“Apabila terasa ingin menangis, kau jemputlah aku,” kata ribut.
“Ya, aku akan menjemputmu ribut, agar tiada siapa tahu aku sedang menangis, tersedu dan lesu,” kataku.
Sejak akhir-akhir ini saya sibuk dan sengaja menyibukkan diri. Fahamilah, saya tidak perlukan ketenangan dari kamu kerana dalam ribut yang sengaja saya ciptakan ini, ada ketenangan yang mampu saya perolehi.
Saya sibuk dengan pelbagai perkara. Letih dan sangat melesukan tapi manfaatnya lebih baik dari membiar diri melayan jiwa yang kadangkala tiada ‘kimia’ dengan akal. Percayalah, Jika kamu sedang tertekan, sibukkan diri [dengan yang bermanfaat]. Ini bukan konsep melarikan diri, tetapi lebih kepada menyelamatkan diri dari perkara yang memudaratkan.
Gambar-gambar di bawah adalah kesibukan yang banyak membantu saya. Akan saya ulas tentang kesibukan ini jika ada ruang.
KL Fringe Festival ‘08
Bengkel Asas Penulisan oleh PEN
Sukan Tadika YADIM
Beli buku lagi walaupun yang ada masih banyak yang belum diteroka.




Julai 21,2008 at 3:42 pm
Owh… aku pulak suka ke Low Yatt Plaza kalau agak tension dengan kerja. Tapi aku jarang tension mungkin sebab aku suka komputer … sambil buat kerja aku boleh jalan-jalan ke lelong.com! Minggu depan aku ke LYP lagi… Kamu sibuk Bayan?
Julai 21,2008 at 4:01 pm
Siapakah ‘kamu’ itu?
Iman Sufia menyibukkan diri dengan memejam mata sambil disulami bunyi2 halus dan juga kasar…
Julai 21,2008 at 4:10 pm
Izrittzz : Ya, setiap orang lain caranya. Saya ada ‘kesibukan’ yang tidak di duga. Jadi tidak boleh janji sama ada saya sibuk atau tidak.
Iman Sufia : ‘Kamu’ dalam frasa entri di atas merujuk kepada ’siapa-siapa’ sahaja. Cara kamu dan saya berbeza. Itu bermakna kita punya cara berbeza untuk dapatkan sesuatu yang kita inginkan.
Julai 21,2008 at 4:12 pm
moga lebih tenang
Julai 21,2008 at 5:02 pm
tahniah cik bayan kerana membusykan diri membuat perkara2 yg elok…
Julai 22,2008 at 2:48 am
tengah menjeling sang bayan yang tekun bekerja membusykan diri. Tak mau kacau!
Julai 22,2008 at 9:53 am
nickmenza : Tenang bagi kita berbeza. Doa kamu,harap tuhan mendengarnya.
ed : Terima kasih ed yang banyak menginspirasi.
cikgooden : Jangan jeling je. Buatkan air untuk saya. Ngantuk ni….hahahhaha
Julai 22,2008 at 10:06 am
Hai, hari ni kamu sibuk demngan bahagian mana pula Bayan? Editing jurnal… buat jurnal atau … terbitkan jrnal? Selamat berkarya!