Bukan kali pertama saya diganggu. Tetapi kali pertama rasa terganggu.
Hampir seminggu tidak menjenguk blog. Berada jauh dari bumi Kuala Lumpur, saya sangkakan satu escapisme yang berbaloi apabila diri berada di sebuah tempat yang seharusnya menenangkan. Aduhai, terlupa bahawa ketenangan ada di dalam jiwa yang bersih.
Matahari amat terik. Memanaskan hati, memanggang rasa, membakar jiwa. Aduhai, Sudah lama rasanya tubuh saya tidak dipanggang begini. Kali terakhir 3 tahun yang lepas semasa berkhidmat sebagai pembantu penyelidik yang melangsaikan projek Teknologi Melayu di Universiti Malaya.
Seminggu yang lalu, saya berada di perut Pulau Besar, Melaka. Sebuah pulau yang indah dan cantik. Pulau ini dikatakan menjadi tapak pertama Islam tiba ke Alam Melayu.

Pulau ini lain. Sangat lain.
Pembangunan di sini tidak banyak malah yang ada juga tergendala dan terbiar. Hal ini dikaitkan dengan keramat dan kesucian kerana pulau ini dikatakan tempat bersemadinya wali-wali Allah. Masih ingatkah peristiwa kemarau yang melanda Melaka pada tahun 90-an dahulu? Dikatakan kemarau itu berkaitan dengan hasrat kerajaan Melaka memajukan pulau ini.

Pulau yang dikatakan menjadi tempat penyebaran Islam ini sudah menampakkan banyak kesongsangan. Semua tempat yang dikatakan keramat dan suci telah bertukar menjadi tempat berniat, nazar, hajat dan paling menyedihkan wujud unsur-unsur kurafat apabila kesemua tempat yang menjadi sejarah Islam ini, telah bertukar menjadi tempat penyembahan. Setanggi dan bunga-bunga berwarna kuning membanjiri sekitar pulau. (gambar : Makam 7 beradik)
Antara tempat yang dikatakan penuh dengan legenda dan mitos ialah Makam Tujuh Beradik, Makan Sultanul Aarifeen, perigi yang pelbagai rupa, Batu Belayar, Batu Tengkorak, istana dan perkampungan bunian, Tasik Biawak, Gua Yunus, Batu Belah, Makam Syarifah Rodziah dan banyak lagi.

Kesemua tempat-tempat tersebut telah dicemari dengan unsur syirik, kurafat dan perbuatan penyembahan yang melampau. (gambar : Makam Nenek Kebayan)
Hal ini sesungguhnya membuatkan matahari yang bersinar sepanjang penggambaran yang kami buat bertambah terik dan perit membakar otak. Sepanjang jalan saya dan teman penggambaran merasa sebak dan tidak puas hati dengan apa yang kami tonton.

Penyembahan di Batu Belah

Gua Yunos
Hal ini perlu diperbetulkan agar sejarah Islam dipelihara. Juga memelihara kesucian Islam yang tidak akan bertolak ansur dengan perkara syirik dan kurafat.
Tiada penduduk tetap di sini. Menjadi ketetapan oleh kerajaan Negeri Melaka bahawa tidak ada sesiapa yang boleh membina rumah dan bermastautin di sini. Maknanya pengunjung datang dan pergi sesuka hati. Melakukan itu dan ini sesuka hati. Siapa yang harus bertanggungjawab memelihara semula pulau ini?

Rumah rehat yang terbiar

Pusat Peranginan Marina yang juga terbiar

Keindahan pantai yang menutup aktiviti dan kepercayaan karut pengunjung di Pulau Besar
Maklumat lanjut mengenai pulau ini boleh di dapati di :

Ogos 25,2008 at 4:58 pm
Aduhai, walaupun aku kerap ke Melaka kerana balik kampung sebelah isteri … namun Pulau Besar belum pernah aku jejak! Mungkinkah suatu hari?
September 30,2008 at 2:28 am
saya pernah berckp dgn penjaga di pulau besar,dia menjaga pintu masuk dan keluar di p,besar ,panglima ini sangat tegs orangnya.
dia beritahu sya yg pulau besar bahawa yg kebanyakkan penghuni ghaib di situ telah banyak berhijrah ke pulau yg berhampiran dan ke g,ledang,,. sya rasa kebnyakkan manusia yg dtg ke situ telah mencemarkan kesucian pulau tersebut..kita jgn lah buat yg tak betul di p,besar tapi jagalah warisan kita org melayu…bukan di cemarkan oleh agama lain…
September 30,2008 at 11:30 am
izrittzz: Jika mahu mencari sejarah agama, mungkin di sana akan temui sesuatu. Jika sekadar ingin melepas lelah, Pulau Besar juga amat menarik. Tapi jangan terpesona dengan cakap-cakap mereka yang pulau ini boleh menunaikan hajat kita.
kim : Seharusnya kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), lebih prihatin dengan aktiviti yang berlangsung di sana.
Oktober 5,2008 at 4:54 am
aku dah pg k p.besar.memang dasyat.dlu tempat org bertapa.ayah aku juga pernah bertapa untuk mendapat berkat dr ALLAH S.W.T serta wali d sana.kita memang tak percaya tp peristiwa yg berlaku harus djdkan ikhtibar.contohnya sepasang kekasih dduk d batu belah pd waktu senja,setelah itu d serang histeria.dan resort marina tergendala akibat kontraktor dan jentolak meletup bl nak mulakan kerja mengorek tanah.d katakan tempat perkampungan bunian yg terbesar d situ….
Oktober 8,2008 at 2:15 pm
SAYE PERNAH KUNJUNG KE P.BESAR BERPULUH KALI TAPI TAK PERNAH SAYA NAMPAK ORG MENYEMBAH MAKAM…..MEREKA HANYA BERDOA AGAR PERMINTAAN MEREKA DIMAKBULKAN DENGAN DOA PARA WALI ALLAH YANG BERSEMADI DI P.BESAR
Mei 11,2009 at 3:35 pm
memang sekarang ni macam lebih sudu dari kuah kerana ada pihak berkepntingan yang memburuk-buruk pulau besar yang telah ujud lama..perkara ini masih dalam proses perbicaraan di mahkamah tinggi kuala lumpur.
Oktober 9,2008 at 4:25 pm
Hamba…: Berdoa dengan setanggi dan segala kemenyan serta bunga-bunga kuning? Terlebih baik sekiranya doa yang dipohon bukan melalui sesiapa walaupun makam wali Allah. Doa boleh dipohon di mana-mana sahaja dalam keadaan apa sekalipun asalkan ikhlas dan bersungguh. Terus kepada Allah.
Mei 11,2009 at 3:36 pm
boleh berdoa di mana saja dan boleh bertawasul dengan orang yang soleh sebagaimana ijmak ulama ahlussunnah wal jamaah.
Oktober 13,2008 at 10:42 pm
salamun alaik: alhamdulillah sampai jua hajat ke pulau besar petang tadi.. terpulanglah pada yang memandang dgn pandangan demensi yg berbeza.. Allah jua punya segala rahsiaNya. Amin
Oktober 14,2008 at 8:20 am
cash, memang benar setiap manusia punya pandangan berbeza, berbaloi dengan ciptaan tuhan bahawa setiap manusia dibekalkan dengan akal dan iman. Allah jua punya segala rahsia.
Terima kasih sudi singgah di blog ini.
Disember 4,2008 at 12:55 pm
sehari pengalaman anda sudah meberikan 1001 makna kpd diri anda t’hadap pulau ini..alhamdulillah,masih ada insan lain turut sama kecewa dgn diri sy…untuk pengetahuan anda,sy telah tggl di sana hampir 1 thn,bkn krn turut sama dlm aktiviti kurafat ini..tetapi krn tuntutan kerja…sedih sgt…sedih krn ramai yg dtg ke tmpt ini dgn tujuan yg slh…kdg2 sy malu dgn para peserta kursus apabila membawa mereka melawat sekeliling pulau krn tmpt ini di cemari dgn perbuatan kurafat ini..lagi menyedihkan hati sy,terdapat makam kecil atau di beri nama makam 1 yg terletak di bhgian chalet yg t’biar itu telah di korek tanahnya krn perbuatan mereka yg taksub dgn p’buatan syirik ini..hal ini berlaku sekitar 2006-2007…sudah hmpir sthn sy tgglkan sana..oleh itu,sy tidak tau p’kembangannya lg…alangkah baiknya keindahan serta akitiviti pantai ini dpt menutup kepercayaan karut pengunjung yg hadir ke sini…’Quite n Slient’ jolokan yg diberikan oleh seorang pelancong asing ke pulau ini yang amat menyukai ketenangan dan keindahan pulau ini…di harap 1 hari nnt, ramai pengunjung yang hadir ke pulau ini krn keindahannya…
Disember 4,2008 at 4:24 pm
Saya cuma bimbang, pelancong luar melihat kegiatan seperti itu sebagai ritual umat Islam. Padahal Islam melarang sebarang perbuatan yang kurafat dan syirik.
