Suka dengar ayat ini. Aduhai, tanduk dan nila banyak mengajar saya selama beberapa hari ini.
Sabtu : Bengkel KJ Method oleh Pn. Ainon dari PTS bersama penulis-penulis.
Ahad : Bengkel Bahasa Melayu Tinggi. Prof. Dr. Abdullah Hassan bersama penulis-penulis.
Isnin dan selasa : Seminar Kebangsaan Puisi Melayu Tradisional.
Hari ini lif rosak. Mungkin dari hari isnin dan selasa. Pejabat di tingkat lima. Hujah bela diri semakin berkembang mekar dalam benak. Lepas minum pagi tak larat nak naik semula.
Semua orang bakal hilang.
Hahahha…
*Ulasan mengenai bengkel dan seminar akan menyusul jika nafas saya pulih kembali.



November 26,2008 at 11:01 am
Adakah cik bayan juga bakal hilang setelah nafas pulih kembali?
November 26,2008 at 11:04 am
wah banyak gak bengkel2 yg cik bayan gi, semoga bertambah ilmu dan dimanfaatkan sebaik mungkin… (ayat poyo la plak… aduyai…!)
November 26,2008 at 11:13 am
dah agak dah
November 26,2008 at 12:42 pm
Sebetulnya jika saya dapat hadir ke seminar puisi tradisional mungkin kita boleh bersapaan…namun di saat-saat akhir saya terpaksa membatalkannya kerana ada urusan yg lebih penting.
November 26,2008 at 1:45 pm
gerektua : InsyaAllah, tidak hilang. Dan serikkah mahu ke bengkel itu lagi?
nickmenza : Seperti biasa.
mendewa : Tidak mengapa, mungkin boleh dapatkan kertas kerja dari DBP. Banyak isu penting dibentangkan. Paling utama seminar ini, menggilap kembali pandangan kita yang kabur tentang persuratan kita yang mewakili kebijaksanaan kita….Hal yang manakah yang mahu kita nafikan?
November 26,2008 at 7:37 pm
saya berharap dapat menyertainya
November 27,2008 at 8:08 am
Majlis ilmu ada di mana-mana HE. Bila HE balik sini nanti, jangan terlepas pandang majlis sebegini.
November 27,2008 at 12:25 pm
saye tak suke gambar tu, ade bulu kaki.
November 27,2008 at 12:41 pm
Yang mana ni?
mana ada bulu kaki la. Silap laman ek?
November 27,2008 at 2:53 pm
oh….( ́ – ̀ )
silap, patutnye entry atas tu…