Jangan ganggu saya. Saya perlukan sedikit ruang untuk sepi.
Kursus Nilai Bersama yang berlangsung di Institut Latihan dan Dakwah Islam Selangor (ILDAS) minggu lepas masih berbekas. Bukan kerana kesan kursus itu. Tidak. Kursus itu tidak berkesan apabila terdapat beberapa kakitangan yang tidak menunjukkan minat mengamalkan nilai-nilai bersama yang diunjurkan dalam yayasan ini.
Ilmu -Prihatin -Integriti – Disiplin – Kerjasama.
Lima nilai yang telah sebulat suara diterima pakai. Namun, tidak sejauh mana dipraktikkan. Hal ini betul-betul menggangu jiwa saya.
KOMA
“Kenapa mata awak,” tanya urus setia pagi subuh itu ketika tazkirah subuh dijalankan.
“Tak dapat tidur kak. Saya diganggu sepanjang malam,” seru saya sejujur mungkin.
Kakak urus setia agak ternganga dan berpandangan sesama mereka.
“Ganggu macam mana?” Soalnya lagi dengan minat.
“Diganggu novel,” jawab saya sambil tersengih-sengih menahan mata yang pedih.
KOMA
“Malam itu, saya nampak ada lembaga di penjuru katil saya. Budak katil sebelah juga melihatnya. Bukan saya sahaja yang diganggu, malahan sejak kumpulan pertama berkampung di sini, sudah timbul cerita yang berasas. Bezanya, mereka siap dengar suara mengilai-ngilai lagi,” cerita seorang teman melalui sistem pesanan ringkas [sms].
“Aaaa…biar betul,” jawab saya agak keseram-seraman. Teringat lawak ‘gangguan novel’ yang saya lakukan subuh tadi.
Patutlah kakak urus setia agak serius. Saya syak ketika saya melayan novel malam itu yang membawa ke pagi, dan berjalan sendirian ke tandas lebih kurang pukul 4 pagi, ketika itulah ‘gangguan’ di asrama lelaki berlaku.
Aduhai seramnya.

Ogos 15,2008 at 1:09 am
kau jangan main main…kat skool kang pun dorang datang…ramai histeria!
Ogos 15,2008 at 1:41 am
Ildas? Yang kat Sabak Bernam tu? Aa..memang pun kak. Adik saya kat sekolah sebelah Ildas tu pun selalu cerita.
Ogos 15,2008 at 12:34 pm
itulah..kadang2 lebih baik tak tahu daripada tahu..dah tahu..tak pasal keseram-seraman pulak kan..
4 pagi pergi ke tandas tu…seram..
Ogos 15,2008 at 4:06 pm
Mesti hantu tu tak minat membaca. Kalau tak mesti datang dekat punya
Ogos 15,2008 at 5:04 pm
tombol pintu mu ku buka
maaf aku terlewat
mungkir pada janji
ku susun sepuluh
mohon maaf
namun aku lega
kerana telah menunaikan janji
untuk singgah di teratak ini…
salam perjuangan kak zalila!!!
Ogos 15,2008 at 10:47 pm
kala sepi sepi ni memang seram skit kan….tapi teruskan ruang ruang kesepian yang kau mahukan tu…
Ogos 15,2008 at 11:18 pm
huhu seram jugak..
doakan la diminta dijauhkan benda2 itu..
Ogos 16,2008 at 5:03 pm
Sudah mau diusik hantu pun masih mahu sepi-sepian keseorangan! Nanti hantu itu datang cekit bagaimana kamu? Mau lawan jugak ya dengan hantu itu? Kalau hantu dalam novel tak per la jugak …
Ogos 16,2008 at 5:54 pm
salam..
tu dia si bayan..sana sini dia pegi.. kejap situ kejap sinun , hari ni sini, esok sana..
apakah rahsia stamina anda..kalau boleh kongsi2kan..:D
Ogos 21,2008 at 4:19 pm
Cikgooden : Main-main? Tak lah. Cuma teruja dengan konsep histeria yang hanya melanda orang Melayu dan Islam.