Disember 14,2008 at 8:34 pm
salam,
Saya bersama guru, ahli keluarga serta sahabat2 seramai 28 orang baru siang tadi menziarahi P.Besar. Kami hanya sempat ziarahi makam Wali2 antaranya Sheikh Ismail, S.Ibrahim,S.Yusof, dan & 7 ‘beradik’. Memang benar & nyata sekali, tempat2 tersebut telah dicemari dengan amalan khurafat dan syirik..Amat sedih sekali. Hotel yang pernah beroperasi dahulu kini telah tutup akibat kerugian, lantaran menjalankan operasi secara ‘tidak Islamik” , kerana kegiatan maksiat (minum arak & seks berleluasa )di tempat yg pernah menjadi pusat penyebaran Islam di Nusantara ini. Ziarah tersebut merupakan ‘muqaddimmah’ untuk lawatan dan tindakan seterusnya, agar tempat itu terpelihara dari amalan2 yang songsang.
Disember 15,2008 at 8:58 pm
thuraiya : Ya, muqaddimah yang tidak seharusnya terhenti setakat itu sahaja. Terima kasih sudi memberi komen.
Disember 16,2008 at 9:40 am
teringin nk berkunjung kesana, masih tiada kesempatan..melihat sendiri keadaan disana..
Disember 30,2008 at 9:11 pm
saya berasa amat sedih dengan apa yang terjadi dipulau besar.diharap dapat pihak yang sudi menjadi penjaga pulau besar supaya tidak boleh sewenang wenangya orang datang buat sesuka hati.
Mei 11,2009 at 3:23 pm
yang banyak melakukan masalah ni adalah kaum india yang datang dari tanah india sendiri…jadi pendekatan yang kami jalankan sekarang berbai’at dengan kumpulan india muslim di sana dan bersama-sama mereka menasihati pengunjung yang hadir terutama kaum sebangsa mereka dengan hikmah..alhamdulillah ada perkembangan yang baik…
Disember 31,2008 at 12:00 am
Hisham, mungkin kita boleh buat sesuatu. Menulis hal ini di dada akhbar, panggil wartawan atau media yang punya pengaruh. Mungkin.
Januari 15,2009 at 8:36 pm
Assallammualaikum….salam sejahtera kepada sahabat2 sekelian ….terutama skali kpada Tuan Pengerusi majlis CIK/ENCIK Bayan….
Alhamdullilah syukur kepada ALLAH s.w.t kerana memberi petunjuk dan hidayah kpada mereka2 yg brkunjung ke pulau besar pulau yg dianggap keramat oleh stengah pihak…
Saya adalah cicit generasi yg kemudian dari moyang saya Syeikh Ismail r.a sambungan kepada Rasullullah s.a.w. dan dari keturunan Bendahara Melaka…..
Ingin saya menegaskan disini bahawa tiada keramat atau mustajab nye sesuatu perkara itu jika kita faham akan duduk perkara yg sebenarnyer….
Skali lagi ingin saya memesan kpada pengujung pulau besar niatkan dihati hanya allah s.w.t yg maha kaya…jadilah hambanya
jadilah kekasihnye insyaallah tiada apa yg lebih mustajab.IKUTLAH patuhilah ajaran serta amalan kekasihnye iaitu Nabi Muhhammad s.a.w.
Jika ada persoalan serta kekeliruan bukalah dan rujuklah kitab al quran nur qarim…segala msalah kehidupan dan kematian ada didalamnye…
Ini pesanan terakhir warisan moyangku fahamilah :-
1. umatku , umatku , umatku
2. Laaillaha’illaullah
(Tiada tuhan selain allah)
fikirkanlah……….
assalmualaikum!!!!!!!!!!
April 17,2009 at 3:42 pm
assalamualaikum. saya ni bukanlah kata pandai sangat dalam bab agama ni cuma nak berkongsi saja. ramai sangat dari kita bila cakap pasal mintak tolong sesuatu mesti bagi nasihat macam ni ((ingin saya memesan kpada anda bahawa hanya allah s.w.t yg maha kaya bukan orang itu atau benda itu. Kita perlulah meminta pertolongan dari allah tapi bukan dari orang lain)). macam biasa jer dengar ayat ni kan. macam ni biar saya jelaskan. Apa saja yang kuat yang berkuasa tak perlulah kita persoalkan sebab kalau kita orang islam jawapan yang paling tepat adalah semuanya allah yang hebat. Persoalan yang sering dibincangkan ialah makhluk yang dijadikan allah. setiap makhluk yang dijadikan allah mempunyai kelebihan masing masing.kita diajak untuk menggunakan apa saja yang ade disekeliling kita untuk mencapai tujuan. Sebagai contoh kalau kita sakit gigi siapa yang kita perlu nak mintak tolong. pertama berdoa kepada allah agar sakit gigi kita boleh sembuh.kedua adakah anda ingin berjumpa dengan nurse. jawapannya tentulah tidak. anda perlulah berjumpa denagn doktor gigi kerana allah swt telah menganugerahkan keupayaan untuk mengubati sakit gigi tadi atau anda berdoa jer pastu gigi tu baik sendiri. Takkan macam tu. kita fikirlah. jumpalah dr gigi. insyaalah baiklah gigi anda dengan izinnya. jadi perbandingkalah sesama sekufu. Tak payahlah dibandingkan dengan allah kerana apa yang berlaku semua dengan kehendaknya. amin
Januari 16,2009 at 11:30 am
Hasnul Hassan, bagaimana pula dengan tanggungjawab kita yang sudah tahu hal yang berlaku di Pulau Besar?
Adakah hanya mahu membiarkannya sahaja?
Mei 10,2009 at 2:26 pm
salam untuk bayan….kami telah dan sedang mencari individu atau sesiapa yang boleh bersama-sama kami dan penghuni tetap pulau besar untuk menasihati dengan hikmah kepada pengunjung agar tidak mencemari kesucian islam di pulau dengan perkara khurafat dan bertawasul dengan kaedah yang telah disepakati oleh ahlussunnah wal jamaah.
Januari 16,2009 at 3:45 pm
Bismmillahhirahmannirrahim!!!
Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan Penyayang…….
Memang benar kita bertangggungjawab menentang kemungkaran dan kejahilan…..
Jika kita amati dan halusi dengan apa yang telah berlaku dan yang sedang dilakukan oleh pengunjung2 di pulau besar memang sedih bila melihatnya….Tetapi jika kita kasihkan dan sayangkan mereka2 itu insyaallah , Allah s.w.t akan membantu kita…jgnlah kita musuhi kaum yg jahil itu….
Gunakanlah kehalusan dan kelembutan serta kesabaran jika ingin bertindak kerana Islam itu indah….tunjukkanlah keindahan itu kepada mereka2 itu…..jangan dipersalahkan seseorang itu diatas kejahilan mereka itu tunjukkan contoh keindahan Islam sebagaimana Rasullullah s.a.w mengajak kaum yang jahil tertarik memeluk islam hanya dengan kehalusan dan kelembutan kata-katanya…..senjata yg paling tajam adalah lidah yg berkata-kata….
kekerasan amat merugikan….
Sayangilah dan perbaikilah hubungan kita sesama mahkluk ciptaan tuhan kerana islam itu bermaksud perbaiki hubungan kita dengan Allah s.w.t juga hubungan kita dengan Mahluk ciptaannya…adakah kita benar-benar telah perbaiki hubungan kita dengan Allah s.w.t jika ya bagaimana pula hubungan kita sesama mahkluk…..adakah kita ini dari golongan pengasih dan penyayang atau kita dari jenis yg panas baran….apakah kesudahannya
fikirkanlah……..
Assalammualaikum…..
Januari 16,2009 at 4:03 pm
Tun Mamat, kaedah yang disarankan amat manis. Semoga kita beroleh kekuatan untuk itu. InsyaAllah.
Mei 10,2009 at 2:44 pm
hayati surah al-as…ayat terakhirnya “berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”
Januari 19,2009 at 9:21 am
salam..sya bru berkunjung ke p.besar smlm bersama keluarga, mmg tidak dinafikan hampir separuh pengunjung yg berkunjung ke situ adalah kaum india..
sya masih trtya2 apakah kisah sbnr makan 7beradik, makam nenek kebayan dan perigi yg dikatakn boleh memberikan sesuatu kpd kita seperti berlian..
sejauh manakah kebenarannya??
Mei 10,2009 at 2:36 pm
para pengunjung ramai dari kaum india sebab sultan arrifin pernah mengembangkan islam di india dan namanya masyhur disana….7 beradik adalah 7 sahabat yang berguru dengan sultan arriffin datang ke pulau ini namun karam di laut berhampiran pulau besar. makam nenek kebayan adalah makam siti nurfatimah dan perigi tersebut adalh keramat tempayan dan tentang dapatkan sesuatu batu permata dari perigi tersebut memang benar tetapi itu adalah salah satu kebesaran Allah untuk mereka yang terpilih dan bukan mustahil bagi Allah.
Januari 19,2009 at 9:47 am
gadis konfius, saya juga lupa kisah makam tujuh beradik dan cerita-cerita yang lainnya.
