Malam ini sejak pukul 9 malam tadi, pendengaran dan penglihatan saya dipenuhi dengan hujah-hujah tentang isu kenaikan minyak. Panas tapi tenang. Itulah debat yang seharusnya berlaku antara dua pihak yang mempunyai pendapat yang berbeza.
Perdebatan antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seharusnya dinilai dari sudut kehebatan berpidato, tetapi yang penting adalah aspek kebenaran dan realiti.Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, aspek itu yang penting untuk difahami rakyat kerana jika petah sekalipun, ia tidak bermakna sekiranya fakta diputar belit dan dipesongkan. (Utusan Online, 12 Julai).
Kenapa saya yang cetek isu semasa dan politik ni, boleh dapat bezakan antara fakta dan escapisme yang berlaku kepada salah seorang pendebat?
Rasanya semua penonton dapat menilai siapa yang berdebat atas dasar fakta dan siapa pula yang asyik mengemukakan hujah escapisme sambil membuat serangan peribadi bertubi-tubi kepada pihak lawannya?
Aduhai, rakyat sekalian, melalui debat ni, pilihlah pemimpin yang benar-benar tidak memeningkan anda dengan hujah putarbelit dan cakap seperti bukan seorang pemimpin ‘yang dipilih rakyat’.
Debat yang paling menarik yang membuat saya semakin mengerti bahawa;
“kalau kita tak punya banyak fakta tentang isu yang didebatkan, lebih baik kita buat serangan peribadi dan juga hujah escapisme. Sekurang-kurangnya kita tidak dicap KAKI TIDUR”
Cuma 50 minit untuk isu yang besar. Aduhai, masih sempat tidur?

Julai 15,2008 at 11:40 pm
Jika Tun Dr Mahathir yang memerintah, pasti beliau akan berhadapan dengan DSAI!
Julai 15,2008 at 11:42 pm
Oooh ye… Terima kasih cik bayan kerana menulis entri ini 56 minit selepas tamat debat.
Ternyata telahan Iman Sufia tidak meleset sama sekali!
Julai 16,2008 at 12:04 am
Ya, ibu aku yang tak baca akhbar, tak baca blog, tengok Sindarella (tapi malam ini Sindarella dikorbankan) pun masih mampu menilai cakap siapa berfakta dan cakap siapa berdalih!
Julai 16,2008 at 12:16 am
[...] Debat Isu Minyak : Fakta dan Escapisme [...]
Julai 16,2008 at 12:41 am
Apakah Pak Lah (boss Shaberi) suka dengan prestasi Shaberi? Itu yang penting baginya kerana budaya politik sudah begitu – gembirakan boss anda untuk meningkat dengan apa cara sekalipun.
Julai 16,2008 at 8:52 am
Saya melihat serangan peribadi itu walau tak kena tempat memang tepat,ala baca ajelah analisis cikgu saya di http://rymza.blogdrive.com ha ha ha (malas nak ulang tulis)
Julai 16,2008 at 9:03 am
Alahai debat punya pasal sy korbankan sinderela..awatnya tak siap ayaq n tisu..siannya kat sorang tu sampai berbuih mulut kuar ayaq liuq lagi……
Julai 16,2008 at 12:49 pm
7 hari 7 malam isu debat nie akan jadi persoalan, rasanya masing2 tengok, sendirilah buat kesimpulan…
Julai 16,2008 at 2:56 pm
Debat tersebut sepatutnya menumpukan hujah kepada “pro and cons” menurunkan harga minyak,malangnya Shabery Cheek seperti orang menyelam sambil minum air dengan menggunakan ruang yang singkat itu untuk menghentam track record DSAI dan dengan acapkali mengulangi cerita DSAI ditahun 70an dan 80an yang tidak sejajar dengan keadaan perkembangan politik dan sosio-ekonomi pada hari ini.Kematangan berhujah adalah merujuk kepada penumpuan sebenar bagi mengutarakan hujah hujah bersandarkan tajuk debat bukan dengan menghentam peribadi atau track record seseorang.Sekiranya berpegang kepada format debat, hujah Shabery Cheek telah keluar dari tajuk dan dari pemahaman kita terhadap format debat, sekiranya hujah yang diutarakan terkeluar dari tajuk asal maka secara nyata ianya menunjukkan kekalahan tanpa perlu disangkal lagi.Saya percaya sekelian rakyat yang menyaksikan debat tersebut bijak menilai kredibiliti hujah dan kredibiliti pendebat.
Akhirkata sekalipun debat ini tidak mampu lagi untuk menurunkan harga minyak namun kita sebagai rakyat yang bijak berfikir dan terdedah dengan segala macam informasi global terhadap fakta minyak ini akan tentu merasakan ianya sesuatu yang sudah cukup jelas mencerminkan bagaimana kegagalan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara hasil dari duit minyak dengan berterusan mengeksploitasi kadar harga kenaikan minyak global dan menyimpulkan bahawa penurunan harga minyak hanya akan mengundang kadar inflasi yang tinggi.
Julai 16,2008 at 10:19 pm
Aku rasa walaupun dalam masa yang singkat dan dalam keadaan yang agak tertekan … DSAI mampu memfaktakan keadaan sebenar tak seperti Sabery yang hanya mampu berbuih mulut dengan kata-kata yang kosong!
Julai 17,2008 at 10:50 am
Iman Sofia : Ya, Tun Mahathir. Tapi masa ini, Shabery adalah hero. Berani tampil sedangkan yang lain mungkin sedang tidur.
Mudin : Hahahaha…Kecik hati Shabery dengar tok cakap macam ni. Ya, Sindarela terpaksa dikorbankan. Rugi juga tidak melihat telatah Makcik Mary dan Faizul kerana dua watak itu yang menghidupkan cerita Sindarela.
Rastom : Entah. Pak Rastom rasa bagaimana jika berada di tempat Pak Lah?
Mardhiah : Setiap orang ada pendapat tersendiri.
Nuriman : Hahaha…rugi tak tgk Sindarela terutama bab Makcik Mary dan Faizul yang hampir di bunuh di dalam hutan. Tapi tak pe, saya pun tak tengok. nak tengok layari TV3 online.http://www.tv3.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=500&ShowID=522&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=18000&VideoID=14603
Kemat : ya…7 hari 7 malam. Dan mungkin lebih.
Ir mahfuz : Terima kasih berkongsi pendapat.
Izrittzz : Pemimpin harus bertenang dan bijak.
Julai 17,2008 at 2:09 pm
salam perkenalan….korbankan sindralela kerana debat. jalan terbaik jimatkan minyak, beli motor bayan