
“Sastera itu terletak pada bahasanya. Bukan ceritanya.”
Bicara Puan Ainon.
KOMA
Untuk karya popular, sudah tiba masanya ubah diri. Penulis tidak seharusnya menggunakan bahasa popular yang kononnya untuk menarik perhatian untuk remaja membaca. Remaja itu yang seharusnya dididik dengan bahasa ibunda yang baik.
Bahasa untuk novel remaja dan novel popular seharusnya bahasa ibunda yang tinggi kualitinya dan baik bawaannya.
Sila baca : Remaja dan bahasa ibunda.
Januari 3,2009 at 11:02 pm
Pergi kursus penulisan PTS lagi ke minggu ni? Esok, tak silap Teori Surah Yusuf ‘advance’..ye?
Januari 3,2009 at 11:35 pm
Esok tatabahasa. Hari ini teknik Surah Yusuf [advance level]. Tidak datangkah?
Januari 3,2009 at 11:41 pm
Novel2 kisah cinta begitu laris kerana bahasanya yang berbunga2 dan romantis…
Kadang2 ceritanya entah apa2 dan biasa2 saja tetapi bait2 ungkapannya yang terpahat dalam hati pembaca…
Januari 4,2009 at 12:31 pm
Bahasa menunjukkan bangsa..
Januari 4,2009 at 3:41 pm
Yang penting – tulis sahaja dulu. Sastera ke tidak ke – biar pembaca yang menilai. Tulis sahaja dulu. Ok!
Januari 4,2009 at 5:23 pm
Menulis perlukan perasaan. Barangkali.
Januari 4,2009 at 11:10 pm
Hmmm…ibarat telur dan ayam. Yang mana dahulu ya?
Karya memerlukan ‘adunan’. Apa juga bidang seni, unsur-unsur yang disebatikan di dalam hasil karya akan menentukan tingkat kualiti.
Maka, terpulang pula kepada pengkarya untuk memilih bahan mentahnya.
Tapi, saya setuju tentang kualiti penggunaan bahasa.
Tepuk dada masing-masinglah…agaknya.
Januari 5,2009 at 12:50 am
Tak pergi kak Bayan, saya pulang ke kampung halaman. Tahu info mengenai kursus penulisan itu pun melalui rakan sekursus
Januari 5,2009 at 9:08 am
Mendewa : Novel popular, remaja dan novel cinta, menggunakan tema yang sama. Jalan cerita juga sama. Yang membezakannya mungkin penggunaan bahasa yang baik dan indah. Juga aspek ‘twist’ yang membuatkan sesetengah novel lain dari yang lain.
Manlukeman : Bagaimana bangsa kita?
sinaganaga : Encik boleh jadi editor yang baik kerana memberi semangat yang besar pada orang yang kecil.
Indrasakty : Apa-apapun, perlukan perasaan kan?
ImranAbdulJabar : Saya tak fikir seumpama telur dan ayam. Tapi isu ‘adunan’ sangat kena. Adunan yang baik hasilkan bahan yang baik. Itu pasti.
Husainibrahim : Ok.
Januari 6,2009 at 11:17 am
Penulis novel pop dan novel sastera berada dalam dunia yang paralel. Usah dibuat perbandingan. Dunia kita berbeza. Masing-masing ada pengikut totok yang tersendiri.
Abaikan saja ‘blog yang mengata’ tu. Mereka yang letakkan kita pada tahap dewa, kita sekali pun tak pernah. Dah orang nak memuji, terima sahajalah. Kalau pujian mereka tu tak ikhlas, bukan masalah kita pun.
Terus menulis, Bayan memang ada potensi untuk pergi lebih jauh!
Januari 6,2009 at 11:56 am
Terima kasih Puan Nisah. Sangat memberi makna.
Saya juga begitu, harapnya tidak terganggu dengan mana-mana ‘kutukan’. Kerana tahap kita semua berbeza. Hanya kita tahu apa yang kita mahu lakukan dan perjuangkan.
Saya bukan seorang yang ‘maha kuasa’ (omnipotent) yang tahu hati dan naluri orang lain.
Sebaiknya kita buat apa yang mahu kita buat, di samping tidak mengaibkan orang lain. Cuma kasihan pada mereka yang ‘membabi buta’ tentang sesuatu.
Terima kasih semangat yang diberi. Semoga bermanfaat.
Januari 6,2009 at 4:56 pm
saya setuju dengan kenyataan ini.
kita harus menulis dari jiwa
bukan kerana tuntutan semasa
Januari 6,2009 at 5:45 pm
Manusia dicipta dengan pelbagai karenah, warna, idea, pandangan. Tulis mengikut apa yang kita pelajari, bukankah itu namanya beramal dengan ilmu. Biar apa orang bilang, tangan kita yang menaip, tangan kita yang menulis. Otak, jiwa & hati kita yang melakar.
Januari 8,2009 at 7:59 am
Ainulmuaiyanah : Jiwa juga kena bersih kan? Semoga setiap dari penulis punya jiwa itu. InsyaAllah.
Shinja : Ya, benar sekali, beramal dengan ilmu yang kita ada. Jika ilmu kurang, belajar lagi dan lagi.Oh ya, penulisan Amz juga bertambah baik dan menarik untuk ditatap. Tahniah.