Dan saya juga tidak dapat memastikan sejauh mana kebenarannya kecuali jika ada kisah yang bertulis.
Mei 10,2009 at 2:41 pm
maaf…saya sudah jawabkan bagi pihak anda
Januari 24,2009 at 8:42 pm
bayan,siapa kah awak sebenarnya. kenapa mengambil berat tentang pulau besar, kenapa nak menjaga pulau besar
Januari 25,2009 at 9:06 pm
Azrain, jika saya tanyakan soalan yang sama kepada anda, apakah jawapan anda?
Februari 8,2009 at 10:29 pm
Assalammualaikum,
- Saya ingin berkongsi sejarah lisan yang diturunkan oleh moyang saya selama ini berkenaan dengan PULAU BESAR MELAKA.
- Mungkin cerita ini ada yang pernah dengar
-Saya pernah pergi ke PULAU ini dalam tahun 1990an lagi. Pada ketika itu Pulau ini masih belum ada pembangunan apa-apa lagi…
- Ketika itu, Makam-makam seperti Tok Putih, Nenek Fatimah, Batu Belah, 7 beradik. Sultan Ariffin dan pelbagi lagi.
-Baiklah di sini, saya ingin memberitahu, sebenarnya Pulau besar bukanlah tempat permulaan Islam Melaka. Tetapi Ia merupakan tempat persembunyian pahlawan-pahlawan melayu dan Ulama-Ulama Islam daripada ancaman perang dan penjajahan Portugis dahulu.
-Di sini saya ingin memberitahu, Makam Sultan Arifin itu sebenarnya adalah Makam Sultan Mansur Shah. Iaitu Sultan Melaka.
- Tok putih, merupakan Ulama Islam yang berasal dari China.
- Makam 7 Beradik merupakan pahlawan melayu 7 beradik yang bongkok dan kesemua mereka buta. Tetapi mempunyai Ilmu pahlawan yang hebat.
- Batu belah pula terjadi apabila seorang pahlawan Perempuan yang bernama ‘Nyai Anjang Asmoro’ bertapa di situ. dan batu itu terbelah akibat daripada hentakkan tongkatnya.
- dan Nyai itu merupakan ketua di situ.
- Siapa sebenarnya Nyai itu ??? jangan peranjat jika saya katakan bahawa Nyai itu ialah Puteri Gunung Ledang. adakah dia berasal dari gunung ledang ?? tidak. Dia berasal dari tanah jawa. Kenapa dia datang ke situ ?? ialah untuk memberitahu sultan melaka berkenaan dengan Malaka akan diceroboh oleh portugis. Apakah caranya dia beritahu ? ialah dengan berjumpa Sultan melaka melalui mimpi. Tetapi malangnya Sultan melaka ingin memperisterikan dia pulak. Syarat yang diberikan kepada sultan melaka itu adalah merupakan kiasan kepada sultan bahawa melaka akan di serang.
Syarat yang akhir berkenaan dengan darah anak raja bermaksud jika tidak dilakukan sesuatu terhadap melaka, maka melaka akan kehilangan sultan. Tiada lagi sultan melaka.
- Untuk cerita lebih lanjut boleh lah email saya.
-Saya tidak berniat ubah sejarah dalam buku. tetapi ingin berkongsi cerita lisan daripada keturunan saya.
Bayan : Aidil, penjelasan anda begitu mengujakan saya. Mungkin anda boleh menulis hal ini dengan lebih terperinci dan memaparkannya dalam bentuk yang mudah kepada masyarakat. Mungkin dengan menghantarkan cerita anda kepada suratkhabar, blog atau pun majalah tiga. Saya tidak rasa ia sesuatu yang sia-sia untuk dikupas. Semoga kita semua peroleh manfaat daripada kupasan sejarah lampau ini.
April 20,2009 at 12:11 pm
salam aidil n Tun mamat,
sy berminat ngn citer kamu ttg melaka n pulau besar tu, bleh la share ngn sy ttg citer tu;
at: bakabaik05@hotmail.com
teruja nk tau kisah sebenar ttg melaka nih..
Tq
April 20,2009 at 8:37 pm
saudara aidil,
terima kasih atas makluat yang diberikan mengenai pulau besar. Saya mengakui ada logiknya penjelasan saudara dan mengharapkan saudara dapat menghubungi saya di azroy360@yahoo.com.my
untuk makluman saudara saya sedang menjalankan kajian mengenai pulau ini dan berharap mendapat sedikit maklumat dari saudara untuk dikumpulkan.
Mei 19,2009 at 12:37 pm
leh email kat saya tak dengan terang dan jelas lagi
Mei 26,2009 at 5:01 pm
Tak mahu ketinggalan juga. Boleh kongsi cerita? Ada few points yang sama dengan cerita yang saya dengar dari kecil.
azlinazan@gmail.com
Februari 10,2009 at 2:16 pm
Assallamualaikum,
salam keluarga buat keluarga,
Encik Aidil….
harap anda terkhabar sihat , dah betul la tu , cerita ni dah lama tersimpan rapi , tak sangka pulak cerita ni anda kupas didalam blog.Ceritanya sama dengan apa yang disampaikan kepada saya.Pengalaman yg saya alami sepanjang saya berada diPulau Besar…..
Dari tahun 1999 hingga tahun 2009 sepuluh tahun lamanya saya simpan cerita ni….bukan apa takut tersalah anggap oleh sesetengah pihak kalau anda sudi bertukar cerita tersebut boleh la emailkan kepada saya di tun.mamat@yahoo.com banyak perkara yg boleh kita bincangkan….
Bayan : Saya fikir hal ini sangat menarik jika diuar-uarkan kepada masyarakat. Bukankah elok kita membuka sejarah lama yang mungkin akan mengubah sesuatu menjadi lebih baik. InsyaAllah, saya akan upayakan diri utnuk mencari lebih banyak maklumat bertulis atau secara lisan yang mungkin boleh dimanfaatkan untuk semua orang. Sekiranya boleh…
Mei 10,2009 at 2:16 pm
cerita makam besar di pulau besar tu makam sultan mansur shah adalah tidak benar..itu adalah makam sultan ariffin syeikh ismail pedagang arab yang mengislamkan parameswara…
Februari 18,2009 at 12:20 am
salam tuan rumah..
sy mmg sukakan pulau besar neh. bukan sebab kisah mistiknya tapi disbbkan oleh alam persekitarannya yg menawan. sy pernah kesana hampir 3x dan sy penah tggl kt resort marina yg terbiar tuh and seriously they making shit there with lots of alcohol,live bands etc..smpi ke mlm pun mereka x sudah lg melalak. pulau tuh dhlah kecik jer so klu dorg wat open live band mmglah bergegar sakan satu pulau tuh. hantu pun bengang klu dgr dorg dok memekak cengituh tgh2 mlm.
i think the mgt assumed the island is similar like others such as redang or tioman but they forget about some of the historical places that should be respect dan mmg betul gerak hati sy kater hotel neh mmg xkan bertahan lame. walaupun sy kurang percaya kpd cerita mistik tapi sy rasa kita patut hormat dgn tmpt2 mcm tuh, bknlah hormat yg keterlaluan tp bak kate org2 tua “masuk kandang harimau kita mengaum..masuk kandang lembu kita menguak”. jd seharusnya nk elakkan benda2 yg x elok terjd apa salahnya kita menghormat sesuatu tempat itu..kan?
kemudian bila pergi 2nd time kami sefamily x tinggal dh kt marina tuh (sbb dh tutup) but kami tggl disatu resort berdktan dgn makam 7 beradik.. xtaulah ader lg ke x resort tuh kt situ. smpi skrg sy pun x pasti knp resort tepi pantai tuh bleh tutup sdgkan resort tuh salu fully booked especially dlm bulan muharam.
so kami cr pilihan lain and then for the 3rd time kami tinggal dipandan nusa resort (http://www.melaka.net/pandanusa/index.shtml) which was the best resort kat situ tp sekarang dh tutup atas alasan x balik modal. pelik betul sbb seingat sy tiap kali sy kesana mmg ramai org datang mengunjung. ada yg tinggal dimakam dan ada gk duduk diresort. jd ape sbbnyer resort2 neh ditutup masih lg menjd persoalan sy.
secara jujurnya tmpt tuh pun xdalah mistik sgt sbb org2 tertentu saja akan dapat alamat disana..itupun dgn niat hati yg betul. selalunya juga tmpt tuh dijadikan tmpt utk memantap serta menguji ilmu agama dan ilmu tassawuff masing2. klu sj2 cr kemistikannya duduklah seminggu pun xkan “mereka” dan “tanda” tuh muncul..silap2 lain mereka bagi nnt..hehehe
pasal khurafat semua tuh mmg dah ditegur tapi biasalah manusia..lagi ditegah lagi menjadi2. seingat saya pernah dulu ada usaha membersihkan semua pemujaan yng dilakukan neh tp ianya kembali semula seperti cendawan tumbuh. makin dicantas makin menjadi. usaha pun dilakukan separuh jalan jer..jd x perlulah nk menunding jari kpd siapa2 dlm hal neh. tepuk dada tanyalah selera. x cukop dgn hny ada kesedaran tp xda usaha utk membenteras. kan?
