Pagi ini, suara khairil Rasyid yang biasanya hadir bersama suara Puan KE dan Encik SY, didengari secara solo di Sinar Fm. Dan itu lebih baik kan?
Khairil tanya pendengar Sinar fm, sama ada sempat atau tidak mengisi minyak dengan harga lama semalam? Ramai yang kata sempat. Dan ada juga yang tidak sempat.
Apa bezanya sempat atau tidak? Minyak merupakan satu keperluan kepada mereka yang mempunyai kenderaan persendirian. Hendak atau tidak, akan berhadapan juga dengan situasi harga minyak yang baru kan?
KOMA.
Malam tadi berita di televisyen memaparkan tajuk kecil yang jika dibaca dengan kuat akan berbunyi begini “Berkuatkuasa tengah malam ini”.
Dan huraiannya, harga petrol naik RM 0.78 dan diesel RM 1 seliter. Menjadikan harga baru petrol menjadi RM 2.70 dan diesel RM 2.58 seliter.
Berita itu tidak menyentuh hati saya kerana pakaian Norazlina A’ala, maksud saya tudungnya, sangat cantik. Warna hijau.
Selepas itu ada Pak Lah kat televisyen. Cakap pasal subsidi, bantuan kerajaan, bla…bla…bla…
Saya jenguk ke luar tingkap. Melihat keadaan stesen minyak yang berada lebih kurang satu kilometer dari tingkap rumah saya.
Sesak!
Saya tidak terkesan juga. Mungkin kerana saya tidak akan membeli petrol kerana saya tidak punya kereta pada masa ini.
KOMA.
Pagi ini, tiba-tiba otak saya menerawang kembali tentang berita malam tadi. Ini semua gara-gara saya harus membayar RM2 kepada encik bas untuk perjalanan ke pejabat yang sebelum ini hanya bernilai RM1.50.
Dan saya memikirkan kemungkinan barang-barang atau perkhidmatan yang bakal naik berikutan kenaikan harga minyak ini.
Aduhai!


Jun 5,2008 at 11:24 am
Sabor Je Yop !! Huhu..
Jun 5,2008 at 11:47 am
jom beli kuda!
Jun 5,2008 at 11:57 am
RM2.70. Kadar masih terendah. Belum membebankan rakyat lagi. Kan?
Jun 5,2008 at 12:41 pm
setiap kali naik harga minyak nak banding dengan negara jiran seperti thailand dan singapura…mmg lah negara dia org lagi mahal tapi negara dia org bukan negara pengeluar minyak tapi negara kita ni pengeluar minyak…setiap tahun Petronas umum untung BERBILION ringgit tapi rakyat…???fikir-fikirlah…
Jun 5,2008 at 1:53 pm
[...] Apabila Harga Minyak Naik [...]
Jun 5,2008 at 3:13 pm
Harga MINYAK naik dah tentu harga barang naik … nak bendung macam mana? Semua pergerakan pengangkutan masa kini menggunakan MINYAK! Tungggu dan lihat sajalah, di mana kebijaksanaan kepimpinan pun tak taulah … Macam manapun Alhamdulillah, Allah masih memberi rezeki!
Jun 5,2008 at 9:38 pm
tak pasal2 tadi usha2 camne nak install dan pakai NGV pasni..ehee..:D
Jun 6,2008 at 12:44 pm
Untung berbillion RM tu untuk buat projek mega dan bagi kontrak kat kroni-kroni diorang. Mereka yang di atas tu mana tahu kesempitan rakyat yang terpaksa menggunakan bahan asas ini untuk bergerak ke mana-mana. Dengan kenaikan mengejut ni bermakna bertambahlah beban dalam kos sara hidup harian. Mereka tu pulak menjalar dengan harta benda yang bercopkan HAK KERAJAAN MALAYSIA. Macam mana nak merasa sakit perit orang susah pun!
Kita negara pengeluar jangan samakan harga petrol dengan harga negara jiran yang memang tak ada sumber minyak pun!
UMNO SUDAH TIDAK RELEVAN!
Jun 7,2008 at 2:54 am
hemm klo gaji 4 angka ok lg tp bg kami yg gj cuma rm300++ apa citer? pak lah memang nk bg rakyat mampusssssssssssss
Jun 7,2008 at 2:57 am
bkn umno yg tak relevan tp pemimpin yg ikut cakap menantu kroni pastu besorkan perut kroni yg sememangnya dh buncit dgn rasuah sana sini yg PASTI SIDAH TIDAK RELEVAN lagi ….. pak lah rakyat dh miskin skang lg PAPA KEDANA ..
Jun 9,2008 at 11:04 am
pada malam sabtu, saya tgk buletin utama. ada kluar berita pasal harga minyak. maka kluarlah sebab2 knape minyak kat negara2 pengeluar utama minyak kat dunia (arab saudi, venezuela, nigeria) adalah teramat murah. kerajaan negara2 tersebut banyak menyumbang duit utk memastikan harga minyak kekal rendah & berpatutan (kalo tak silap saya.) entah la. berita tv ni kadang2 susah nak percaya 100%…