“Aik, tak tengok filem kat luar?” tanya seorang jejaka yang memakai t-shirt coklat bercop Sindiket Soljah.
“Sesak nafas,” jawab saya.
TOK RIMAU – “GRIP PHONE”. KUMPRINX -”HITAM”. MAMAT KHALID – “MELAYU 106”. CHE WAN MOHD FAIZ & MOHD NAZRI B. ZAINUDDIN – “8 JAM”. NAZ ANNUAR – “MY ALIEN GIRLFRIEND”. SINAGANAGA – “MATINYA SEEKOR AYAM KONGSI GELAP”. AJAMI HASHIM – “SMS”. ALIF FIRDAUS AZIS – “HANTU SILAP MATA”. SHAZROL SUHAIME – “ADIWIRA – PROLOGUE”. BENNYLITA RAMLEE – “HARI NI HARI BODOH SAYA CIK!”. ROZINOR RAZALI – “FIVE CHAIRS”. DEAN SHAM – “RMN BROADWAY”. BIN FILEM – “CEKIK”. BATSHEEBA ZALIKA ARSALAN – “KA SI PE CAH”. GENG SIFOO – “SEBUAH KARANGAN BERTAJUK KUALA LUMPUR”. ZAINUDDIN JAMIL – “ULTRAMARINE | iBLACKHEART | SONG OF THE SEA”. SAIFUL NANG – “SURAT SEORANG IBU”. FAZLEENA HISHAMUDDIN – “THE LOST COMMUNICATION”.
Ini adalah senarai filem pendek yang ditayangkan di Maskara Shorties, Rumah PENA malam tadi. Tak sempat tengok sampai habis. Untuk pendapat dan mungkin juga kritikan, saya tidak layak memperkatakannya. Sambutan begitu mengujakan. Tempat letak kereta penuh. Begitu juga ruang laman Rumah PENA.
Vovin dan Tok Rimau
Lan Hussein a.k.a Sinaganaga
Mamat Khalid
Usaha Sindiket Soljah [SS] mengumpulkan pengkarya muda, pereka grafik, penulis muda dan pembikin filem di bawah satu bumbung Maskara Shorties harus dipuji memandangkan tidak banyak ruang dan peluang bagi penggiat seni ini mempamerkan hasil karya mereka. Pelbagai genre filem pendek ditayangkan tidak kira ia hasil penulis dan pengkarya muda serta pembikin filem yang prolifik seperti Mamat Khalid. Hasilnya, aktiviti santai ini mendapat sambutan luar jangkaan sehingga makanan yang dsediakan, berkonsep ’siapa cepat dia kenyang’.
Malam itu juga, sebuah buku yang digembar-gemburkan bakal ‘habis terjual ‘ telah dilancarkan. ROMLAH : The Untold Stories merupakan sebuah karya yang menggabungkan seleksi 19 cerpen seksi, oleh 18 penulis sensasi, tentang seorang gadis misteri! Romlah: The Untold Stories adalah suplementari kepada antologi bestseller Sindiket Sol-Jah – K-ei8ht (2007).
Apa yang saya ingin katakan cuma, malam itu merupakan malam ‘makan asap’ untuk saya. Ruang laman penuh asap rokok. Kiri ada ramai mamat sedut rokot penuh gaya dan hembus tanpa segan silu. Kanan pula ada minah ‘layan’ rokok tanpa rasa apa-apa walaupun ruang laman juga diisi oleh puan-puan yang sedang mengandung dan puan-puan yang sedang mengendong anak. Kebanyakan filem pendek yang ditayangkan juga penuh asap rokok.
Encik bos yang menemani saya juga hairan, sejak dahulu sehingga kini penggiat seni begini begitu obses dengan muzik yang kuat-kuat dan rokok yang berkepul-kepul. Budaya – rokok -ilham. Mungkin.
Apapun, tahniah buat pasukan SS yang telah bertungkus lumus menyediakan keselesaan dan ruang untuk penggiat dan peminat seni berkumpul.
*Mat Jan, lawak kamu menjadi dalam ‘iklan’ malam tadi. Istinjak-Istinjak Cinta dalam ROMLAH : The Untold Stories juga memecah tawa saya tengah malam tadi.





