Taman, dipenuhi dengan bunga-bungaan yang cantik, tasik yang tenang, pohon merimbun, tiupan angin yang sejuk dan bersih, kanak-kanak riang berlari, ibu bapa berehat sambil berkomunikasi dengan ahli keluarga, dan banyak lagi. Taman permainan dan beberapa alat senaman asas juga disediakan
Tong sampah juga banyak. Bersih dan cantik.
Tapi ada juga cacatnya. Tidak cantik, tidak bersih.
“Ibu, itu apa?”
“Kuda belang lepas dari zoo,”


November 21,2008 at 8:50 am
eh itu gambar gua tu dengan wife gua. sampai hati lu cakap wa kuda belang.
hehe. cemana, ok?
November 21,2008 at 8:58 am
babazahra’ : Rumah encik banjir ke, sampai tak ada tempat nak bermesra-mesraan? Hahahha. Tak ok kot. kena juga tindakan undang-undang atas kesalahan ‘berkelakuan kuda belang’.
November 21,2008 at 3:39 pm
owh, salah habitat… sian zmn la ni mmg byk yg kehilangan habitat*, habitat telah dirosakkan oleh kerakusan manusia,
*habitat Islam ditukar dgn habitat Sekular.
November 22,2008 at 12:23 am
nasib baik tak tanya babahnya… kalau tak mesti babahnya jawap ‘entah, babah skodeng jap ye’ huhuhu
November 22,2008 at 11:22 am
cantik gambar kdua belang ni…
November 22,2008 at 6:38 pm
salam…
satu blog yg menarik dgn foto2 yang boleh dibuat wallpaper..
saya budak baru belajar…kalau salah tolong tunjukkan…
nak cjuga belajar teknik2 fotografi ni…
November 23,2008 at 10:45 pm
Salam…..
kalau kata kuda belang, nanti depa akan tanya lagi dan lagi dan lagi…
kena jawab tu geng2 madagascar tgh cari asal usul……
November 24,2008 at 1:40 am
Salam Cik Bayan, Saya Sunthara yang berkenalan dalam kelas hari Ahad lepas, akhirnya berjumpa juga dengan blog saudari. Mungkin boleh temuramah saya satu masa nanti.
Buku-buku saya boleh semak di laman blog saya dan juga GoogleBooks untuk cara belian online
http://ilmudigital.blogspot.com/
http://books.google.com.my/books?q=sunthara+segar&btnG=Search+Books&um=1
Boleh dipesan atau dibeli dari MPH, Popular atau terus dari penerbit Malaysia PTS 603-61880316
Terima kasih
Sunthara Segar CFP,RFP
Writer,Marketing and Copywriting Consultant
http://ilmudigital.blogspot.com
Kolumnis Ruangan Mengurus Kewangan Mingguan Wanita
Penulis Buku PTS Siri Pengurusan Kekayaan:
1) Kerjaya Perancangan Kewangan Peribadi
2) Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah
3) Rahsia Mengurus Insurans Hayat
November 24,2008 at 2:25 am
tuan ondscene.sham, gambar yang kedua tu nak dibuat wallpaper juga ke? :p …mtk maaf ye tuan rumah, menyampuk…
November 25,2008 at 1:13 am
erk.. itu second photo zaila sendiri captured ke?
November 25,2008 at 11:12 am
bayan dah masuk keahlian skuad mengemboi ke… ahahaha…
November 25,2008 at 12:33 pm
Jawapan yang ‘pedas’..kehkehkeh..
November 26,2008 at 8:16 am
Anas Suhaib : Apa peranan kita?
Gerektua : Babahnya akan cakap, “ooo itu bukan kuda belang, itu skunk”.
Manlukeman : Kuda belang pun tidak mengaku itu kerabat mereka. Hahhaha…
Ondscene.sham : Mana ada cantik. Biasa je la. Apapun, terima kasih sudi bertandang ke blog ini. Semoga bermanfaat.
Saiful : Tak boleh cakap geng Madagascar. Sebab geng itu kanak-kanak suka. Kena cakap geng hantu puaka. Baru diorang tak suka. Mungkin.
Wuqing : Boleh sahaja buat wallpaper jika dalam gambar itu gambar anda sendiri. Hikhikhik
genetic : Gambar yang ada bayan.photocliq adalah gambar yang saya ambil sendiri. Kenapa? Tak percaya ye?
xemeer : Nak joint ke?
Husaini Ibrahim : Tidak sepedas masak lomak cili api.
November 26,2008 at 1:50 pm
Sunthara, terima kasih sudi bertandang ke blog yang tiada apa-apa ini. InsyaAllah, ada kesempatan kita kan bicara tentang buku saudara.
November 28,2008 at 5:55 am
hahaa…
saya dah periksa almari pakaian saya, tiada baju belang-belang seperti itu…
saya juga dah periksa diari saya, tiada catatan mengatakan yang saya pernah mengawan dengan kuda betina di tempat awam…
sah, itu bukan gambar saya…
huhuu…
November 28,2008 at 4:44 pm
haha. kuda belang ye.. sedondong la tu kononnya pakai baju belang2 tapi tak malu wat maksiat.. apa nak jadi..
Disember 1,2008 at 8:59 am
wuqing : Aik, macam pernah buat je….Hahahahha
myadlan : Hehehhe nak jadi kuda belang la.
Disember 5,2008 at 2:50 pm
kalau dua-dua tu pusing mengadap kamera, kalau dalam paper atau tv, muka kena blurkan tu, so, sampai sudah tak kenal saperla dua-dua merpati-merbayan tu…!!!!!
Disember 5,2008 at 4:06 pm
Entah, sukar nak buat penilaian. Kerana selama ini, ambil contoh artis-artis kita dan lambakan video lucah di internet, kebanyakannya tak segan silu paparkan wajah mereka. Maknanya ‘malu’ sudah tiada nilai.