Puan Ainon pernah berkata, “tulis apa sahaja jika kamu rasa kamu sahaja yang akan membacanya. Tulis sesuatu yang bermanfaat, bahasa yang baik dan nilai yang tinggi jika kamu mahu semua orang baca apa yang kamu tulis.”
Puan Nisah juga pernah mengulas, “penulis, apabila telah meninggal dunia, tulisannya tetap akan dibaca oleh orang lain. Oleh itu bentuk bahan dan bahasa yang bagaimana yang akan kamu tinggalkan?”
Hari ini hari pertama dalam bulan terakhir.
Fasa belajar menulis. Blog dan buku. Apa bezanya?
Dan hal ini mengingatkan saya pada seorang rakan blog yang menekankan doktrin “Blog is blogla, medan expresi diri, something personal, just accept those who blog as a medium of self expression, terapi minda.”
Saya tidak fikir kita manusia yang tahu hidup hanya sekali, menolak untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat dengan menulis benda-benda yang baik untuk tatapan umum.
Jika memang menulis sebagai medan mengekspretasikan diri, sesuatu yang personal dan sebagainya, lakukan dengan baik dan bermoral. Jika tidak set sahaja blog itu sebagai ‘bukan untuk bacaan umum’. Private. Jadi, tiada sesiapa yang akan keliru dengan apa yang ingin anda luahkan.
Itu pandangan saya tentang tanggungjawab dan hobi menulis blog.
KOMA
Hari ini hari pertama dalam bulan terakhir.
Kebanyakan azam dan impian saya telah terlaksana dengan baik. Saya gembira. Alhamdulillah.
Namun, kenapa hanya kerana sedetik peristiwa hitam melanda, saya kehilangan nikmat gembira itu?
“Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” – (Surah an-Nahl, ayat 18)
“Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)

Disember 1,2008 at 6:34 pm
Blog. Juga satu bentuk escapisme. Bagi sayalah.
Disember 1,2008 at 9:26 pm
ya, blog memang escapisme. Penulis blog menginterprestasikan dirinya melalui blog. Namun biarlah segala tulisan dan bahan yang dipaparkan itu bermakna dan bermoral.
Disember 1,2008 at 11:41 pm
Sejak akhir-akhir ini,kak lily juga risau tersalah tulis.
Disember 2,2008 at 12:33 am
Kak Lily, tak mengapa salah tulis di blog. Masih boleh disunting dan terbit semula. Jika buku, mana mungkin dapat dipadam setelah diterbitkan.
Sebab itulah blog lebih popular. Sebagai wadah penulisan (salah dan betulkan sendiri), melatih diri membaiki penulisan dan mengembangkan penulisan melalui komentar.
Tapi ramai yang menyempitkan fikiran dan penulisan blog mereka dengan alasan, “ahhhh ini blog aku, suka hati aku nak tulis apa,”.
Disember 2,2008 at 9:14 am
Saya sokong menulis blog adalah satu cara untuk membaiki penulisan dan mengembangkan fikiran.
phrase “aku punya blog aku punya suka,” kadang-kadang memakan diri apabila penulis blog menulis sesuatu yang mungkin memalukan dirinya sendiri.. too bad~
Disember 2,2008 at 2:22 pm
Perkara yang paling saya tidak suka adalah menulis…. tapi saya terpanggil untuk membuat sesuatu yang saya paling tidak gemar. Mungkinkah ini satu titik permulaan yang baru dalam memperbaiki diri…!
Disember 2,2008 at 8:02 pm
Amyz : Ya, bila dah syok sendiri mula lupa diri.
well : Ya, titik permulaan yang baik. Apabila menulis kita akan membaca, menilai dan mentafsir. Bukankah itu baik untuk otak dan akal?
Disember 2,2008 at 11:20 pm
Yup…Sy mula ‘berkecimpung’ dlm dunia blog ni sbb memenuhi kehendak subjek Multimedia Journalism….Mula2 rasa terpaksa,akhirnya terminatla plak..
Disember 3,2008 at 1:52 am
“Tapi ramai yang menyempitkan fikiran dan penulisan blog mereka dengan alasan, “ahhhh ini blog aku, suka hati aku nak tulis apa,”.”
adeh… terasa aku. blog bergantung pada penulis. mungkin dia nak perbaiki skill menulis dia. atau mungkin sekadar catatan diari online. jd terpulang pada diri masing2.
mcm blog aku, lebih kepada catatan hidup buat isteri2 dan anak2 aku. juga menjadi medan utk aku nasihat isteri2 dan anak2 aku.
kadang2 bila nak nasihat isteri2 depa ckp kita membebel. jadi, better tulis dlm blog. haha… mereka pun tak leh potong cakap kita.
Disember 3,2008 at 9:11 am
loko : Jadikan ia minat yang bermanfaat. Kalaupun bukan untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri.
Adar : Maaf kalau terasa. Memang betul ramai yang jadikan blog catatan diari kehidupan. Malah ia lebih berkesan dari diari yang ditulis tangan. Tapi tak salah kan kalau naikkan sikit martabat blog itu dengan bahasa yang baik dan isi yang baik. Ramai yang baca dan mungkin juga ramai yang terpengaruh. Jadi pengaruhi mereka dengan sesuatu yang boleh mendatangkan pahala. Mungkin. Ayat komen encik di atas tu betul ke? Isteri-isteri (isteri2)? Wahaaa….
Disember 3,2008 at 12:15 pm
“Kebanyakan azam dan impian saya telah terlaksana dengan baik. Saya gembira. Alhamdulillah.
Namun, kenapa hanya kerana sedetik peristiwa hitam melanda, saya kehilangan nikmat gembira itu?”
jangan letak sebarang ‘condition’ untuk rasa gembira. Macam yang pernah kita sembangkan dulu
Disember 3,2008 at 12:45 pm
Terima kasih kawan!
Disember 4,2008 at 8:46 am
anytime