orang lain.
Bodohkah manusia yang hanya memandang kecantikan?
Apa pula istilah yang sesuai untuk mereka yang hanya menilai keburukan orang?
KOMA
Seorang kawan mengadukan hal kawannya, Ana. Katanya Ana telah menipunya.
Saya tanyakan, “berapa kali Ana menipu kamu?”
“Sekali. Tetapi ia memedihkan,” katanya dengan nada yang pilu.
Saya dengan lagak seorang kawan sejati kononnya mahu membela nasib kawan saya ini telah mengutuk-ngutuk dan memalukan Ana dengan kata-kata yang memilukan.
Benarkah tindakan saya atas dasar ‘membela’ kawan yang telah ditipu?
Ana dipinggirkan. Oleh saya dan kawan-kawan yang lain. Sehingga akhir semester, saya mendapat tahu hal yang sebenar. Ana menipu. Ya, dia memang menipu. Sekurang-kurangnya dia telah mendapat pengajaran dengan diasingkan oleh kawan-kawan.
Tetapi, kata-kata Ana selepas itu, menyatakan alasan dia menipu, sangat menyentap rasa. Saya silap tafsir. Ana salah. Tetapi saya terlebih salah kerana tidak menyelidik hal ini lantas menjatuhkan hukuman ke atas Ana mengikut emosi saya.
Ana maafkan saya. Katanya, apapun yang saya lakukan, dia tahu, bahawa saya tidak mengerti dan keliru.
Dan apa hak saya menjatuhkan hukuman ke atas Ana sedangkan saya hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja?
KOMA
Kamu, usah memilih menjadi mata lalat yang hanya memandang kesalahan orang lain dan cuba menghukum orang lain berdasarkan emosi kamu.
Usah lakukan kesilapan yang sama seperti saya.
Januari 24,2009 at 11:20 pm
Setuju lagi. Pasangkan mata lebah, dan sarungkan pakaian lebah.
Lebah – mencari makanan yang baik (nektar) dan memprosesnya menjadi lebih baik (madu).
[,]
Tak guna juga kalau pasang mata lebah, tapi duduk bawah tempurung.
Januari 25,2009 at 1:04 am
andainya kesilapan terlalu pahit untuk diterima…ingatilah kenangan manis bersamanya…
biarlah aku melihat kebaikannya…agar aku terlena…setidak-tidaknya aku tidak bersedih akan keburukan yang dilakukan…
dikala ketika ini…teringat aku pada amy search…aku bersalaman dan berpelukan dengannya…terlalu terharu aku melihat akan perubahan dan kekuatan yang Allah bagi…teruskan perjanganmu….
Januari 25,2009 at 2:58 am
Setiap kejadian itu berpasang-pasangan. Lelaki-perempuan, baik-buruk dan kiri-kanan umpamanya. Semuanya untuk saling menyeimbangi.
Kita pula diberi akal fikiran dan nafsu. Sebenarnya mata hati kitalah yang menjadikan kita bermata lalat atau bermata lebah…Oleh itu berhati-hatilah dalam setiap tindakan.
Januari 25,2009 at 6:35 am
Bagaimana mahu diletakkan agama sebagai nasihat jika mata lalat dan mata lebah menjadi alasan?
Zina dan pengguguran mengubah masyarakat tetapi poligami ditakuti.
Hudud dimusuhi lantaran terma intelek sedangkan ia memenuhi syarat untuk pendidikan.
Zalim?
Pendidikan tidak membesarkan Allah tetapi membesarkan ego dan imej diri.
“Apabila perzinaan dan riba berleluasa memaharalela,penduduk di tempat itu menghalalkan diri mereka untuk ditimpa siksaan Allah.”
Januari 25,2009 at 1:21 pm
Mata saya coklat. Mata Cik bayan kaler ape?
Januari 25,2009 at 6:38 pm
Salam…
Cik bayan…
Rindu sama tulisan kamu jua….
Hummm… jadilah mata yang redup, kerna matanya dapat menilai separa yang cantik, separa yang buruk… Faham kannn….
