Gadis : Awak dah berubah kan? Tak macam dulu…
Jejaka : Lebih baik daripada awak yang tak berubah….
Maka ’sekali air bah, sekali pasir berubah’ menjadi hukuman yang dikenakan ke atas jejaka dan gadis.
Kata gadis, jejaka umpama pasir. Berubah-ubah. Memeningkan.
Jejaka diam. Katanya gadis umpama ombak. Tak berubah. Memukul pasirĀ tanpa belas.
Gadis pula senyap. Wajahnya kelam. Dia berlalu. Meninggalkan tapak-tapak kakinya, di dada pasir.
Jejaka hanya memandang. Kemudian menjerit kepada gadis ;
Sekurang-kurangnya gadis, kau harus bersyukur. pasir sanggup berubah kerana mengikut alunan ombak yang kadangkala lembut dan kadangkala menggila.
Pasir terpaksa. Ombak memaksa.
Tapi kedua-duanya ciptaan Tuhan dan saling melengkapi.
Itu yang jejaka dan gadis tidak sedari.

Julai 3,2008 at 10:47 pm
Itulah hakikatnya! Ombak harus sedar (WAJIB) bahawa kalau tiada pasir (PANTAI) di mana nak dilepaskan geramnya!
Julai 4,2008 at 12:51 pm
betul itu,jgn ombak menjadi tsunami pula.lagi bahaya…
Julai 4,2008 at 7:54 pm
walaupun ombak menjadi tsunami, pantai akan terus menerimanya sehingga ombak kembali surut, tak begitu…
kadangkala bila ombak lembut lembut membelai pantai, ia menjadikan suasana damai kan.. tempat orang melegakan keresahan…
Julai 5,2008 at 8:32 pm
Ia saling lengkap melengkapi. Tanpa ombak, pasir dipantai mungkin idak menjadi butiran berkilau dibasuhi oleh alunan ombak. Tanpa pasir alunan ombak mungkin tidak meninggalkan buih-buih indah dipantai.
Julai 6,2008 at 6:18 pm
memang susah jadi lelaki ni….
Julai 7,2008 at 12:19 am
benarkah? saat ini saya merasakan saya adalah pasir, dan jejaka adalah ombaknya.. T-T