Dia terkejut apabila sebuah kereta mencuri laluannya tanpa memberi isyarat lampu. Dan sedikit kata-kata ‘jahat’ meluncur laju…
Seorang teman. Yang agak rapat dan baik. Baru bertukar semula ke Semenanjung dari Sabah setelah lima tahun bekerja dan menetap di sana.
Setibanya di Kuala Lumpur.
Perkara pertama yang dirungutkan ialah jalan raya yang bersimpang siur dan sesak menyebabkan beberapa kali dia tersilap jalan serta ketidaksopanan pengguna jalan raya di sini.
Saya hanya senyum padanya ketika dia sibuk membuat ‘liputan selari’ tentang tabiat pemandu di sini dan sesekali membandingkan ‘keselesaan’ di Sabah.
Saya tidak berkata apa. Cuma berharap selepas ini dia tidak pengsan melihat dompetnya akan nipis tiba-tiba akibat terpaksa ‘menderma’ tanpa pahala untuk sejumlah tol yang menghiasi jalan raya di Kuala Lumpur ini.
Berulang dari Klang ke Bukit Jalil bukanlah sesuatu yang boleh menjimatkan wang. Tetapi saya tidak akan menasihatkan dia untuk berkhemah di tepi pejabat.
Buatlah yang terbaik. Kerana kamu (rujuk pada teman), telah memilih untuk berada di sini. Bersama jiwa-jiwa di sini yang separuh daripadanya saya percaya adalah jiwa israiliyat…

Julai 17,2008 at 3:29 pm
Owh, kasihan teman itu … dia terpaksa membiasakan diri dengan keadaan karu-biru ddi sini. Tapi percayalah … ia akan menjadi biasa dan tidak merungut lagi!
Julai 17,2008 at 10:23 pm
adui…jgn sebut sabah da….teringat kesah lama.betul. kat sana tak berserabut, berselirat macam kat sini.sungguh.percaya la..
Julai 17,2008 at 10:34 pm
hehehe
Julai 18,2008 at 10:43 am
Nasib kat KL, kalau di New York lagi dia terkejut
Julai 18,2008 at 11:31 pm
kesian dia..adakah itu permintaan dia untuk pindah ke sini ?
Julai 19,2008 at 6:00 pm
hehehe… pengalaman ngeri… dulu masa first time drive kat kl; nak pegi kajang. salah simpang terus sampai kelang.. wakakaka.
tapi rasanya drive kat kampung lagi siksa.. didepan ada keta dipandu pakcik dengan kelajuan 40 km/j.. siap hisap rokok dengan nyamannya !! saborrr jer la
Julai 21,2008 at 1:25 am
sampai ke senawang dah rupanya bayan.. Di situ, kami terkejut. hehe
Your spectacle will be ready as soon as possible. Thank u for ur business. Caiyookk bayan.
Julai 21,2008 at 9:29 am
Izrittzz : Alah bisa tegal biasa. Harap dia akan biasa.
Cikgooden : Lain padang lain belalangnya.
Iman Sufia : Bagaimana dengan ‘padang’ yang baru? Serasi tak?
Shimi : Kalau sesak je tak pe. Di KL ni bukan sahaja sesak, tapi tak berdisiplin. Itu yang haru.
Avataraang : Ya, supaya dekat dengan keluarga katanya.
Abanglong : Kat mana-mana pun sama. Sabar dan berpengetahuan itu yang penting.
Iris : Jangan terkejut ye. Rugi tak jumpa bos kedai. Kalau tak mesti dia bagi servis terlebih baik kan? Jangan lupa diskaun tu.