Hampir terlupa bahawa hidup cuma sekali…
Kadangkala kita terlupa kerana perasaan menguasai akal. Aduhai, akal selalu tewas dengan ego, nafsu dan hati.
Kadangkala juga kita terlupa kerana dipukau.
Semalam saya rasa dipukau. Bukan dipukau oleh jualan murah. Bukan juga dipukau oleh jejaka yang kacak.
Saya dipukau oleh sesuatu yang saya tidak ketahui sehingga lupa di mana letaknya rumah saya.
Menerawang melihat sekeliling. Tetapi tiada jiwa, tiada akal dan tiada rasa yang boleh membantu saya mengingati siapa saya, di mana saya dan apa yang saya akan lakukan.
Alhamdulillah, bibir saya menyebut nama kekasih yang MAHA AGUNG. Seketika, ingatan kembali pulih.
Penyakit atau memang dipukau?
Cerita lain : Festival Membaca telah bermula hari ini. Promosi tidak sampai kepada saya. Mungkin mereka lupa bahawa membaca jambatan ilmu. Hal begini harus mendapat liputan umum. Sila rujuk sini.
Festival Membaca 2008 - 2 hingga 4 Julai 2008 – bertempat di legar Putra, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) – mulai jam 10 pagi hingga 6.00 petang.

Julai 2,2008 at 2:54 pm
cantik shot gambar tu
Julai 2,2008 at 3:23 pm
iman, tidak begitu cantik. Masih belajar lagi.
Julai 2,2008 at 6:45 pm
Pukau? Jangan-jangan Bayan betul-betul kena pukau tak? MasyaAllah mintak dijauhkan … aku tak mau Bayan dipukau!
Julai 3,2008 at 7:54 am
saya me3mang rajin membaca akhir2 ini…bukan kerana bulan membaca, tp sbb nak exam..hehe
Julai 3,2008 at 9:24 am
saya rasa cik bayan terlampau memikir sesuatu perkara sehingga terlupa…
Julai 12,2008 at 11:53 am
Kadangkala juga kita terlupa kerana dipukau.
good image thank post