
“Saya Mustafa bin Mansor, Ketua Eksekutif Syarikat bla…bla…bla…”
“Saya Latif bin Ismail, Pengarah Pertubuhan bla…bla..bla…”
“Saya Abu Bakar bin Osman, CEO bla….bla…bla…”
“Saya Lutfi bin Ali, individu Islam.”
Ini dialog [sesi ta'aruf] yang benar-benar berlaku semasa mesyuarat yang baharu diadakan semalam.
*nama adalah rekaan semata-mata.
KOMA
Saya agak tersentap dengan ayat ‘individu Islam’ yang disebut oleh wakil dari sebuah pertubuhan yang terkenal tersebut.
Tiba-tiba terasa, apa sangatlah kerja dakwah yang bakal dilaksanakan jika kita masih mengaku kita adalah seorang Ketua Eksekutif atau Yang Dipertua mahupun apa-apa sahaja jawatan yang menunjukkan status.
‘Individu Islam’ yang disebut oleh wakil tersebut juga tiba-tiba membawa kita kepada suatu hal yang disebut ‘kesederhanaan’ atau ‘kehambaan’.
Namun, dari satu sudut yang lain, mungkin juga wajar kita memperkenalkan diri dan jawatan yang kita sandang.
Kerana itu adalah suatu kedudukan yang kita pernah usaha untuk mendapatkannya. Ia juga mungkin satu panggilan yang membuatkan kita lebih mudah menyampaikan idea dan pandangan.
Bukankah masyarakat memandang tinggi mereka yang berkuasa, berjawatan dan punya panggilan yang tertentu seperti Datuk, Yang Berhormat, Tan Sri dan sebagainya.
Usah lupa gelaran yang bermakna seperti Sasterawan Negara (SN) dan Profesor Emeritus, Budayawan Negara, Mufti, dan pelbagai gelaran diperingkat akademik.
Apabila menyatakan sesuatu usul atau hukum malah pandangan, segera mereka yang punya kedudukan, kuasa atau gelaran akan dijadikan rujukan atau pegangan.
Kuasa. Panggilan. Jawatan tinggi.
Ketiga-tiga item tersebut akan lebih bermakna jika benar-benar digunakan dengan penuh hikmah, kesederhanaan dan kehambaan.
Januari 22,2009 at 10:08 am
“Ketiga-tiganya” penting…dan jadi lebih penting bila berhadapan dengan orang yang ada “ketiga-tiganya”…Di dunia siapa yang pandang,yang dengar,yang ambil tahu dan peduli suara daripada tanpa “ketiga-tiganya”.
Hanya Yang Esa Tidak Melihat “Ketiga-tiganya”,tapi iman dan amal jadi tempat bergantung di alam sana.
Januari 22,2009 at 10:11 am
Jawatan itu sekadar menyatakan di mana kita berada dan di pihak mana kita akan bertegas, juga apa kapasiti yang ada pada kita.
Bukan hanya untuk berbangga, tetapi buat orang tahu siapa kita dan kemampuan yang ada.
Januari 22,2009 at 12:15 pm
saya Mohd Luqman Hakim Ab. Rahim..doakan saya..
Januari 22,2009 at 12:30 pm
Sebaliktabir : Mungkin.
Indrasakty : Ya, juga.
manlukeman : Kenapa dengan encik?
Januari 22,2009 at 6:22 pm
“Aku Salahuddin Al-Ayyubi, individu Islam!” teriaknya sambil berdiri membelakangi ribuan bala-tentera, di kaki sempadan ibu kota Jerusalem.
Januari 22,2009 at 10:53 pm
Majlis ta’aruf bertujuan untuk berkenalan dan mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai seseorang. Menyatakan diri sebagai “individu Islam” itu hanyalah menyatakan dirinya secara umum dan tidak membantu memnuhi keperluan mentakruf asal diri.
Mengaitkan diri kita dengan jawatan dan organisasi pula saya lihat sebagai satu bebanan tanggungjawab yang digalas. Lagi besar dan berprestij jawatan, lebih besarlah pengharapan majlis akan output yang bermutu daripada insan tersebut. Jika tidak, ahli majlis akan faham maksud dan tahap status yang dibanggakan itu.
Januari 22,2009 at 11:36 pm
Kadang-kadang jawatan dan kedudukan itu menjarakkan dan menjadi penghalang terutama dalam kerja-kerja amal dan kebajikan
Januari 23,2009 at 12:31 am
Siapa kamu?
siapalah saya…
Januari 23,2009 at 12:36 am
waah…kamu journalist ya? Terima kasih kerna datang melawat blog saya. Cantik gambar2 di sini. Banyak yg boleh dipelajari di sini. ^_^ Terima kasih ya.
Januari 23,2009 at 9:26 am
Setuju dengan Tuan Rastom.
Tiada masalah dengan jawatan andai diri sedar dengan tanggungjawab.
Januari 23,2009 at 9:59 am
ImranAbdulJabar : Sudah baca ye? Menggetar jiwa bila seorang pahlawan terulung berteriak begitu. Berbeza dengan filem yang dibuat oleh Barat.
Pak Rastom : Begitulah adanya. Hanya empunya diri tahu maksud dan tujuannya.
mendewa : Mungkin juga.
Syirfan : Ya, siapalah kita di sisiNya.
Bain : Tidak secantik mana. Harap antara kita saling memanfaati.
KNB : Masalahnya, ramaikah yang sedar tanggungjawab berbanding jawatan?
Januari 23,2009 at 2:22 pm
seseorang bangga mempunyai pangkat dan jawatan..akan tetapi, seseorang yang lain pula rasa terhina akan perbuatan mereka..
aku masih di sini
Januari 23,2009 at 2:45 pm
pangkat dan jawatan adalah anugerah di dunia..andainya mampu untuk menanggung amanahnya…terimalah.
seandainya engkau berjiwa seperti saudaraku, As_Syahid Hassan Al-Bana dan HAMKA, fikirkan sejenak…
Januari 24,2009 at 1:00 pm
saya ingat lagi masa kak bayan perkenalkan diri. terkejut juga..
tapi sampai la ni tak tau nama penuh kak bayan…
gosip sakan la katakan
Januari 25,2009 at 9:02 pm
restu_ibu : Ya, itu benar. Mampukah?
Ainun : Mesti terasa bagai selebriti kan bila ditegur wartawan. Hahhaha…
Januari 30,2009 at 6:28 pm
Humm…. begitulah manusia, selalunya hanya pandang pada darjat duni, bukan darjat akhirat….