Januari 26,2009 at 8:00 am
ImranAbdulJabar : Belajar dari alam. Itu baik bukan?
restu_ibu : Harapnya begitu. Kita manusia bukan?
mendewa : Memang benar, mata hati punca segala yang menentukan siapa kita.
Thanaif : Saya tidak meletak mata lebah atau mata lalat untuk dijadikan pegangan. Itu cuma analogi kepada sikap manusia. Namun harus diingat, mengapa Tuhan menciptakan kita dengan pelbagai bangsa dan budaya, juga penciptaan haiwan dan tumbuhan. Bukankah itu semua sebagai nasihat agama agar kita memerhati alam sekeliling dan belajar sesuatu daripadanya? Ambil yang baik, yang tidak baik jadikan pengajaran. Mudah bukan?
Zen : Mata saya warna hitam.
Azhar Ahmad : Lama kita tidak bersapa maya bukan? Usah rindu tulisan saya, ia seperti dahulu-dahulu juga. Benar kata kamu, mata yang redup akan sederhana dalam menilai. Kita manusia bukan?
Januari 26,2009 at 2:17 pm
Cik Bayan:
Dulu, ada subjek Alam dan Manusia.
Kini, tiada lagi…
Dari dulu, kita ada Al-Bayan yang membicarakan Alam dan Manusia.
Tapi kini, kita tak pandai menggunakan Al-Bayan
Januari 26,2009 at 6:15 pm
Ingin betul saya lihat mata Cik Bayan dari dekat. Kalau boleh dalam jarak seinci.
Januari 26,2009 at 7:09 pm
ini bukti cik bayan adalah manusia biasa seperti yang lain..betul bkn ayat saya..syukur dapat diberi peluang begitu dan dapat melihat di sebaliknya..
Januari 28,2009 at 10:39 am
ImranAbdulJabar : Ya, kita lupa. Pada segala yang harus kita ingat, kerana kita semakin rasa yang kita harus hidup untuk diri sendiri. Bukan untuk yang lain. Mungkin. Segelintirnya, sesetengahnya ataukah semuanya?
Zen : Kamu doktor matakah?
Manlukeman : Ya, saya manusia biasa.
Januari 28,2009 at 5:32 pm
Doktor hati pengarang jantung Cik Bayan.
Januari 28,2009 at 8:24 pm
hmm..menarik~!
Januari 29,2009 at 7:12 am
Cik Bayan,
Boleh tak kiranya saya memiliki kedua-dua jenis mata?
Saya mahu menggunakan mata lalat untuk melihat diri..agar dpt diperbaiki
Saya mahu mata lebah untuk melihat orang-orang yang tersayang..agar sentiasa digembirakan dan menggembirakan…
Bolehkah Cik bayan?
Januari 29,2009 at 8:40 am
Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Kalau hati itu bersih………
Hati jikalau sudah bersih,
Pandangannya kan menembusi hijab,
Tapi hati jika dikotori,
Pandangannya bukan lagi kebenaran…..
Bait-bait lirik yg mungkin merungkai pandangan mata…..
Januari 29,2009 at 9:24 am
hmm.. mungkin wanita itu tidak mahu memilih mata lebah kerana ada cerita disebaliknya.. Yang penting sebagai manusia, hargai dan syukurlah dengan ciptaan tuhan yang memberi kita mata untuk melihat alam ciptaanya ini.(sy tidak pandai berfalsafah dan komen sy hanya bersahaja, mohon maaf yer pada semua)
Januari 29,2009 at 6:37 pm
Zen : Hmmm. Begitu ya?
lydiarayyan : Begitulah adanya. Mungkin.
HE : Itu sebaiknya untuk kia sebagai manusia. Melihat keburukan dan kebaikan sebagai sesuatu yang melengkapi diri.
Sebaliktabir : Terima kasih mengingatkan.
Fida : Semoga kita lebih matang dan memaknakan hidup selepas ini. InsyaAllah. Sama-sama.
Mei 12,2010 at 8:23 pm
alhamdulillah… terima kasih… dapat ilmu… =)