
Rajuk, tiada siapa pujuk memandangkan semua kawan adalah teman ketawa.
Lari yang dilarikan bukan sekadar berlari mengejar tetapi berlari dikejar.
Air mata merah, seka segera agar kaca mata ini tidak berbalam dek alir yang menggila.
Benarkah ada atau tiada tidak beri kesan?
Antara kaca dan air, gadis tewas sekali lagi. Bukankah lebih elok seperti biasa.
Sendiri, sendiri, sepi, sepi, dan darah, darah.
BERHENTI mungkin lebih manis dari ‘STOP’.
Ogos 25,2008 at 1:54 pm
cantik tangan tu.
adakah ia tangan lelaki?
jika benar kamu memang displin bubuh losyen tangan.
Ogos 25,2008 at 2:24 pm
Babazahra’, tangan itulah yang dikatakan ‘tangan yang menghayun buaian’…
Ogos 25,2008 at 5:02 pm
Mungkin aku perlu berlari mengejar bayang-bayang itu … Walaupun kadang-kadang sudah hampir kucapai … tapi apabila petang bayang-bayang itu terus menjauh dan hilang ditelan senja!
Ogos 25,2008 at 9:26 pm
Kadang-kadang kkuatan sendiri perlu untuk menepis dan menongkah semua itu.
Kaca memberi biasan dan air mata memberi kiasan.
Ogos 25,2008 at 10:32 pm
cermin mata yg cantik sbg hiasan entri kali ni
slalu airmata mengantuk akan hinggap di kaca mata saya..sehingga menyebabkan kaca mata sy jd kabur..
Ogos 26,2008 at 2:20 pm
sudah. jangan biasakan dengan buaian lagi.
nanti pulang ke kampung terpaksa mencari buai.
lagi haru kalau bercuti di hotel.
biasakan saja tidur dipeluk ibu.
Ogos 26,2008 at 9:13 pm
izrittzz : Aduhai, apa diharap pada bayang. Menemani di kala terang….apabila gelap malam, ia sembunyi entah di mana.
Shimi : Ya, biasan yang hanya cantik di mata. Sedang kiasan indahnya di jiwa jika difahami dengan akal budi yang tinggi.
myadlan : Terima kasih, cermin mata iulah yang menjadi pakaian iris saya. ‘Airmata mengantuk’? Camna tu?
babazahra’ : Buaian harus juga ada. Kerana tangan yang menghayun buaian itu penuh tanggungan. Pelukan ibu bukan untuk si kecil sahaja. Kena berkongsi dengan babahnya. Mungkin. Hahahhaa…..
Ogos 26,2008 at 9:57 pm
semua kawan adalah teman ketawa? Hmm…
Ogos 26,2008 at 10:07 pm
iman sufia, hmmm…mungkin, pada pandangan saya yang sejak akhir-akhir ni agak prejudis dengan kesibukan teman lain. Terasa tiada kawan ketawa…
Ogos 27,2008 at 1:07 am
kawan yang buat kita ketawa susah mahu cari. kalau awak dapat, tunjukkan saya.
kawan yang buat kita nangis banyak.
Ogos 27,2008 at 12:12 pm
Ada. Dalam tiada.