skrg neh biler kenang blk seronoknyer disaner..sedih btl hati x dpt pegi lg sdgkan pulau tuh sgt cantik dan air lautnyer x berapa dlm mcm pulau yg lain. klu nk stay pun kne berkhemah yng maner x sesuai bg family yg mcm kami neh. yalah xkan nk biarkan ayah dan mak yg dh berumur tinggal dalam khemah plakkan..
klulah kerajaan melaka bleh bangunkan balik pulau tuh kan bagus tp haruslah cr org yg “berpengalaman” utk menguruskan tempat tuh. bukan main bantai saja sbb pulau tuh x sama dgn pulau yg lain. maksud sy pulau tuh ade byk makam dan tmpt2 keramat yg perlu kita hormat scr halus..bkn scr terang-terangan (pemujaan). cukop sekadar kiter x membuat sesuatu yg khurafat dan jaga perilaku bahase ketika disaner tapi itulah..susah klu kiter nk memberi peringatan pd org lain smpikan kdg2 sy terase kisah2 menakutkan spt terserempak dgn para wali ataupun nenek kebayan bertujuan utk menghormati tmpt tersebut.
tapi sy pernah mengalami sndiri peristiwa tersebut dan sy percaya itu semua takdir Allah. ader hikmahnyer biler terjd sesuatu pekara disana…hehehe..
besar harapan sy nk gi jenguk disana lg kat saner. gi melawat hanya utk satu hari mmg xkan puas hati..
harap2 ader org dr kerajaan melaka bacer blog neh sbb sy ader terbaca bahawa kerajaan melaka nak jadikan pulau tu sbg tmpt simpanan minyak. jd biler mereka baca semua neh biarkan dorg tau ade rakyat lain yg masih sygkan pulau tuh..nk simpan minyak watper disitu watper..pulau tuh kecik jer. kot iye pun pilihlah pulau beso sket. huh!
sorry2..emo plak..heheh
jumper lg..
assalamualaikum wbt~!
Bayan : SenjaMalam, pengalaman cik memperkaya pengetahuan saya. Banyak benda rupanya berlaku di sana.
Hari ini saya dihadiahkan sebuah buku oleh seorang teman yang bertajuk, “Menyingkap Misteri Pulau Besar” oleh Ana Faqir terbitan Seribu Dinar sdn. Bhd. Saya akan baca dan ulasan mengenainya akan saya siarkan dalam blog.
Pulau Besar jadi tempat simpanan minyak? Erkkk….
Mei 10,2009 at 2:12 pm
resort pandanusa tu masih ada…sebagai pengunjung tetap pulau setiap bulan, resort tulah kami menginap.
Mei 26,2009 at 5:17 pm
Masih ada ye? Insya Allah cuti sekolah kami datang. Tengok dalam website katanya dah cease operation.
Februari 24,2009 at 3:46 pm
sdr aidil
saya berminat dgn penerangan anda.boleh say tahu lebih lanjut?.
email saya kawgrass@gmail.com
Mac 22,2009 at 8:49 pm
assalamualaikim. saya gembira adanya cerita tentang pulau besar di ruangan ian.
Mac 24,2009 at 8:48 am
Semoga bermanfaat dan jika Encik punya cerita yang tersendiri, bolehlah berkongsi.
April 1,2009 at 6:02 am
jabatan agama nak turun padang? Kena salak dgn anjing pecut mengalahkan rabuan pit.
April 2,2009 at 9:16 pm
sye ingin pergi ke pulau besar?=]
April 5,2009 at 11:49 pm
Assalamualaikum…sesiapa yg nak tau patut bca buku “MENYINGKAP MISTERI PULAU BESAR” karangan Ana Faqir..Insyaallah sedikit sebanyak buku ini dapat merungkai kemushkilan tentang Pulau Besar…
Antara isi kandungan Buku tersebut adalah 1. Paksi Misteri Pulau Besar.
2. Salasilah Sultan al-’Ariffin Syeikh Ismail dan peristiwa mencarik adat.
3. Kedatangan Islam Ke Negeri2 Melayu.
4. Melaka sebelum ketibaan Syeikh Ismail.
5. Ketibaan Syeikh Ismail ke Melaka..
6. Pulau Besar sebagai pusat pendidikan SUFI.
7. Kewalian dan Kekeramatan.
8. Pengalaman berharga yang tercatat
9. Pulau yang diberkati.
10. Keutamaan ziarah makam..
Sekurang-kurangnye kita dapat menambah Ilmu pengetahuan kita…
April 7,2009 at 5:19 am
Ya, saya telah memiliki buku ini.
April 14,2009 at 11:10 am
assalamualaikum.
saya nak kongsi cerita. saya pernah pergi ke pulau besar sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1983 -form 4, cikgu kelas ajak g- bulan 12 2008 lalu dan terbaru bulan februari 2009.
kunjungan kali pertama saya kagum, pelik dan tak tau nak cakap ape sebab my first time there. second time datang saya dapat peluang bertemu dengan orang yang duduk lama di situ dan dimaklumkan beliau kasyaf. sempat gak saya beli buku karya Ana Fakir untuk menambah pengetahuan. kunjungan ketiga kerana ada satu misi yang perlu dibereskan dan bayak pengalaman diperolehi. antaranya bertahlil dengan semua 43 orang penghuni pulau besar asal, berbual dengan lebih kurang 8 orang wali pulau besar, dapat melihat keajaiban, diberi peluang untuk memilih melihat keajabian atau merasainya dsbnya.
nak cakap macamana lagi? Takut orang tafsir mengarut dan gila so saya just kongsi di sini. Insya Allah bulan 6 nanti saya ke sana untuk membawa sahabat merasai pengalaman berharga sehingga kita semakin hampir dengan orang yang hampir dengan Allah. Any comments?
Mei 10,2009 at 2:08 pm
alhamdullilah…sesungguhnya tiada kemustahilan jika Allah mengkehendaki..dan mempercayai sesuatu yang ghaib wajib utk setiap muslim..diharapkan dengan petunjuk kebesaran Illahi pada anda dapat meningkatkan lagi keimanan anda kepada Allah seru sekelian alam…amin
Mei 16,2009 at 11:19 am
Boleh saudara kongsi dengan saya
pengalaman dan merasai keajaiban di Pulau Besar. Saya dah pergi beberapa
kali dip.besar, fisrt time dulu in 1980s, masa tu nak ke makan terpaksa
lalu lorong yang semak dan makam asal
tak sepeti sekarang, dipagar. Dulu makam tu macam atas bukit dan ada surau macam bangsal aje. Saya memang ada rasa kelainan tempat tu tapi sedih
bila ada orang buat yang tak betul/
khurafat disana. Setakat ziarah, berzikir dan sedekah alfatihah dimakam
tersebut,saya rasa tiada salahnya, macam kita ziarah makam nenek moyang
kita setiap hari raya. Setiap umat itu
ada keistimewaannya, mungkin syeikh ariffin ni salah satunya. Lately, dalam bulan Mar-May 09 dah 3kali saya
pergi, jiwa tenang dan beriadah sambil
berziarah. Jika saudara nak kesana lagi, boleh saya join sebab saya teringin untuk menimba pengalaman berharga yang saudara lalui. Jangan risau, saya pernah merasai perkara yang pelik pelik. Harap email saya
di: narimahabubakar@yahoo.com. Sekian,
terima kasih.
Mei 18,2009 at 2:02 pm
s7b..boleh saya tahu macamana nak hubungi ‘kasyaf’ tu, melalui email, boleh?
April 27,2009 at 1:27 pm
kepada semua kawan kawan yg memberikan komen thank you, sebab weekend nie saya sekeluarga ingin melawat pulau besar nie.tapi sebelum tu kepada semua yang memberi komen aktiviti khurafat dijalankan disini sembahyang lima waktu kamu tunaikan tak?
aurat confirm ke tak terdedah?
boleh say tau berapa orang islam di malaysia
tak pernah langgar peraturan agama kamu?
99% daripada kamu tak layak nak komen all this
thanks
April 27,2009 at 5:42 pm
Sebaiknya, Hindu gal usah mengeluarkan ayat sebegini [jika kamu hindu]. Setahu saya, yang memberi komen di sini [blog saya], semuanya mengkritik aktiviti itu dari aspek agama kami.
Jika kamu, penganut agama lain mahu laksanakan dan ia merupakan sebahagian dari ritual harian kamu, laksanakanlah, tetapi usah pertikai pendirian dan pandangan agama lain.
Kami melihat aktiviti ini bertentangan dengan agama kami. Lagipun, tempat tersebut merupakan tempat Islam dan makam-makam tersebut merupakan wali Allah dan tempat yang suci.