November 2,2008 at 6:29 pm
terima kasih kerana hadir semalam. selalu-selalula datang lagi ya bayan.
November 3,2008 at 3:23 am
hai bayan.
camne nak join group korang?
November 3,2008 at 2:29 pm
November 3,2008 at 5:51 pm
sang bayan,
saya titipkan foto yang kamu ambil dan sedikit writeup di blog saya.
http://bennylitanasuty.wordpress.com
November 3,2008 at 5:57 pm
[...] RASA SANG BAYAN Maskara Shorties : Malam ‘Makan Asap’ “Usaha Sindiket Soljah [SS] mengumpulkan pengkarya muda, pereka grafik, penulis muda dan [...]
November 3,2008 at 6:28 pm
[...] RASA SANG BAYAN Maskara Shorties : Malam ‘Makan Asap’ “Usaha Sindiket Soljah [SS] mengumpulkan pengkarya muda, pereka grafik, penulis muda dan [...]
November 3,2008 at 9:58 pm
gua dah agak, yang ambik gambar dari tingkap ini mesti lu punya. anyway, memang asap rokok menyesakkan kepala hotak n nafas gua. sampai hari ni sakit tekak sebab orang lain punya kegilaan.
November 3,2008 at 10:18 pm
Encik OP : Terima kasih sudi senyum. Semalam nampak sibuk sangat.
Amierwan : Tak perlu daftar. Cuma datang je mana-mana program Soljah. Selalunya tempar berkumpul rumah Pena. Acara Maskara. Lawati blog sindiket soljah ek.
Jones : Senyum sahaja? Kamukah yang merokok itu?
benmaya : Ambil sahaja. Filem pendek kamu menarik.
November 4,2008 at 8:16 am
Babazahra’, gambar dari tingkap ni sangat ’sakit’. Flash lupa di isi bateri. Dan akibat banyak ‘makan asap’ otak jadi berasap sikit. Memanglah….perokok diakui sebagai orang yang paling pentingkan diri sendiri.
November 4,2008 at 8:42 am
bahaya untuk ibu-ibu pregnant
November 4,2008 at 8:50 am
hai Bayan
November 4,2008 at 9:23 am
nickmenza : Ya, Saya telah jelaskan di atas tentang bahaya asap rokok untuk puan-puan yang sedang mengandung.
dugong : Hai dugong.
November 4,2008 at 1:48 pm
[...] nafas akibat ‘makan asap’ malam itu masih terasa sehingga kini. maaf, saya bukan mengada-ngada atau tidak ‘kool’ apabila [...]
November 4,2008 at 4:33 pm
Baiklah..lepas ni gua akan menguatkuasakan larangan merokok di maskara..
November 5,2008 at 1:57 am
itu la…nampaknya, tiada jodoh saya dengan gadis-gadis comel yang datang pada malam itu…sama ada mereka datang bersama pasangan takpun mereka merokok…huhuhu… :p ooo, yang mengambil gambar dari tingkap malam tu, cik bayan rupanya…
November 5,2008 at 9:02 am
pp : Ooo…Ok. Tapi orang yang menguatkuasakan larangan yang harus bertindak dahulu. Kata TAK NAK kat rokok. Boleh ke encik PP?
wuqing : Tak apa. Kat luar banyak lagi pilihan. Buka mata dan hati ye. Ambil gambar dari tingkap? Ye ke saya?
November 8,2008 at 5:01 am
hmm, setelah diteliti kembali gambar dari tingkap tu takde plak tertulis bayan.photocliq…ntah la, saya tak kenal akak…huhuhu…
November 8,2008 at 11:02 am
wuqing, gambar tu hak milik akak. Lupa nak tampal bayan.photocliq. Dan manusia yang berlegar-legar di tingkap itu adalah akak. Harap maklum.
November 13,2008 at 4:48 pm
Bayan, zaki mencari anda mlm tu..
November 14,2008 at 8:39 am
fadz : Ya, saya tahu. Tapi kerana matanya dirambangkan oleh wanita-wanita cantik malam tu, maka saya yang tak cantik, tak kelihatan di matanya. hehehhehe…gurau je.