Cinta bukan untuk dilakar. Ia untuk disemat. Dalam HATI.
Itu apa?
Itu cinta.
Untuk siapa?
Untuk kamu.
Lakaran cinta di pasir?
Ya, supaya cepat hilang ditelan ombak.
Huishhhh….cinta apa tu?
Entah!
Ya, seharusnya cinta tersemat di hati. Untuk Tuhan maha mengasihi. Untuk dia peneman duniawi. Untuk dia dan dia, pelengkap sanubari!

Ogos 29,2008 at 2:39 pm
aku ukir di pasir supaya kamu nampak apa yang ada di hati…M
Ogos 29,2008 at 6:46 pm
cinta itu buta. cinta itu tidak boleh dilihat tapi kehadiran cinta itu boleh dirasai.
lambang hati xsemestinya bermaksud cinta juga.
Ogos 29,2008 at 11:31 pm
lukis di pasir hanya sesuai untuk mereka yang telah keputusan cinta. melihat ianya dipadam ombak akan beri ketenangan. tapi cinta padaNya tidak sama sekali.
Ogos 30,2008 at 6:20 pm
kena buat sekali istana pasir tuh. hehe
September 1,2008 at 12:54 am
Cinta kepada Allah cinta sejati… selamat menjalankan ibadah puasa….
September 2,2008 at 11:40 am
Kemat : Ukiran yang akhirnya disimbahi ombak?
myadlan : Mungkin betul.
q : Juga betul.
Knizam : Tak punya kesempatan.
dekerinchi : Tepat! Selamat berpuasa juga.
September 2,2008 at 1:19 pm
tak kekal lama. datang ombak terus hilang.
kita ukir pada pokok. tulis nama lagi. kalau Majlis Daerah tak tebang, selagi tu lah cinta terus ada.hehe.
September 2,2008 at 1:40 pm
Babazahra, saya pernah ukir di pokok. Setahun kemudian, saya kembali ke situ. Pokok sudah ditebang. Kata cikgu, tahun ni kerajaan bagi banyak peruntukkan untuk mengindahkan sekolah. Jadi pokok yang telah diperkosa harus dibuang. ganti dengan pokok baru.
-exKGV-
September 2,2008 at 3:48 pm
Cinta…
Selalu banyak kisah
pasir juga bisa bercerita
September 4,2008 at 1:37 pm
juli, cinta itu besar.
September 7,2008 at 9:12 am
tapi kalau dilakar di kalbu jauh lebih berkesan dan kekal berbanding dilekat atau ditampal
September 7,2008 at 5:19 pm
cikgu, itu yang ingin saya maksudkan. Terlupa pula, hati dan kalbu dua sisi yang berbeza.