Mei 7,2009 at 3:06 pm
Assalammualaikum dan Salam sejahtera kepada sahabat sekalian…
kepada hindu gal terimakasih diatas komen anda diharap anda pun terkhabar sihat…..untuk pengetahuan pihak anda, kami telah mengenal pasti ip address anda dan diharap anda bertanggungjawab diatas segala komen anda disini yang lebih berat kepada melanggar peraturan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak suruhanjaya multimedia dan komunikasi….
pihak kami juga telah memaklumkan kepada pihak suruhanjaya multimedia komunikasi untuk mengambil tindakan terhadap anda kerana provokasi anda terhadap sensitiviti agama dan perkauman di malaysia….
So kepada rakan rakan semua kita serahkan saja masalah ini kepada pihak yang bertanggung jawab untuk menjalankan siasatan serta mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap rakan kita ini dibawah peruntukan undang-undang serta perlembagaan yang ada di Malaysia….
Kepada Cik Bayan dan rakan2 jika terdapat komen2 yang sebegini janganlah kita layan atau rasa tersinggung …buatlah laporan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk bertindak megikut akta perundangan dan perlembagaan yang sedia ada…apa yang penting…..kerjasama….
nasihat saya berani buat beranilah tanggung yek…..
wasalam,
Mei 7,2009 at 3:25 pm
Sangat menyejukkan hati mendengar penjelasan saudara. Memang benar, kita ada undang-undang! Akan saya praktikkan jika berlaku lagi hal sebegini.
April 27,2009 at 8:51 pm
Owh selamat pergi ke Pulau Besar! Semoga seronok-seronok di sana menikmati pemandangan alam.
99 peratus tak layak nak komen di sini? Pandainya buat kiraan matematik! Boleh kongsi formula anda? saya pun nak belajar jugak…
Mei 5,2009 at 8:45 pm
Suatu hari nanti, jika diizinkan Allah, saya pasti akan menjejakkan kaki menemui mereka.. InsyaAllah.. Saya sempat ziarah di Makam Dol Said, Naning Melaka..
Mei 6,2009 at 8:43 am
Semoga ziarah itu mendapat manfaat.
Mei 10,2009 at 2:03 pm
makam besar di Pulau besar bukan makam Sultan Mansur Shah..dia adalah makam sultan ariffin syeikh ismail waliullah..sepanjang pengajian pondok saya begitulah ceritanya dan dialah yang mengajar dan mendidik parameswara hingga memeluk islam..dlm sejarah melayu melaka dikatakan parameswara memeluk islam dengan pedagang arab..pedagang arab itulah rombongan pedagang dari arab yang diketuai oleh sultan ariffin…mengenai kekarahmah pulau besar itu hak milik allah yang di berikan kepada para waliNya..saya pengunjung tetap pulau besar setiap bulan dari 2006-sekarang dan kami bersama penghuni tetap pulau besar sentiasa menasihati pengunjung agar bermohonlah sesuatu hajat hanya kepada Allah dan jaga kaedah bertawasul yang dibenarkan iaitu dengan bermohon agar para aulia bermohon jua kepada Allah atas hajat kita serta bertawakal hanya kepadaNya…bermaksud yang memberi manfaat dan mudarat hanya Yang Esa bukan para aulia cuma kita minta mereka sama berdoa atas hajat kita yang baik saja…jaga tertib ketika ziarah seperti yang disepakati oleh Ahlussunnah wal Jamaah…
Mei 11,2009 at 10:21 am
Terima kasih atas nasihat dan pendapat. Semoga bermanfaat untuk semua.
Mei 10,2009 at 4:20 pm
Alhamdulillah,hampir 40 tahun rezeki keluarga saya di pulau ini..tapi saya sedih sebab pulau ini tidak dimajukan..
Mei 11,2009 at 10:20 am
Alhamdulillah, rezeki keluarga Ifa di sana.
Diharap juga pembangunan dan kemajuan yang dilakukan tidak mengenepikan nilai suci yang terdapat di sana.
Mei 10,2009 at 7:09 pm
Salam semua. Seronok baca catatan kawan-kawan yang menyingkap sejarah dan asal usul Pulau Besar. Flam pernah pi juga ke pulau keramat tu. Cantik pulau tu dan tak jauh dari tempat makan ikan bakar.
Kalau dimajukan tapi jangan langgar pantang larang ‘makhluk pulau’ rasanya lebih ramai orang ke sana.
Flam tertarik juga cerita kawan kita tentang
makam sultan mansur shah dan macam-macam lagi.
Ini ilmu baru bagi Flam.
Kebetulan Flam terbaca dalam akhbar Kosmo,
juga cerita fasal pulau besar. nengok gambar yang mereka ambil, dahsyat. ada lagi rupanya orang bertapa. Ingat dah tak ada di pulau besar tu, sebab pulau tu dekat dengan tanah besar yang sekarang ini begitu pesat membangun.
Mei 11,2009 at 10:19 am
Semoga apa yang dipaparkan membuka mata dan memberi manfaat. terima kasih sudi menjenguk catatan ringkas ini.
Mei 11,2009 at 3:46 pm
Esok ptg (12hb Mei 2009) kami turun lagi ke pulau besar dan ingin bertanya perihal yang dikhabarkan oleh kosmo…pada penghuni tetap pulau seandainya benar insyallah kami akan menasihati mereka…jika ada kelapangan bolehlah jumpa saya di sana dengan hubungi no hp saya 0149123459-bambu.
Mei 11,2009 at 5:05 pm
kenapa saudara mengatakan yg keramat ni memedihkan……bg sy ia akan menjadi pedih jikalau ada insan yg pg ke sana dgn niat yg salah
Mei 11,2009 at 5:35 pm
Itulah maksud saya. Melihat tempat suci dan keramat ini menjadi tidak sepatutnya. Pedih.
Mei 11,2009 at 11:50 pm
pulau besar bukan meyedihkan tetapi di pulau besarlah kita dapat lihat kebesaran Allah..segala telaganya air tawar walau ditepi laut…telaga nenek musalimah pula jernih bernilai pH 7…neutral..yang menyedihkan seandainya kita buta hati dalam membaca alam ni yang telah Allah jadikan…
Mei 13,2009 at 11:15 pm
haha tu la
Mei 18,2009 at 6:18 pm
assalamualaikum sume!!!
sye org mlk “pure” tapi hanye 2 kali penah jejak kat situ.NICE PLACE!!!syorkan agar pegi kat situ timbe pgalaman,tapi jgn mulut celupar tau..nanti terkene!!!
heheheh…jgn biarkan diri anda diselubungi misteri!!!!!
Mei 20,2009 at 5:56 pm
Assalamualaikum,
Seronok mengikuti pandangan yang diajukan dlm blog ni. Memang banyak kisah-kisah misteri yang berlaku dipulau ini tetapi pada pendapat saya tidak dibukukan secara rasmi. Cuma terdapat satu buku tulisan Ana Fakir yg agak mendalam mengupas kisah Pulau Besar. Sy pernah bercamping (pengakap) selama 1 minggu di pulau ini tahun 1983 dan kebetulan pada masa itu ada pegawai dari Jaim yang datang untuk memghalang perbuatan2 khurafat yang berlaku. Pada pendapat saya, makam2 tersebut biarlah dijaga tetapi perlu ada pengawalan supaya tidak berlaku pemujaan oleh sesiapa pun sama seperti bersejarahnya negeri Melaka. Mungkin kerajaan Melaka patut mendirikan madrasah mengajar ilmu agama islam sempena zaman perkembangan Islam dahulu. Oleh itu, adalah pengawasan dari pihak berwajib.
Mei 22,2009 at 10:18 pm
salam sejahtera..
kpd ssape yg brhajat utk berziarah ke pulau besar, bolehlh berhubung dgn saudara udin(anak seorang bomoh trkenal)di talian 017-662 0676. beliau dpt mmbantu tuan/puan selama anda menginap disana.tq
Jun 8,2009 at 2:47 pm
askum. sy baru je pergi smlm kat pulau besar melaka. sy ingin mlihat sndiri keunikan pulau trsebut. sy tido di chandek kura chalet bilik no 044. mlm prtama sy tido sy didtgi mimpi begitu ramai hulubalang2 sdang brlatih silat disana malah sy juga dibritahu kat situ dulu ada kursus agama islam dan bbrapa ceramah agama dijlnkan. bgitu byk aktiviti disana dulu. malah sy juga dibritahu bhawa moyang sy juga penah blajar ilmu disana. mngkin sy ada prtalian dgn pulau besar mnyebabkan sy bgitu tringin kesana. mlah mlm tu sy smpat diuji dgn bunyi tasbih sperti org sdg brzikir dlm bilik trsbut. amat mnyeronokan prgi kesana. sy tetap akan brkunjung kesana bila kelapangan. pantainya bgtu indah dan ada ketenangan dihati trdapat disana.
Jun 9,2009 at 1:05 pm
jika ada klapangan sy ingin di uji dgn brbagai ujian yg mncabar disana. sy akan brkunjung di pulau besar pd khamis dn tido dimlm jumaat. sy ingin lihat kehebatan di kala mlm jumaat pulak. mungkin ada sesuatu yg sy dpt lagi. ia mnambahkan pnglaman yg brguna. alhamdulilah smangat sy kuat begitu juga anak2 sy. kami mmg suka cabaran. ketenangan yg cukup mndamaikan disana. trutama diwaktu mlm. amat mudah kita mmbuat amal ibadah mlm tanpa gangguan.
