“Esok malas la nak kerja. Bosan!” katanya ringkas.
“Suka hati kamu. Jangan sampai kamu termasuk dalam jumlah 4,749 orang pekerja akan diberhentikan tahun ini,” jawab temannya sambil mengunyah kacang.
KOMA
Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berhormat Tuan Haji Shabudin Yahaya, dalam satu kursus yang diadakan baru-baru ini, menjelaskan terdapat ‘pengangguran tidak ketara’ yang sering berlaku sehingga sesebuah organisasi dilihat tidak produktif.
Pengangguran tidak ketara ini juga dianalogikan sebagai pekerja berbudaya ‘Camel Trophy’, ‘Malboro’ dan ‘Salem High Country’. Kedengaran agak melucukan tetapi itulah hakikatnya. Budaya ini disamakan dengan sikap suka berjalan atau merayau-rayau ke meja kerja rakan pejabat yang lain, mengumpat dan memperkatakan tentang rakan sepejabat yang lain serta ada juga pekerja yang mengambil sikap endah tak endah dengan persekitarannya (tidak ambil tahu hal orang lain).
Dalam ertikata yang lain, berlaku ‘pengangguran tidak ketara’ walaupun bergelar pekerja.
Menurut beliau lagi, pekerja begini selalunya tidak akan ambil kisah dengan hadis nabi yang bermaksud;
“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.iaitu masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin), masa lapang sebelum tiba masa sibuk, masa mudamu sebelum datang masa tua, dan masa hidup sebelum tiba masa mati.” (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Januari 2,2009 at 1:54 am
Tahun 2009, tahun ‘pengangguran ketara’.
Januari 2,2009 at 2:16 am
[...] Buka Topeng Memula aku pergi ke blog Psittacula Alexandri dan dari entrinya Menjadi Aset Atau Libiliti aku dibawa ke artikel [...]
Januari 2,2009 at 9:13 am
PTS ada iklankan jawatan kosong sebagai editor kontrak. Berminat?
Januari 2,2009 at 9:47 am
Minda niaga perlu dipupuk dalam kalangan anak pelajar sejak dari bangku persekolahan supaya mereka semua membesar dengan pandangan yang lebih terbuka terhadap dunia perniagaan.
Jangankan pekerja yang diberhentikan, graduan baru pun boleh elakkan pengangguran kalau ada kesungguhan terjun dalam bidang keusahahawanan.
Syarat, kena ada cukup ilmu dan minatlah.
Januari 2,2009 at 11:41 pm
“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.iaitu masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin), masa lapang sebelum tiba masa sibuk, masa mudamu sebelum datang masa tua, dan masa hidup sebelum tiba masa mati.” (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Hadis yang banyak terpampang dalam bentuk banner di Kedah Darul Pakatan Rakyat. Sesuai untuk peringatan rakyat.
Januari 19,2009 at 4:04 pm
Sebenarnya sukar untuk merebut ke lima-lima perkara tersebut…sebab kita adalah “Nisia” ataupun manusia…atau kata lain…yang mudah lupa & alpa…
Januari 19,2009 at 4:40 pm
Sebaliktabir, memang payah, tapi sekurang-kurangnya kita cuba. Tuhan maha mengetahui bukan?
Januari 19,2009 at 5:02 pm
benar Bayan… Dia telahpun berfirman. “Tidak Allah membebani diri seseorang itu melainkan atas kemampuannya sendiri”