Maskara yang awak pakai tu comot la. Ni, Kalau solat sah ke pakai maskara ni? Susah-susah tak payah pakailah. Bangga sahaja dengan bulu mata yang pendek dan mata sepet awak, hasil kacukan banjar dan jawa
Saya diam. Sambil melihat-lihat cermin. Memang betul. Maskara yang saya pakai ni agak selekeh. Katanya kalis air, tapi bila air mata saya tumpah [selalunya], maskara yang dioles ke bulu mata juga akan jadi cair. Serabai.
Tapi lain pula dengan maskara yang ini. MASKARA 8.
Seperti yang telah saya khabarkan sebelum ini, maskara ini tidak selekeh, tidak comot. Kalis segalanya. Mata dan jiwa akan lebih bersinar.
Dan yang paling pentingnya, Maskara ini boleh buat anda lebih cantik, muda, bertenaga dan mahu meneruskan hidup [untuk mereka yang patah hati].
Kepada sesiapa juga, yang terasa ingin menikmati Maskara 8, datang sahaja. Tanpa pendaftaran atau tempahan tempat duduk. Tanpa bayaran. Cuma bawa hati yang bersih dan jiwa yang terbuka untuk menikmati Maskara 8 ini.
“Saya tidak akan mengajak siapa-siapa . Kerana Saya tak suka ramai-ramai. Sesak”
“hahahaha” Vovin tergelak.
“Saya serius ni!”
Secara seriusnya saya berharap kepada anda yang punya kelapangan waktu itu, datanglah beramai-ramai walaupun saya tidak suka sesak-sesak. Abaikan saya. Saya bukan siapa-siapa. Oh ya, jangan lupa dapatkan dua buah buku baru bertajuk Gangguan Tekstual dan Sabotaj 3. Malam itu juga anda akan ketemu dengan barisan jejaka dan gadis yang akan menghiburkan anda.
Semuanya hanya di MASKARA 8.
Tempat: Rumah Pena
Tarikh: 3 Mei 2008
Masa: 8.30 malam hingga habis
Hari: SABTU



April 30,2008 at 12:12 pm
MASKARA untuk siapa-siapa sahaja.
April 30,2008 at 6:17 pm
pak imam pakai maskara
April 30,2008 at 10:37 pm
i tak dapat nak turun… ahad ada last paper… huh~
Mei 1,2008 at 1:51 am
Cik Bayan, tolong belikan buku Gangguan Teksual … nanti bila ada masa aku turun KL aku ambik and bayar! Beli tau jangan tak beli …!
Mei 2,2008 at 10:01 am
========
========
KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK SINI: http://www.leoxa.com/
(Themenya Terlampau Cantik & Boleh Pula Letak Adsense)
========
========
ramai yang telah berpindah daripada blog-blog lain ke blog Leoxa.com kerana theme yang sangat cantik
Mei 4,2008 at 12:19 am
Cik Bayan tentu terhibur di MASKARA 8… aku masih tidak berkesempatan untuk ke sana! Teringin untuk menjejak kaki di sana … tapi tentu ada yang tertanya-tanya… siapa tu, tak pernah nampak pun sebelum ini?
Mei 5,2008 at 12:47 am
Tak dpt lama2. Baru sampai dari Johor. Tak sabar nak tengok gambar.
Mei 5,2008 at 7:33 am
dah dpt apa yg awk inginkan?
Mei 5,2008 at 10:15 am
cak! hehehehe
Mei 5,2008 at 12:40 pm
[...] Maskara 8 untuk siapa-siapa sahaja. Tapi yang datang sabtu lepas hanya orang-orang itu dan beberapa kerat orang-orang lain. Tetapi maskara tetap bising dan riuh dalam senyap. [...]
Mac 13,2009 at 11:32 am
ada muzik baru. Jika ada kesudian surf di http://www.reverbnation.com/alimemo atau di http://www.ariapertama.blogspot.com. Buat anda kita cadangkan dgr 2 lagu “parit api” dan “malam biru”. Selamat mendengar.Yr blog is nice and cool. Keep up.
Mac 13,2009 at 11:50 am
Encik Mazir, terima kasih sudi menjengah ke sini. Semoga bermanfaat. Tiada apa selain ngomel-ngomel kecil seorang perempuan.
Lagu-lagu itu sudah saya dengar. Serasi dengan saya. Bagaimana caranya agar lagu itu dapat menemani saya di mana-mana?