Jun 9,2009 at 10:07 pm
askum. sy baru je pi pulau besar minggu lepas. apa yg sy lihat pulau tu dah dicemari oleh budaya hindu. mereka menyembah makam2. pasang colok dn wangi2an. knapa org hindu mnyembah makam wali allah kita. semoga kerajaan melaka banteras budaya songsang ini. kalau dibiarkan lama2 mereka nk dirikan kuil hindu disana mcm bt caves. byk kain kuning diikat dipokok2.sy nmpk dgn mata sndiri mereka mnymbah makam dgn mmbakar colok. pandangan mnyakitkan mata bila dilihat. dulu kala pulau besar adalah tmpt org blaja ilmu agama islam. bersilat tp skrg dicemari oleh budaya hindu…napa ini blh trjadi…..herannya napa makhluk ghaib tu biarkan je kaum tu buat benda2 khurafat. klu sy jdi puteri bunian sy akn tegur prbuatan mereka tu. hehehe.
Jun 10,2009 at 10:23 pm
Assalamualaikum,
Akhir zaman penunjukan kepada kebangkitan Islam yang hakiki. Kesinambungan Penghayatan Islam yang terbantut sewajarnya bermula di tapak asas permulaan pertemuan keislaman. Pulau Besar Jantung Tanah Melayu. Hidupnya Selat Melaka melambangkan pergerakan Malaikat yang sentiasa mengawasi penyebaran keislaman. Dahulukala Singapura dilihat laluan pembersihan hadas besar dan kecil Tanah Melayu. Malangnya kini menjadi hempudu Tanah Melayu. Melayu Raya tidak akan kembali tanpa penyatuan di Pulau Besar. Hakikatnya Mahkota menjadi inti Pulau Besar yang diwarnai dan diawasi oleh Makhluk Ghaib untuk Generasi Akhir Zaman. Kembalinya titik dan tempat pertemuan melambangkan kembalinya Islam yang suci, mudah, hakiki dan bersatu. Negeri dalam laut menyedarkan peristiwa Nabi Sulaiman. Tanpa Alatan kebesaran yang hanya diketahui oleh Allah Taala yang ditugaskan kepada Jibrail untuk Ilham manusia biasa tidak dapat mentadbir Pulau Besar sebagaimana Dulu Kala. Carilah Alatan Tersebut dapatlah pemerintahan dilaksanakan tanpa tentangan malah tunduk sebagaimana makhluk ghaib tunduk kepada Nabi Sulaiman. Penyebaran Islam masa kini tidak lagi seperti dahulu kala, berubahnya Hindu ke islam, Tingginya darjat kewalian atas kerendah hatian diri sendiri. Tidak perlu membandingkan dengan orang lain. Semua tempat/kawasan yang hendak diteroka perlu tahu kuncinya. Penyebaran Islam di akhir Zaman melalui Ekonomi sahaja. BaitulMal wajar dipulihkan fungsinya seperti kelaziman Khalifah Omar. Sekiranya tahu tentang kekuatan Islam salsasilah Kenabian jadi Pelancungan Sejarah. Jika mahu kekuatan ekonomi, Lautan luas jadi pegangan kapal-kapal dagang, kapal-kapal minyak. Jika sedar pertanian, Pulau besar lubok dan Jalan keluar utama hasil pertanian dan penternakan. Jika tamak kesihatan diri, Udara nyaman dan Jauhari penglihatan di Pulau besar mampu menyembuhkan apa jua penyakit dengan kaedah islam inshaallah. Selongkarlah keadaan mukabumi tanah melayu. Lihatlah Jantung Tanah Melayu yang hidup akan mengekalkan keislaman yang utuh dengan ekonomi yang berkekalan sebagaimana di selami oleh nabi Yusuf. Jadilah amalan murah hati dan tidak buruk prasangka dapat menyucikan hati yang hitam sebagaimana amalan Nabi Muhamad. cantumkanlah umat Melayu Islam di Asia dan Arab bermula di Pulau Besar. Ketahuilah Keturunan Saidina Husin berhijrah ke Kepulauan Melayu melalui laut/kapal dan Keturunan saidina hassan berhirah melalui darat/china dan titik pertemuan dua kerabat bersaudara di Pulau Besar. Nabi Muhamah tidak menyebut Negara China tanpa sebab walaupun Islam telah berkembang pesat pada zamannya. Baca dan fahamkanlah betul-betul tanda-tanda akhir zaman seperti di syariatkan oleh Nabi Muhamad. jawapan adalah pada kita hanya akal boleh terima atau tidak. Kuatkan akal dapatlah mengetahui roh para auliya sentiasa berdamping dengan keturunannya samada kita percaya atau tidak. Jasad telah kembali sebagaimana tuntutan illahi tapi Nur sentiasa wujud sehingga dipanggil pada hari ketentuan illahi di Padang Masyar.
Sekian terima kasih.
Jun 13,2009 at 1:14 pm
askum. sy amat mminati dgn keunikan pulau besar. prtama kali prgi tahun 2005. ketika tu sy xtahu sgt ttg keunikan pulau ini. stelah mmbaca byk berita ttg kehebatan pulau bsar. smangat keinginan bgitu tinggi. stelah sy kaji slidik keturunan sy yg turut brasal dri sana malah moyang sy turut blaja ilmu agama dn mnetap dipulau bsar diwaktu dulu kala. sy prgi kali kdua pd tahun ini. alhamduliah sy dpt apa yg sy mahu. mlah byk pngalaman yg brguna. jika hndak mnrasai kunikan pulau bsar brmalam lah disitu. xprlu prgi brtapa kat makam tu waktu mlm cukup tinggal didlm bilik chalet kat situ sudah dpt mrasai keganjilannya. waktu subuh hari amat tenang dn nyaman bila fajar mulai terbit burung2 sperti menyanyi2 diatas pokok jika diamati seolah2 sprti brckap2 sesuatu. bukan smua org dpt mrasai kenikmatan dipulau bsar. hanya yg memahami. benar2 memahami. sy akan brkunjung lagi kalau allah mngizinkan utk mncari ketenangan dihati. maybe bulan 8 ini insyallah. jumpa lagi. jika sesiapa yg ada pngalaman yg ganjil blh kongsi brsama sy.email farhanarohaizad@yahoo.com
Jun 13,2009 at 2:17 pm
askum. sy dh prgi ke pulau besar. sronok. amat tenang bgi org yg faham. tp sy rasa sedih dn musykil dlm hati bila trlihat knapa ramai pnganut hindu yg terang2 mnyembah makam2 pasang colok dn tabur bunga kuning. ada kain kuning diikat dipokok2. knapa sjarah islam dicemari budaya hindu yg khurafat. sy trkilan sgt2. mereka dtg mnyembah2 makam. mmbawa dulang brisi manisan buah2an utk dismbahkan pd makam. raya loya pandangan matahati sy. kenapa kerajaan melaka biarkan mereka2 mencemari budaya mcm tu. sy bimbang lama2 mereka akan didirikan kuil hindu. wakaf tmpt makan prcuma amat kotor. sy pun sndiri geli nk mkan prcuma nasi lauk kari kambing. geli le tahap kebersihan tk ada. lebih baik makan beli je. walau apa pun pulau besar tempt pranginan yg amat cantik. semoga kerajaan melaka prlihara sjarah islam kita baik2 jngan jatuh ke tangan org hindu lak nnti mcm bt caves..
Jun 17,2009 at 10:12 am
Salam kpd semua komen blog…saya mulakan dengan bismillahirahmanirahim…bercakap tentang pulau besar…berapa org dikalangan kita yang mahir dalam ugama?kebanyakan kita hanya tahu rukun islam dan rukun iman,tetapi ilmu Allah lebih daripada itu.kalau hendak dipelajari lautan pun tak cukup…saya seorang pengunjung pulau besar…jgn kita cakap bukan-bukan…Allah memberi ruang kpd org bukan beragama islam supaya masuk ke dalam islam.Kita yang hidup ni masih tidak tahu adakah kita akan mati dalam keimanan..ok..persoalanmya kenapa kerajaan melaka membina hotel disana?pernahkah kalian terserempak dengan mat saleh memakai bikini dan bersantai ditepi pantai.Adakah ini yang dikehendaki oleh kerajaaan.Pulau Besar adalah tempat kita berdakwah,mendalami rahsia wali-wali…Jika mereka pelihara dengan membina sebuah masjid dan menutupkan makam didalam masjid seperti makam-makam di negara-negara islam yang lain.Pernah tak kalian dengar makam-makam wali Allah dirobohkan…inilah yg terjadi di negara kita…sedihnya…masalahnya ada orang yg cuba mengambil kesempatan dan jadikan tempat itu sebagai tempat pelancongan…boleh bawa mat saleh berbogel,minum arak dan sebagainya….ini adalah keikhlasan kerajaaan…persoalanya apakah keuntungan jika mereka membina tempat itu?kalau hotel ada pulangan..tapi kalau masjid dan pusat dahwah ada apa?tapi mereka tak nampak…jika masjid di bina tempat itu akan hidup ramai dari luar negara akan datang menziarah makam keturunan Rasullah ke 18 Sayyid Sultan Al Ariffin Syed Ismail R.A…hotel hotel akan maju…tempat itu suci…mereka berhijrah lama sebelum kerajaaan ini ada….sama sama kita berdoa agar Pulau Besar dapat dipelihara.Amin
Jun 17,2009 at 10:13 am
kita berdoa…
Jun 18,2009 at 1:19 am
sy suka prgi ke pulau besar melaka. best sgt2. tmpt yg menarik. mmg sesuai utk prgi makan angin dn menenangkan hati. apabila balik dri pulau besar melaka fikiran sy tenang seolah2 apa yg membuat kusut dlm fikiran hilang trtinggal kat pulau tu. pelik kan. sy xbuat apa2 hnya sekadar ssolat kat surau dn brdoa. tu saja. tp fikiran yg berserabut terus lenyap. amat tenang sukar digambarkan pd yg tk faham. sy akan tetap brkunjung kesana lagi bila ada kelapangan. insyallah.
