“Kamu buat apa?”
“Tanam mimpi. Biar ia berpusara. Agar saya tahu, saya pernah bermimpi dan mimpi itu tidak saya izinkan menjadi realiti.”
Dan mimpi yang menjadi realiti sama ada ia ngeri atau indah, hadamkannya dalam kehidupan.
KOMA
Suatu malam jejaka bermimpi. Gadis datang bawa bunga. Putih. Tapi tangan gadis ada darah. Merah.
“Kenapa tangan kamu gadis?” tanya jejaka.
“Darah ini bukti saya memetik bunga ini,” jawab gadis.
Bunga putih, bercalit merah darah gugur dari tangan gadis. Bersama rebahnya tubuh gadis.
Tamat.
KOMA
Mimpi, jangan biarkan ia kaburi realiti
Dosa tidak sama dengan pahala,
Selaut air tak mampu membasuh secalit dosa,
Tanya Tuhan jika tidak percaya.
Dosa,
Pahala,
Itu bezanya kita.

Oktober 28,2008 at 2:28 pm
koma
…
Oktober 28,2008 at 4:39 pm
malam tadi gua boleh mimpi jadi juara pertandingan tinju. seumur hidup gua, belum pernah lagi muncul sebesar kuman minat kepada sukan tinju.
Punktlich.
Oktober 28,2008 at 8:44 pm
Mimpi hanya tinggal mimpi.
Oktober 28,2008 at 9:29 pm
mimpi tetap hadir walaupun kita tidak minta.
itu anugerah!
Oktober 28,2008 at 9:49 pm
nickmenza : Sebenarnya noktah.
Babazahra’: Mainan tidur atau petanda baru?
Shimi : Ya, tinggalkan sahaja.
Budak kampung : Anugerahkah?
Oktober 29,2008 at 9:08 am
ayat kecewa?
Oktober 29,2008 at 9:10 am
nickmenza, bukan kecewa tetapi bersyukur kerana tersedar dari mimpi yang banyak mengundang dosa. Alhamdulillah Tuhan sayangkan saya.
Oktober 29,2008 at 6:54 pm
yep anugerah..ada yg baik, ada yg buruk.
bayangkan jika manusia tanpa mimpi..hmmmm
Oktober 30,2008 at 8:51 am
Budak Kampung, manusia tanpa mimpi semasa tidur kira normal la. doktor kata mindanya tenang, tak serabut sebelum tidur.
Manusia tanpa ‘mimpi’ iaitu impian, umpama kapal tanpa layar.
November 10,2008 at 11:02 pm
[...] Malam tadi aku bermimpi…. [...]