Apabila kita meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, inilah yang terjadi. Penulis tidak tahu apa yang ditulis, editor tidak menjalankan kerja penyuntingan dengan baik serta pemimpin yang tidak menjalankan fungsinya dengan baik.
Wacana Intelektual, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 17 November 2008, 8.30 malam. Ini maklumat yang saya hadam untuk menghadirkan diri ke DBP.
Tajuk wacana ialah Penerbitan Buku : Tuntutan Intelektual atau tarikan Komersial oleh Dato’ Dr. Hassan Ahmad, seorang tokoh pendidik dan budayawan (Pengarah Eksekutif Yayasan Karyawan Malaysia).
Pelbagai isu penerbitan buku diungkap. Sedari proses awal penulisan yang dikatakan bahawa penulis yang baik memikirkan dua perkara yang penting iaitu bahasa yang digunakan dan isi kandungan yang bermanfaat. Selain itu, bagi penulis buku, peranan editor sebagai pengemas hasil tulisan dan juga peranan penerbit yang menerbit dan memasarkan hasil tulisan yang baik dan bermutu.
Sesi soal jawab seterusnya mengungkap persoalan bahasa Melayu sebagai bahasa yang paling mudah berbanding bahasa lain. Apa yang dieja itulah yang disebut. Beberapa perkataan bahasa Inggeris yang sebutannya tidak sama dengan ejaan menjadi contoh panel. Ya, Bahasa Melayu itu mudah dan indah. Juga sarat dengan makna dan nilai walaupun tidak menurut tatabahasa yang formal.
Dasar Buku Negara 1985, penerbitan DBP, dan hala tuju penerbitan DBP sekali lagi menjadi perdebatan yang panas.
Seorang tetamu yang menggelarkan dirinya sebagai ‘hantu’ melambangkan keadaan DBP kini, seumpama perlakuan Sang Nila Utama yang sanggup membuang harta benda dan mahkota dek kerana takutnya tenggelam kapal yang dinakhodainya. Mungkin juga perumpamaan ini membayangkan pucuk pimpinan DBP yang dikatakan kurang kena pada tempatnya.
Terdapat juga pendapat yang menyarankan agar DBP berpijak pada buminya sendiri dan tidak perlu bersaing dengan mana-mana institusi penerbitan di negara ini. DBP di saran bergerak dalam gelombang ‘blue ocean‘ nya sendiri sebagai satu-satunya badan yang memperjuang sastera, bahasa dan budaya. Ketepikan soal komersial, dan pertahankan nilai intelektualnya di mata umum.
Apa-apapun, pendapat saya agar DBP tidak lelah dalam memelihara khazanah persuratan Melayu. Jangan putus asa. Dan letakkan ‘manusia’ yang benar-benar mahu berjuang atas nama budaya bangsanya dan elakkan memilih ‘manusia’ yang memikirkan nilai komersial semata-mata.
Kata kunci dalam perjuangan ini ialah ‘passion‘ iaitu ‘keghairahan’ dan semangat jiwa yang besar dalam menghasilkan buku dan karya yang baik – bahasa Melayu tinggi dan isi kandungan yang bernas serta karyanya sampai kepada masyarakat.
Ini soalan yang tidak tertanyakan malam tadi:
Apa pula istilah untuk penulis blog yang punya khalayak pembaca yang ramai, isi kandungan penulisan yang bernas tetapi bahasa yang digunakan cacamerba?


November 18,2008 at 5:53 pm
adakah “gua” sudah dijadikan perkataan Bahasa melayu secara rasmi?
November 18,2008 at 9:47 pm
hmm penulis itu kena ikuti kelas bahasa… huhuhu
November 19,2008 at 1:28 am
belajar dari kesilapan..tidak semua yang tahu diri sendiri salah..
November 19,2008 at 1:04 pm
Salam,
Tahniah kerana upaya hadir ke diskusi berkenaan.
Hari Sabtu ini ke bengkel KJ Method?
November 19,2008 at 3:32 pm
Banyak kesilapan pada papan-papan tanda kedai … tengok sajalah Kedai Perabut Damai yang sepatutnya KEDAI PERABOT DAMAI. Dan yang ini ‘Kedai Burung Ahmad’ yang sepatutnya KEDAI AHMAD MENJUAL BURUNG. Itulah… jadinya kalau Komersial mempengaruhi Intelek!
November 20,2008 at 9:11 am
Babazahra’ : ‘Gua’ perkataan daripada bahasa Cina. Digunakan oleh orang Melayu apabila berbual dengan orang Cina agar nampak kesepaduan dan kemajmukannya. Sekadar untuk memesrakan suasana.
Gerektua : Mungkin, jika dia punya tanggungjawab sosial memandaikan bangsanya dengan bahasa Melayu tinggi.
Manlukeman : Ya, sentiasa belajar dan berfikir. Tapi jika kesalahan yang sama dilakukan berulang kali, bagaimana ya?
Embun : Majlis ilmu, selagi terdaya dan punya kesempatan akan saya redah. Bengkel KJ Method? InsyaAllah. Dan mungkin juga Bengkel Bahasa Melayu Tinggi. Baru tahu bengkel tersebut menggunakan pendekatan ala-masjid (bak kata Sifu PTS) iaitu sesiapa sahaja boleh datang.
Izrittzz : Hal itu boleh dipanjangkan kepada DBP.
November 26,2008 at 5:00 pm
“Apa pula istilah untuk penulis blog yang punya khalayak pembaca yang ramai, isi kandungan penulisan yang bernas tetapi bahasa yang digunakan cacamerba?”
Blog is blogla, medan expresi diri, something personal tapi bila dia menulis buku dia tulis dengan serius sejajar dengan disiplin ilmunya. Contoh, jika saya mau menulis kelak, saya akan tulis betul-betul, idakle cacamarba macam dalam blog tuh…berarti saya kenalah habiskan belajar dulu sebelum serius menulis, as I’m not into kreatif writing.
Cik Bayan yang cantik rupawan lagi bijak bistarii, can you just accept those who blog as a medium of self expression? Terapi minda? Analoginya, saya tak suka, meluat tingok perempuan pakai baju ketat, tapi bertudung, should I label them as perosak Fesyen Negara?
November 27,2008 at 8:06 am
Mardhiah, saya lebih suka menganggap setiap manusia punya tanggungjawab dengan apa yang dilakukan. Dengan kepercayaan juga bahawa apa yang dilakukan itu akan beri kesan kepada orang lain di masa akan datang. Malahan, penulis, apabila telah meninggal, tulisannya tetap akan dibaca oleh orang lain.
Oleh itu, apa yang patut ditinggalkannya?