Jun 18,2009 at 5:30 pm
salam..memang betul kata manja…itulah keistimewaaan pulau besar….rahmat Allah…Para Wali mempunyai syafaat Allah untuk mereka Allah qabulkan segala doa mereka…
Jun 19,2009 at 3:26 pm
Salam sekali lagi.
Apa yang benar-benar ada di Pulau Besar? Pandangan Ahli Suluk mengambarkan.
1. Adanya Mahkota berkilauan di bawah tapak Pulau Besar.
2. Adanya Penjaga berupa sesekali seperti Ular besar.
3. Kelibat Makhluk Allah Ghaib berpakaian putih bertubuh Besar.
4. Kelibat 2 Makhluk Allah Ghaib yang bertubuh hitam seumpama Hindu pada zaman cirebon tatkala berlakunya pengislaman pengikut hindu oleh Wali Songo
5. Penghulu Ghaib Makhluk Allah seramai ratusan yang mentadbir pengikutnya yang ribuan memelihara kehidupan di Pulau Besar.
6. Putaran Angin Piung yang bersifat pelaksanaan hukuman atas perlanggaran peraturan keislaman di Pulau Besar.
7. Mungkinkah Pulau Besar Negeri di dalam Laut sebagaimana dikitabkan dalam cerita Nabi Sulaiman?
Persoalan yang perlu dikupas dan dihayati:
a. Apakah Bani Tamim akan berpaksi dan bermula dari tapak perkumpulan para Ulamak, Sejarahawan dan Kesultanan membentuk Ekonomi Baru menyebarkan kaedah Penyiaran Islam di Akhir Zaman?
a. Kemanakah pula pengikut Sultan ariffin Sy ismail dikebumikan? Adakah satunya di dalam Kilang Penapisan Minyak Petronas Sg. Udang? atau lainnya yang seramai 42 orang peringkat lapisan pertama di sepanjang kawasan pantai dan bukit cina Melaka?
b. Perlukah kita kepada titisan Sultan/Ulamak (gabungan dahulukala), Temenggong dan Laksamana sebagaimana Sejarah Melayu dan Islam dipelajari berkaitan Kerajaan Johor Riau Lingga & Kedaulatannya untuk memajukan Pulau Besar. Seolah tanpanya Pulau Besar kelihatan kelam dan suram sebagaimana keadaan sekarang?
c. Apakah dengan berlakunya Persekutuan Kesultanan Tanah melayu dianggotai Malaysia, Thailand, Indonesia, Philipina dan Singapura dapat membantu penyelarasan Melayu Islam di Akhir Zaman?
d. Kenapakah Pulau besar kemudian Gunung Ledang barulah Gunung atau Bukit atau tempat lain menjadi aturan berkhalwat/Bersuluk dalam mencari intipati keislaman dijadikan asas oleh para ahli sufi? Apakah kebenaran kelebihannya?
e. Mukjizat tidak lagi berlaku tapi ilham sentiasa diperolehi. Adilnya Allah taala memberikan ilham kepada yang terpilih hadir di Pulau Besar walau islam atau bukan islam. kenapakah hanya bukan islam atau bukan melayu yang ramai meraikan penghuni Pulau Besar? Kenapakah Melayu islam tidak menyedari mengetahui tentang sebab-sebab mereka tidak mengendahkan perlakuan meraikan penghuni Pulau besar tapi bukan jenis Khurafat.
Sekian. Bolehkan saudara/saudari berikan kupan ilmiah terhadap persoalan di atas?
Jun 19,2009 at 4:39 pm
Asalamualaikum kepada peminat blog ini, Sy telah banyak menziarahi makam-makam para wali Allah, Kalau di Lahore Pakistan Makam Data Dabar,Di Khatmandu Nepal,Di Karachi Pakistan di Chennai India, di Irwadi India Makam Sheikh Ibrahim,Makam Sheikh Abdul Qadir Shahul Hameed Nagore India, baru-baru ini sy dan rakan ke Sri Lanka menziarahi makam , dan tempat Nabi Khaidir dan wali-wali Sheikh Abdul Qadir Gilani dan Sheikh Shahul Hameed bersuluk di Dafter Gilani Colombo dan Puncak Adam Colombo serta beberapa makam wali di Aceh ketika tsunami berlaku di Aceh termasuklah Makam Rasullah,Abu Bakar,Omar,Osman di Madinah dan di Mekah Al Mukarramah,Pengalaman menyaksikan Semua pengunjung yang menziarahi makam-makam tersebut begitu tertib dan penuh penghormatan,dan kalau diIndia mereka hanya membenarkan orang Islam saja menghampiri Makam…dan orang-orang kafir hindu hanya menziarahi dari jarak yang jauh , tapi malangnya di Makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail Pulau Besar golongan kafir hindu ini di benarkan membawa barangan pujaan mereka dengan sewenang-wenangnya termasuklah di Makam Wali yang lain, kalau dulu ada satu rumah berhampian dengan surau di Makam Sultanul Ariffin dan di situlah mereka ini tidur dan mandi, tetapi sekarang golongan kafir ini tidak di benar kan tidur di situ tetapi masih boleh membawa barangan pemujaan…Saya ingin bertanya apakah pembaca doa dihadapan makam Sultul Ariffin menjadi punca mereka ini sewenang-wenangnya datang membawa penyembahan mereka…? Bagi saya golongn kafir Hindu ini kita tidak boleh sekat untuk datang ke Pulau Besar kerana ianya menjadi punca rezeki peniaga di sana…tetapi ada kaedah yang boleh menghindar mereka ini memasuki kawasan perkuburan Islam , tempat sejarah dan keagungan Islam di Pulau Besar,selain di pagar kawasan tersebut harus ada sistem zon larangan Non Muslim harus di Wujudkan dan diharamkan mereka ini membawa segala peralatan pemujaan, termasuk juga orang Islam ,Ketika mereka sampai di Jeti Pulau Besar hendaklah ada tempat satu pemeriksaan bagi memantau barang yang di bawa,juga poster-poster atau papan-papan tanda dan dan larangan barang yang di bawa di Pulau Besar
Jun 19,2009 at 9:23 pm
asalamulaikum…apa yg best pulau besar tu..nmpk mcm biasa. sy dh prgi tpi xnmpak pulak ratusan makhluk ghaib kat situ..ntahlah…kot2 makhluk ghaib takut tgk sy tak. tringin gak nk jumpa makhluk ghaib ni. sudi ke dia nk brkawan dgn manusia. blh le jdi sahabat nnti. atau bawa balik kerumah buat teman. hehe
Jun 21,2009 at 8:27 pm
salam kpd saudara rahim…saya sangat bersetuju dengan pendapat saudara rahim berkenaan pulau besar…sepatutnya kita pelihara agama kita dan juga makam-makam wali kita supaya tidak tercemar…andainya jika kita biarkan asal usul Saiyyid Sultan Al Arrifin Syed Ismail RA akan hilang dan muncul benda-benda baru yang mengatakan wali Allah itu tak benar dan sebagainya..hanya kerajaan saja yang dapat melakukkan sesuatu….bagi zali…jin atau benda ghaib boleh mendampingi kita jika Allah mengizinkan….tapi satu jgn minta kerana anda tak akan tahan…taubatlah….salam en sabri…sejarah kalau di melaka atau penduduk umbai sendiri zaman tok nenek moyang mereka kenal siapa penghuni sebenar pulau besar….satu satunya wali Allah dan pengikutnya…tanpa pengawalan sempurna dan pengawasan kini pulau tercemar dgn golongan ambil kesempatan…Allah Maha Besar…Hanya Dia saja yg ketahui segalanya…harap kerajaan melaka melakukkan sesuatu menjadikan pulau besar sebagai pusat dakwah terbesar malaysia dimana tempat mempelajari ilmu islam…
Jun 22,2009 at 11:33 am
Salam semua,
Saya n family akan ke pulau besar hujung minggu ini – setelah lebih 20 tahun tak ke sana. Hati begitu seronok sekali bila mengenang zaman kanak2 bila melawat pulau yang sungguh suci dan indah ini dulu. Betulke masih ada pengginapan Chandek Kura, if yes Alhamdulilah….
