“Bukankah kita saling melengkapi? Tanpa kamu saya tak mungkin wujud. Dan tanpa saya dunia kamu akan gelap,” jelas iris mematikan tingkah kami petang itu.
“Ya, dunia saya pasti gelap tanpa kamu,” sahut saya perlahan.
Hari itu sudah masuk hari yang ke berapa minggu saya mengalami kesukaran membaca. Idealogi lama untuk memelihara iris dengan membajainya melalui pemakanan yang sihat seperti lobak merak dan juga menjadikan ‘bayi lobak’ sebagai snek tambahan tidak menjadi.
Dulu, waktu sekolah iris pernah buat hal sehingga terpaksa memakaikan baju yang comel buat iris yang berkesudahannya tidak selesa buat saya. Nak tak nak terpaksa juga benarkan iris memakai baju itu memandangkan saya memerlukan iris untuk melakukan banyak perkara dalam hidup.
Kali ini ragam iris bertambah teruk. Bukan sekali Iris tidak mahu berkompromi sehingga saya tidak selesa dan melepaskan hasrat untuk melakukan banyak perkara.
Cuba membajai iris dengan pemakanan yang sihat. Namun, mungkin faktor usia membuatkan iris semacam tidak boleh dibajai lagi.
Hari ini, genap seminggu saya bersama iris dan imej terbarunya. Ramai yang kata saya comel dan nampak anggun dengan ‘baju’ iris yang terbaru. Saya tidak nafikan itu.
Saya masih mencari keserasian dengan ‘baju’ iris yang baru ini. Memang rasa bezanya. Perjalanan semakin mudah, dan banyak kerja harian dapat dilaksanakan dengan baik. Terutamanya kerja-kerja yang melibatkan pembacaan. Saya suka. Walaupun agak mahal, saya tidak kisah asalkan iris dapat bertenang dan tidak rajuk-rajuk lagi.
Ternyata baju yang dipadankan dengan iris sangat sesuai dan menepati kehendak saya. Terima kasih banyak-banyak kepada staf dan pemilik kedai Iris yang menawarkan khidmat nasihat yang bagus buat saya.
Saya kenal dengan pemilik kedai ini sudah lama. Sejak ia mula beroperasi di Senawang. Dan alhamdulillah, demi kepercayaan terhadap kemampuan mereka, saya sanggup meredah perjalanan lebih kurang sejam ke sana demi kebaikan dan kecintaan terhadap iris.
Cuma, alahai….lecehnya bila iris dah berbaju ni. Nak ambil gambar susah!

Ogos 1,2008 at 4:18 pm
Owh … awak dah berubah wajah Bayan! Ehm aku tau … dengan berbaju, iris awak agak kurang selesa bila menggunakan kamera. Sebab itulah aku sering gantungkan baju iris kat butang baju bila menggalas kamera. Tapi sekarang hampir 3 minggu aku dah tak mengenakan iris dengan bajunya sebab aku dah cuba merawat iris dengan titisan mujarab sebanyak 5 kali sehari … Alhamdulillah iris aku tak gatal-gatal lagi, tidak serabut dan yang pentingnya aku boleh membaca jarak dekat tanpa gangguan lagi. Esok aku ada di Stadium Shah Alam untuk mempromosikan permata iris!
Ogos 2,2008 at 5:22 pm
cuba faham…baca 4 kali..he..hee..he. perlambangan yang baik!
Ogos 2,2008 at 10:35 pm
Aku pun nak kena ada iris juga la mcm ni…
Ogos 3,2008 at 2:12 pm
Di tangan seorang kreatif, segalanya boleh menjadi kisah yang menarik: sajak atau cerpen.
Semoga benih kreatif Sdri kian menghijau dan tumbuh menjadi pohon.
Terima kasih kepada Tuhan yang selalu memberi dan mengizinkan kita saling berkongsi dalam batasan yang wajar.
Ogos 3,2008 at 4:02 pm
cik bayan,lama-kelamaan pasti biasa megambil gambar smbil iris berbaju…
Ogos 3,2008 at 6:30 pm
izrittzz : Memang tidak selesa. Terasa menggunakan kamera kompak sahaja. Nak guna juga, takut calar pulak. Aduhai, kena tanggal juga akhirnya.
Cikgooden : Maaf, mungkin perlambangan saya kurang baik sehingga menyebabkan anda membacanya 4 kali. Akan cuba belajar lagi.
HE : Bukankah iris anda sudah berbaju?
Marsli N.O : Kreatif yang kadangkala. Tidak setanding saudara yang bijak bermain kata. Satu perkataan boleh dibiak menjadi bait sajak yang menarik. Saya suka sajak ‘lelaki tua dan sekuntum dahlia itu’.
Ed : Saya cuba…
Ogos 4,2008 at 1:30 am
haha..
kebingungan memikirkan apekah itu iris..
saya juga baru menukar ‘baju iris’ yang baru n lebih bergaya..
mmg susah jugak nk menggunakan kamera DLSR. nk senang guna point&shoot jela.. hehe
Ogos 4,2008 at 11:12 am
Adlan, sebenarnya saya tak tahu aspek yang bagaimana yang saya perlukan untuk iris ni. Semasa di Iris Optometry, saya hanya tanya bentuk lens yang sesuai dengan bentuk wajah saya dan spek yang tidak menyebabkan tudung saya kembang kiri kanan bila saya memakainya.
Ogos 4,2008 at 2:43 pm
Wah. Bijak kamu bercanda, ya?
Satira + Kacau
Ogos 5,2008 at 10:14 am
satira + Kacau , bercanda dengan bahasa perlukan akal yang waras.
Tapi, saya selalu tak waras. Maknanya saya bukan bercanda, tapi jiwa + kacau.