Atiqah : Yup, Ildas kat Sabak Bernam tu la.
Juliana : Hahahha, kerana tak tahu la maka berlenggang kangkung ke tandas pukul 4 pagi. Kalau tahu, ermmmm….
Shimi : Itu la pasal, nasib baik laaa….
Shamsiah : Maaf jika terlanjur kata menyakitkan hati ketika di sana. Selamat datang ke blog cacmerba ini.
HE : Yup, Tidak semua orang faham ‘ruang’ yang kita perlukan.
myadlan : Tawakal je la. Tak payah fikir sangat kalau berada di tempat-tempat begitu.
izrittzz : Hantu tak suka sepi. Sebab tu dia mengilai. Hahahhahha…
Iris : Anda bertambah sopan sejak kita bertentang mata. Hahhaha….Saya hanya kuatkan semangat dan melakukan sesuatu dengan suka dan rela. Maka apa yang kita lakukan tidak akan memenatkan. InsyaAllah.
Oktober 7,2008 at 7:43 am
sbb x usha atas iman… bla iman yakin betul xda masalah. yg masalah bla iman yakin salah.. cba la usha melalui dakwah Allah akn kuat kn iman kta yakin akan jd btl. hr ini takut kta pd akhirat lemah sbb 2 takut yg mcm2. dlm kubur nanti soang2 je.. ape keadaan kta bgantung pd usha kta msa hidup skg ni..
Oktober 7,2008 at 7:51 am
kta mau bwk manusia takut pd Allah bkn tkut slain drp Allah. guna cra yg btl utk usha atas iman.. cra yg btl ikut sunnah nabi insyaAllah.
Oktober 9,2008 at 3:46 pm
fathul : Iman yang lemah banyak faktornya.
Oktober 12,2008 at 7:46 am
faktor petema iman lemah sbb kta x usha ats iman kta brbanding klu kta pnya duit kurang kta akn usha tuk tambah tp dlm bab iman bla lemah kta x usha tuk tambah.bla duit krang kta risau tuk tmbah tp iman kta xda risau pun.kta tgk cth org yg tlh bjaya ia2 sahabat2 r.a. bla iman d ushakn yakin akn dtg takut pd makhluk akn hilang n takut pd khalid(pencipta kta) akn dtg.apa alamat yg kta tkut pd pencipta kta? bla dsebut nama ALLAH maka gementarlah hati kta.
Oktober 12,2008 at 7:51 am
mana2 tempat pun kta kna usha kn iman kta. dunia akn jd btl bla manusia ushakn ats iman dn dunia akn rosak bla manusia tggl kn usha ats iman.buat usha ats iman dn sdiakn org lain tuk usha kn ats iman.
Oktober 12,2008 at 11:30 pm
ish bonar je kau nih…aku pnh gi seminar kat situ gak…okeh je no problem…kul 4 -5 pagi gak ar baru lelap time tuh
Oktober 13,2008 at 9:26 pm
laut, entahlah…Nak kata percaya, tak juga. Tak percaya, benda dah berlaku. Takkan kawan2 satu bangunan lelaki tu pakat nak buat cerita bohong pulak. Yang terjumpa pangkat ustaz pula tu.
Yang pasti dunia ni dihuni bukan sahaja makhluk manusia tetapi juga Jin. Dan syaitan memang lahir untuk sesatkan manusia.
April 4,2009 at 2:56 pm
salam..dik..
ape maksud adik bkenaan ceramah nilai tu..
kakitangan x menunjukkan minat?
April 4,2009 at 3:52 pm
Ya. Mungkin mereka fikir mereka telah mengamalkan nilai tersebut atau mereka fikir nilai tersebut bukan apa-apa.