
Buah mengkudu kusangka kandis,
Kandis terletak di dalam puan;
Gula madu kusangka manis,
manis lagi senyuman tuan.
“Kenapa awak suka saya?” tanya gadis.
“Entahlah, susah nak cakap sebab semua yang ada pada awak saya suka,” jawab jejaka.
“Cheh, manisnya,”
KOMA
Saya syak, lelaki dibekalkan dengan ladang tebu yang disembunyikan di tepi bibirnya!
*Edisi lelaki akan berhenti setakat ini. Saya tidak mahu dilihat sebagai anti lelaki. Terima kasih atas komen dan pandangan. Bermakna untuk kajian saya.
Disember 6,2008 at 12:29 am
sy pula syak yg perempuan dibekalkan gen gedik+manja. haha…
Disember 6,2008 at 12:34 am
[...] Credit:Edisi Lelaki : Mulut Manis [...]
Disember 6,2008 at 1:37 pm
mulut manis ditambah perhatian yang berlebih2
bisa membuat wanita tertarik
saya juga syak, jika lelaki dibekalkan ladang tebu ditepi bibirnya maka wanita pula dibekalkan sesungut utk menghisap manisnya tebu…
Disember 6,2008 at 3:35 pm
saye memang konfius sedari awal, kenape letak gambar ayam ?
Disember 6,2008 at 6:53 pm
Adar : Mungkin. Gen gedik-manja hanya untuk lelaki yang tidak kuat iman.
Mendewa : Sangat bagus jawapan encik. Saya suka. Saya sangkakan lelaki sahaja yang menghisap madu (sebab itulah dia suka memadukan wanita). Rupanya wanita juga sukakan yang manis-manis. Ermmm, penemuan yang baru dan baik dalam sistem biologi dan sosial manusia. Hahahha…
alifmimyanun : Ayam jantan boleh dianalogikan sebagai lelaki. Bukan ‘membinatangkan’ manusia. Sekadar analogi. Kita harus belajar dari alam dan isinya kan?
Disember 7,2008 at 10:02 am
arrghh rasa nk minum air tebu…
Disember 7,2008 at 11:54 am
saya jangka cik bayan sudah ketemu jawapannya..
Disember 7,2008 at 11:56 am
gerektua : Air tebu? Hmmmm..
manlukeman : Ya, sudah bertemu sejak lama. Cuma mahu memastikannya dari mulut sang jejaka. Hahahhaa…
Disember 8,2008 at 8:31 pm
Tapi kenapa bibir aku tak ada tebu ek?
Tak syak lagi bahawa aku beli air tebu kat gerai tepi jalan aje… hahahaha
Disember 9,2008 at 2:11 pm
Bagaimana kalau dikatakan lelaki bermulut manis kerana perempuan suka dengar segala yang manis sahaja (kecuali manis madu)
Disember 9,2008 at 5:10 pm
Semua gadis sukakan jejaka yang berbahasa manis-maniskan… kalau ada lelaki yang berbahasa kasar-kasar dan garang… gadis tak suka jejaka itu…
Disember 10,2008 at 8:41 am
kipp : Maknanya ayat manis tu tiruan la ? Pura-pura ye?
Kemat : Mungkin juga. Kononnya mahu menjaga hati wanita. Tapi, kadang-kadang kata-kata manis itu sangat meracun hingga membuat wanita lupa realiti. Bagaimana tu?
izrittzz : Tidak kisah bahasa manis atau kasar, yang penting ikhlas dan jujur.
Disember 10,2008 at 10:37 pm
wah imej lelaki bak sang jalak..hemph…okey..mengerti…
Disember 11,2008 at 10:26 am
Sekadarnya berkata-kata membiaskan ikhlas hati.
Jika pula sampai terlupa realiti, maka ingatkanlah diri bahawa bukan kata-kata yang manis, tetapi perasaan si pendengar yang terlalu manis.
Ayat yang sama kalau didengar oleh lelaki lain tawar malah pahit sahaja.
Disember 11,2008 at 11:31 am
HE : Ya.
Indrasakty : Mungkin. Ya, barangkali. Apa yang didengar, dicerna melalui hati empunya pendengar. Jika ‘terasa’ maka manislah ia. Jika tidak berkenaan, mungkin tidak manis dan kelat.
Pandangan yang baik.
Disember 11,2008 at 4:59 pm
betul.saya sgt setuju.lelaki klu bercakap, untuk mengorat, mmg manis. tp, bl dah lama kawan, atau bercinta, call x angkat. xpun klu angkat, ade je jwpn mengelak. tengah drive la..bz la..hai….lelaki2..