
“Awak harus panggil saya kakak, kerana umur saya lebih banyak dari awak,” jelas saya padanya.
“Awak tidak nampak tua bagi saya. Beza berapa tahun sahaja,” jawabnya.
Sebenarnya sahabat saya itu tidak mahu memanggil saya kakak bukan kerana saya nampak muda dari segi fizikal tetapi apa sangat beza umur jika mahu dibandingkan dengan peri pentingnya perkara yang boleh dikongsi. Oleh semua manusia. Tanpa mengira apa latar belakang dan umur seseorang.
KOMA
I
“Puan,”
“Saya belum kahwin,”
II
“Kakak,”
“Siapa kakak kamu?”
III
“Makcik”
“Aik, saya nampak tua kah?”
*Ini dialog yang biasa kita dengar.
KOMA
“Tapi, kaum wanita sangat pentingkan gelaran yang dipanggil. Gelar ‘kakak’ jika lebih tua dan belum lagi masuk hal ‘cik’, ‘puan’, ‘makcik’ dan segalanya. Tanda hormat dan budaya adab sopan,” sambung saya lagi.
“Ala, wanita, jika kita panggil dia kakak sedangkan dia perasan dirinya muda, dia akan marah. Cuba panggil dengan panggilan yang lebih muda dari usianya, pasti wanita itu akan tersenyum manis,” jawab teman yang lain.
Apa kata kamu?
Disember 30,2008 at 10:52 am
err?
Disember 30,2008 at 1:04 pm
“adik manis… baru-lama?”
Disember 30,2008 at 1:07 pm
Ohh..kak Lily sangat suka jika dipanggil kakak. Jika ada remaja umur 14 tahun,panggil ‘kakak’,kekok dan segan pula rasanya. Pokok pangkal,terpulang kepada individu.
Disember 30,2008 at 2:05 pm
Agak melucukan juga.
Kalau dipanggil cik adik, risau dituduh cuba mengurat.
Disember 30,2008 at 2:32 pm
setengah org anggap perkara ni remeh temeh jer… tapi penting woo terutama pada kanak2…
Disember 30,2008 at 2:38 pm
nickmenza : Ermmm…
kangaq : hahahaha….tak sesuai, bukan budaya kita.
kak lily : ya, pokok pangkal terpulang pada individu. Tapi harapnya usah abaikan adab sopan.
Indrasakty : Ya, salah cakap lain pula jadinya. Hal ini ada dijelaskan semasa bengkel Bahasa Melayu Tinggi oleh Prof Abdullah dulu. Hal mesra, hal hormat yang harus kita tahu batasnya.
Kena tahu juga hal-hal pengucapan dan panggilan ini. Kerana ia melambangkan budaya dan kebijaksanaan kita dalam berbahasa dan bermasyarakat.
Gerektua : Ya, hal ini amat penting bagi kanak-kanak. Asasnya harus ada agar mereka tidak keliru dalam bersosial.
Disember 30,2008 at 5:10 pm
saya nak panggil cik bayan sayang, boleh? hehe.
Disember 30,2008 at 6:48 pm
saya selalu keliru pasal nie… kalau berjumpa perempuan yang sedikit berusia, atau lebih berusia dari kita tapi belum kahwin, yang mana lebih hormat panggilannya, cik atau puan…
Disember 30,2008 at 10:15 pm
salam
dalam urusan kerja; biasanya saya akan adress them with miss.
biasanya, kalau dikedai makan, saya akan panggil kak. lebih selamat
Disember 30,2008 at 10:26 pm
affuan : Saya percaya itu hanya kata manis. Dan saya tidak akan tertipu. Hahahhaa…
kemat : Menurut tatacara susilanya (barat), panggil sahaja ‘puan’ tidak kira seseorang wanita itu masih muda, atau sudah tua, masih bujang atau sudah berkahwin. Itu kalau keliru.
Kalau tidak keliru, maknanya pasti dengan status empunya diri yang dipanggil, seeloknya gunakan kata gelar yang sesuai. Bukankah bahasa Melayu sudah lengkap dengan tatacaranya, cuma kita janggal mahu gunakannya.
Abanglong : Mungkin ya, itu lebih selamat. Teruskan sahaja selagi tidak menimbulkan salah faham. Namun, harus berhati-hati dengan warga asing yang punya budaya panggilan berbeza dengan kita.
Disember 30,2008 at 11:37 pm
Panggilan itu penting. Panggilan kepada seseorang bukan sekadar menunjukkan rasa hormat dan akrab bahkan menunjukkan keperibadian dan kebijakan kita dalam komunikasi.
Amat malang apabila seorang pegawai kerajaan/swasta memanggil pelanggannya ‘pak cik’, ‘abang’, ‘kakak’, atau ‘adik’. Itu soal urusan rasmi.
Saya juga tidak suka dipanggil abang apatah lagi pak cik atau adik oleh orang yang tiada hubungan kekeluargaan dgn saya. Hahahaha….
Disember 31,2008 at 12:09 am
Mendewa, panggilan amat penting. Saya sangat setuju itu. Bukan kerana gender sahaja. Ia melambangkan batasan rasmi dan mesra.
Memang benar, masyarakat kita semakin kurang teliti dalam hal penggunaan kata panggilan. Mereka lebih melihat luaran. Jika nampak bergaya dan kemas, dipanggil encik dan tuan. Jika selekeh, dipanggil pakcik, makcik dan sebagainya.
Teringat kelas Prof. Abdullah Hassan tentang hal ini. Siapapun yang dipanggil, harus guna panggilan yang formal dan sesuai dengan keadaan.
Katanya lagi, jangan panggil adik atau abang kepada orang yang tiada pertalian saudara dengan kamu.Ia melambangkan ikatan kemesraan sesama keluarga. Dan tidak sesuai digunakan untuk orang luar.
Jadi memang betul dialog diatas;
“Kakak….,”
“Siapa kakak kamu?”
Disember 31,2008 at 12:51 am
hanya panggilan dunia yang ntah ape-ape ntah.
pernah kene marah sebab panggil makcik. dia kata
“ko ingat aku muda lagi, jangan panggil aku makcik panggil aku nenek”
Januari 1,2009 at 12:03 pm
saya ikhlas tau. hehe.
*dish! bini baling pinggan. haha.
Januari 1,2009 at 5:18 pm
“Hello Tuan!”
“Maaf! Saya bukan pegawai polis!”
“Ok. Hello enche!”
“Maaf! Saya bukan warden penjara!”
“Hello abang sayanggggg!”
HA HA.
Januari 2,2009 at 8:28 am
Qdetactive : Lain orang lain bicaranya. Mungkin.
Affuan : Saya harap saya juga ikhlas. hehehe…
sinaganaga :
Januari 3,2009 at 4:31 pm
panggil saja nama saya..
Januari 5,2009 at 8:58 am
manlukeman, bolehkah?