Saya juga amat berminat untuk mendapatkan buku MENYINGKAT MISTERI PULAU BESAR oleh Ana Fakir, di mana agaknya boleh dapatkannya.
Will update you all bila pulang dari Pulau Besar nanti…
Syukran…
Jun 22,2009 at 2:47 pm
Salam Lagi…
Cara Pengawalan secara logik Akal di Pulau Besar:
1. Pulau Besar khususan untuk mereka yang boleh menerima peraturan-peraturan yang menurut kaedah Islam. Tidak semestinya yang bukan islam tak boleh melawat, hanya perlu mengawasi diri tidak melakukan perkara yang dilarang sebelum tiba ke Pulau besar.
2. Papan tanda peraturan di Pulau besar diletakkan di Pengkalan ferry tanah besar dan Pengkalan ferry Pulau besar. Ia berupa nasihat dan panduan sahaja. Jangan sesekali menghebahkan peraturan keterlaluan sehingga orang bukan islam takut berkunjung. Kaedah sistem penjagaan kesihatan diri. penjagaan rumah dan penjagaan kawasan diterapkan melalui nilaian islam yakni kehidupan islam masa kini bukan seperti dahulukala.
3. Kaedah dialog dengan penghuni Pulau Besar yang akan diterapkan pada papan tanda membahagiakan kedua belah pihak Makhluk Allah. Samada yang manusia kasar ataupun manusia halus boleh hidup bersama dalam ssesuatu kawasan tanpa pra-sangka buruk.
4. Manakala Mahluk Allah yang kasar, bukan islam dan banyak membuat gangguan di pindahkan secara hormat ke Pulau Lain sekitarnya seperti Pulau Undan ataupun Pulau Hanyut. Mahluk ini boleh mengikut perintah sebagaimana telah dipraktikkan pada zaman Nabi Sulaiman.
5. Dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka, Pertubuhan Dunia Melayu Dunia Islam, PERZIM, PKNM dan Persatuan Sejarah Melaka bersekutu dengan Syarikat Korporat boleh membangunkan Pulau Besar dan Sekitarnya menjadi umpama Sebuah Negeri Dalam laut yang diuruskan oleh sebuah Perbadanan Khas gabungan insitusi terpilih. Kerajaan Melaka hanya perlu memberi restu dan sokongan sahaja kerana terlalu banyak birokrasi dan rintangan berkaitan undang-undang sekiranya perlaksanaan di buat oleh Kerajaan sendiri. Contoh yang ada di Pulau besar seperti Putra Island Resort telah terbukti kekurangannya walaupun mempunyai wang yang banyak.
4. Masyarakat suka menilai sahaja dengan kritikan yang zalim tanpa menyedari ke tata susilaan di Pulau Besar. Pihak Swasta yang mengambilkira Faktor Sejarah, Keislaman, Kebudayaan, Ekonomi yang berkekalan, Geologi, Archeologi dan Maritime mampu mengubah keadaan sekarang kepada suatu kawasan dan tempat yang amat berdaya saing dan berkemampuan dikenali, diterima dan digunakan oleh Seluruh Dunia dan Nusantara.
5. Dengan adanya Program Penghayatan Islam di Pulau Besar seperti pembacaan Al Quran bergema dari Pulau Besar, Berzikir setiap malam dan Berdoa, Mana-mana yang kufur dan syirik akan lari lintang-pukang. Yang tinggal mereka yang mengamalkan Islam Ad-din sahaja.
6. Bila program ini berlaku, Kesemua Pesantren di Indonesia, Sekolah Pondok di Malaysia, Pusat Tarbiyah di Filipina, Sekolah Agama di Brunei dengan sendirinya akan berkiblat di Pulau Besar. Allah akan mengilhamkan mereka hadir di Pulau Besar menyahut Fisabillillah dengan menghantar para Ulama, Tok Guru, Pak Kiyai dan para ustaz berkumpul membahas, berdebat, membuat ketetapan dan perlaksanaan jurus-jurus penyiaran Islam di Akhir zaman.
7. Hidup sentiasa ada perubahan. Begitu juga dengan kawasan. Setiap tahun atau ikut generasi/dekad Pulau Besar akan kembali sinarnya sebagaimana yang kita ketahui tentang sejarahnya.
Percayalah dan semat dalam hati Pulau Besar jika diolah dengan kebenaran ia dapat merubahkan imej Malaysia kearah Penyatuan islam sebenar di Tanah Melayu/Malaikat.
Saya pohon disini kepada semua pengunjung laman. Mulai hari ini berdoalah kepada Allah untuk kejayaan pembangunan islam di Pulau besar. Andalah yang boleh mengubahkan situasi yang tidak baik pada hati kita tentang Pulau Besar kepada Maju dan Makmur. Doa yang ikhlas dan mempunyai fokus adalah kejayaan sebenar umat islam. Wang Ringgit tidak mampu membeli atau membayar doa anda. Tak payahlah kita merungut tentang kelakuan orang lain yang mengambil kesempatan di Pulau Besar. Semuanya akan terhalang dengan sendirinya hasil doa anda yang tertulis di Loh Mahfudz.
Jun 23,2009 at 9:26 pm
salam kpd saudara sabri…saya berasa sangat bersykur kpd Allah swt kerana saudara benar2 faham akan kedudukan sebenar pulau besar dan saya sangat bersetuju dgn pendapat saudara begitu hendaknya lah pulau ini akan menyerlah…sebenarnya para-para umat islam malaysia patut bersyukur kerana wali Allah inilah mungkin dengan doa dan berkat mereka malaysia terlindung daripada segala bencana…sama sama kita berdoa agar kerajaan negeri melaka akan mengambil langkah yang sewajarnya…..
Jun 24,2009 at 1:02 pm
Salam Sejahtera kpd Zan,
Terima kasih atas kemurnian hati boleh menerima dan memberi pendapat yang di adaptasi secara konsensus. Sekiranya Zan orang yang pertama boleh melihat pandangan yang jauh seumpama “jauhari mengenal manikam”, akan ada pula org kedua, ketiga dan seterusnya kpd jutaan umat islam di nusantara ini. Tanpa pertama tiada kedua, tanpa Siti Khadijah Nabi Muhamad tiada memperoleh rangsangan yang kemudiannya datang Saidina Ali dan seterusnya.
Ingin yang bentangkan dlm simpanan saya adanya salah-silah keturunan Nabi Muhamad menerusi anaknya Fatimah dan cucunya Saidina Husin/Saidina Hassan hingga seterusnya Sayid Husin Jamalul AlKubra sampai kepada perkahwinan/pengabungan antara Sultan-Sultan Tanah Melayu dengan Khulafah Al Rashidin yang dahulukala menjadikan keturunan Melayu sesuatu yang amat istimewa hasil titisan rasullullah.
Kerana itu Kesultanan Melayu dahulu berdaulah kerana pegangan islamnya yang teguh disamping darah keturunannya seperti yang dicatatkan dlm kitab di mana Keturunan Nabi Muhamad tidak akan dan tidak boleh menerima sedekah.
Hiraki keturunan nabi melalui saidina Hassan/Saidina Husin bercambah di Tanah Melayu. Hiraki ini boleh dijadikan alatan pelancungan sejarah keturunan di mana pada masa kini ramai ahli keluarga di Malaysia mula berkumpul direkodkan menjadi keluarga besar seperti Al Idrus, Al Atas, Al munir dan lain-lain.
Dengan diletakkan hiraki ini di Pulau Besar. Mana-mana Keluarga Melayu Islam yang ingin mencari jaringan keturunannya dapat menjadikan ia sebagai panduan. Di samping itu Hiraki ini boleh diperbetulkan/diperkemaskan lagi dengan fakta-fakta sahih jaringan kekeluargaan sedia ada oleh mana-mana individu.
Bayangkanlah sekiranya dipromosikan keseluruh Nusantara bagaimanakah kejadian yang akan berlaku nanti di Pulau Besar.Ramai orang kita mencari-cari siapa dirinya siapa moyangnya, mungkin hiraki ini dapat menterjemahkan kemusykilannya.
Semoga kita dapat saling bertukar maklumat dan pengetahuan untuk kebaikan ummah.
Sekian
Jun 25,2009 at 9:10 pm
asalamulaikum….betul ke kalau kita berdoa kat makam sultan ariffin sheikh ismail hajat kita akan terkabul. mcm best jer..teringin nk pergi….byk ni nk minta doa dan nazar pun ada ni…..
Jun 25,2009 at 9:15 pm
nazar nk kaya..murah rezeki…terkabul ke…. nk bela puteri bunian blh ke.. klau blh best tu…blh minta ubat tiap2hari penyeri muka ke..mcm2 lagi le…minat sgt2 ni nk cari puteri bunian.. ada sesiapa2 blh tunjukkan cara mcmane nk jumpa puteri bunian…