Pesan guru, jika kamu tidak mahu jadi baik, jangan buat orang jadi jahat.
Pagi tadi, melalui telefon seorang ibu bertanya, mahu kepastian adakah filem Kami The Movie sesuai untuk anaknya yang masih belajar di tingkatan satu. Dan saya tidak mendengar jawapan yang diberi oleh Liyana Jasmay dan kawan-kawannya yang bertandang ke konti Hot Fm untuk mempromosi filem itu.
Saya tidak tahu apa jawapan yang Liyana Jasmay beri.
Sampai di meja kerja, saya membuka komputer dan mencari maklumat tentang filem ini.
Ibu yang menelefon, saya rasakan raya pertama ini biarlah anak ibu yang masih belajar di tingkatan satu itu dibawa menziarahi saudara mara.
Hari raya bukan untuk menonton filem. Hari raya untuk menyambung silaturrahim dan mengukuhkan persaudaraan.
Dan jika bukan hari raya pun, filem ini tidak sesuai untuk menjadi inspirasi kepada pelajar sekolah walaupun subjeknya mengenai peralihan usia dari zaman sekolah ke alam dewasa.
Maafkan saya jika prejudis. Malangnya filem remaja di Malaysia terlalu klise. Pemberontakan emosi, krisis gender, persoalan cinta yang kecundang dan kematian jiwa.
Jika memang persoalan itu yang melingkari usia remaja, mengapa perlu dipaparkan dengan babak yang serupa? Tanggungjawab sosial untuk membaiki masyarakat tidak diambil kira.
KOMA
Saya sedang menyelongkar persoalan perpaduan. Juga sedang menggali punca kematian jiwa generasi muda terutama remaja yang baru menamatkan alam persekolahan.
Setiap hari saya menerawang ke alam maya. Meneliti setiap maklumat yang diperolehi. Terjumpa satu blog yang bermakna.
Menyelongkar blog cikgu jimi, saya merasakan satu kelainan. Kisah proses pendidikan dan pengajaran yang dilaksanakan guru ini sungguh membuatkan saya berkata;
“Jika kita punya ramai guru sebegini, maka kerajaan akan goyang kaki. Tidak perlu memikirkan masalah keciciran pelajar dan masalah sosial yang melanda generasi muda.”
Namun, tidak semua guru bertindak sebagai guru.
KOMA
Mengunjungi blog cikgu jimi tidak pernah menghampakan. Juga pagi ini.
Beliau bercerita tentang kemunculan filem Laskar Pelangi. Filem hasil adaptasi novel Andrea Hirata dari Indonesia ini menampilkan kisah kanak-kanak gelandangan yang hidup dalam ruang yang sempit namun mampu membina dunia yang besar. Inilah kisah ‘kekitaan’ dan ke ‘kami’ an yang baik dalam menjelaskan konsep perjalanan meniti usia dewasa.
Membaca novelnya sahaja sudah cukup mengagumkan, apatah lagi jika menonton filemnya yang dikatakan sudah ditayangkan di Indonesia.
KOMA
Ibu yang menelefon Hot Fm pagi tadi, saya tarik balik kenyataan saya bahawa raya bukan hari untuk menonton filem.
Ibu, Hari Raya memang bukan untuk menonton filem di panggung wayang jika filemnya adalah kisah remaja yang sangat klise dengan porakperanda jiwa.
Ibu, Hari Raya adalah hari menonton filem jika filem yang ditayangkan penuh dengan nilai dan kebangkitan jiwa seperti filem Laskar Pelangi.


September 26,2008 at 10:54 am
selamat hari raya
raya ni iman sufia nk tengok sarkis
hmm ada lagi ke sarkis tayang di pagi raya?
September 26,2008 at 10:58 am
Selamat hari raya Iman Sufia.
Sarkas? Hahahhaha…. satu lagi ketidakrelevanan yang TV kita buat.
Teringat masa bertandang rumah saudara semasa saya kecil dahulu. Kami tidak dilayan sebaiknya kerana tuan rumah leka tengok sarkas. Hahahahha…..
September 26,2008 at 11:12 am
sarkas dan magic show. taknak berjalan krn nak tengok TV. tapi kalau ada org datang tetap dilayan .. sbb mereka pun akhirnya ikut sama menonton
September 26,2008 at 12:07 pm
btul tu jeff…
pastu penuh satu umah tgh sarkis…
eh sarkis ke sarkas ke sarkastik…
tambah bila part gajah berjalan atas bola…
berdebar dada iman sufia…
September 26,2008 at 12:19 pm
SELAMAT … SELAMAT … SELAMAT HARI RAYA … SAMPAI JUMPA LAGI BAYAN! BAYAN TAK HULUR DUIT RAYA KE TAHUN NI? APA-APA PUN AKU BUKAN PENUNGGU TV ATAU MANA-MANA PAWAGAM ATAU DISPLAY COMPUTER UNTUK TENGOK MOVIE! AKU TENGOK KALAU AKU NAK TENGOK JE!
September 26,2008 at 1:07 pm
Mujur, saya tidak pernah menonoton wayang di pagi raya.
Tetapi hati memang teringin sangat membaca dan menonton Laskar Pelangi.
**berita duka: Fadz bakal pindah ke KB Oktober ini. Maaf kalau kecewa.
September 26,2008 at 1:41 pm
embun, Tak perlu menonton filem di pagi raya. Banyak lagi yang perlu dilaksanakan kan?
Novel Laskar Pelangi telah menjadi fenomena yang dahsyat di Indonesia. Pengaruh dan kesannya amat banyak sehingga menjadi topik dalam beberapa program bual bicara.
Aduhai, Fadz pindah? Habis tu, projek tersebut dihapuskan atau apa?…
September 26,2008 at 3:03 pm
sarkas? sarkas pn ok pe
September 27,2008 at 11:35 am
setuju. hari raya tak perlu diraikan dengan menonton filem.
tapi kalau mcm orang yg takde ramai sanak saudara dan hanya beraya di KL, menonton wayang merupakan antara acara yg dinanti..
saya nk tengok cerita KAMI juga. baru boleh buat ulasan. tapi xperlu la tengok hari raya pertama kan
September 28,2008 at 10:15 pm
Assalamualaikum w.b.t.
Selamat hari raya dan maaf zahir batin dari saya sekeluarga…
semoga diberkati Allah s.w.t